Latest Updates

Hepatitis A

Perkataan hepatitis bermakna jangkitan hepar (hati). Hepatitis A merupakan jangitan virus. Di antara semua jangkitan hepatitis yang menjangkiti kanak-kanak, Hepatitis A yang sering kali berlaku. Ia berpunca daripada makanan seperti kerang yang tidak dibasuh dengan bersih. Jangkamasa di antara jangkitan dengan menghidap penyakit adalah 2 - 4 minggu. Penyakit ini jarang sekali membawa maut.

Tanda-Tanda
  • Letih-lesu, kurang selera makan, rasa mual dan muntah, demam, sakit perut. (Pada permulaan penyakit ada ciri-ciri tertentu. Apabila anak terkena jaundis, penyakit ini dapat dikenalpasti).
  • Jaundis, air kencing pekat, najis kelihatan pucat.

Tindakan Ibubapa
  • Galakkan anak minum secukupnya.
  • Beri anak makan makanan yang kurang lemak dan berminyak.
  • Beri ubat paracetamol untuk demam.
  • Ahli keluarga mesti membasuh tangan sebelum makan.
  • Ahli keluarga mesti membasuh tangan selepas ke tandas.
  • Jauhkan diri daripada gerai makanan yang disyaki kotor.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Lihat sakit perut dan muntah.
  • Anak terkena jaundis, air kencingnya pekat, najisnya berwarna pucat.

Komen : Pelalian Hepatitis A hanyalah untuk orang dewasa yang melawat kawasan yang risikonya tinggi dijangkiti Hepatitis A. Hampir semua pesakit Hepatitis A pulih tanpa masalah.

0 Response to "Hepatitis A"

Post a Comment