Kawasan perut diliputi oleh otot-otot perut yang menjaga rupabentuknya. Ketegangan otot-otot tersebut memastikan perut tidak buncit. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi dilahirkan dengan otot-otot perut yang tidak tegang. Kawasan yang tidak tegang itu boleh melibatkan kawasan di sekeliling pusat. Hernia pusat berlaku kerana sebahagian daripada usus menonjol keluar akibat kurangnya ketegangan otot-otot perut di kawasan pusat.
Tanda-Tanda
Tindakan Ibubapa
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
Komen : Kebanyakan hernia pusat akan hilang apabila bayi berumur setahun. Jarang sekali pembedahan diperlukan untuk menghilangkan hernia pusat. Sila lihat Hipotiroid kerana bayi yang menghidapi hipotiroid kerap mendapat hernia pusat.
Tanda-Tanda
- Bonjol di pusat.
- Bonjol membesar apabila bayi menangis dan hilang apabila bayi berbaring tanpa menangis.
Tindakan Ibubapa
- Jangan balut kawasan itu dengan kain yang ketat. Ini tidak akan menolong menghilangkan bonjol itu.
- Kenal pasti ukuran bonjol kerana sekiranya ia membesar ibubapa akan mengetahuinya.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
- Bonjol semakin membesar (lebih daripada 2cm).
- Bonjol menjadi keras dan tidak tenggelam apabila bayi berehat.
- Bayi menangis dengan tidak henti-henti.
- Bayi muntah berterusan.
Komen : Kebanyakan hernia pusat akan hilang apabila bayi berumur setahun. Jarang sekali pembedahan diperlukan untuk menghilangkan hernia pusat. Sila lihat Hipotiroid kerana bayi yang menghidapi hipotiroid kerap mendapat hernia pusat.
0 Response to "Hernia Pusat"
Post a Comment