Latest Updates

Hemangioma

Ada bayi yang dilahirkan dengan hemangioma iaitu tompok-tompok merah pada kulit mereka. Kadang-kadang tompok-tompok ini terjadi di muka, badan atau anggota badan yang lain. Tompok-tompok merah ini tidak berbahaya dan ia berpunca daripada saluran darah halus di permukaan kulit yang tidak normal. Saluran darah ini berkumpul menjadi hemangioma.

Tanda-Tanda
  • Tompok-tompok merah.
  • Tompok-tompok yang bengkak sedikit dalam masa beberapa bulan pertama.

Tindakan Ibubapa
  • Jangan risau. Tompok-tompok ini akan hilang dengan sendirinya selepas tempoh masa 1 - 2 tahun.
  • Jangan sapu apa-apa ubat pada tompok-tompok ini. Tompok-tompok ini akan membesar sedikit sebelum mula mengecut.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Tompok-tompok merah ini berdarah.
  • Tompok-tompok melibatkan mata.
  • Pendarahan berlaku di kawasan lain seperti gusi dan hidung.

Komen : Hemangioma besar di kawasan leher boleh menyekat saluran pernafasan dan membahayakan anak. Jika hemangioma terlalu besar, rawatan segera dengan menggunakan ubat, pancaran laser atau pembedahan mungkin diperlukan.

0 Response to "Hemangioma"

Post a Comment