Gusi berdarah akan berlaku kepada kanak-kanak yang menggosok gigi dengan cara yang tidak betul ataupun dengan menggunakan berus gigi yang terlalu keras. Ramai kanak-kanak menghidap masalah ini. Sebab-sebab lain termasuklah jangkitan gusi, sakit gigi, penyakit darah seperti hemofilia dan luekimia.
Tanda-Tanda
Tindakan Ibubapa
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
Tanda-Tanda
- Gusi Berdarah.
- Gusi bengkak dan merah.
Tindakan Ibubapa
- Beri anak berus gigi yang lembut.
- Ajar anak cara menggosok gigi yang betul, iaitu dari atas ke bawah untuk gigi atas dan dari bawah ke atas untuk gigi bawah.
- Periksa gigi dan gusi anak.
- Periksa kulit anak untuk memastikan tiada atau adanya pendarahan di dalam kulit seperti lebam-lebam.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
- Gusi anak berdarah berterusan.
- Gusi anak bengkak dan merah.
- Nafas anak berbau.
- Anak sering demam.
- Pendarahan di kulit anak, kerap lebam di kulit atau pendarahan dari rongga-rongga lain.
- Memerlukan siasatan untuk menentukan sebab pendarahan selain daripada yang ada di dalam mulut anak.
0 Response to "Gusi Berdarah"
Post a Comment