Archive for July 2010
Latest Updates

Hindari Bahaya Ketika Kehamilan

Memang ramai di antara kita tidak menyedari bahawa sebenarnya kita semua sentiasa di kelilingi oleh pelbagai benda yang boleh membahayakan kesihatan. Dan keadaan persekitaran menjadi lebih bahaya terutamanya bagi ibu hamil.

Ketahuilah bahawa kita sememangnya tidak boleh lari daripada benda-benda yang boleh menjejaskan kesihatan. Apa pun ilmu pengetahuan itu penting kerana dengan ilmu yang ada, pastinya akan dapat sedikit membantu anda menjaga diri sebaiknya.

Produk Pengguna

Cat Minyak Dan Tinner


Berhati-hatilah dengan kedua-dua barangan ini. Terdedah terlalu lama kepadanya boleh mengganggu kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Logam berat yang terkandung di dalam kedua-dua bahan kimia ini sangat tinggi sehingga mampu menyebabkan kecacatan kepada bayi. Antara masalah yang akan berlaku pada bayi dalam kandungan sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah lama kepada bahan-bahan tersebut ialah berat badan kurang, lahir tidak cukup bulan dan keguguran.

Produk Aerosol, Pemutihan, Pembersih Lantai, Penyegar Udara Dan Pembersih Kaca

Ketahuilah bahawa kesemua bahan ini mengandungi bahan kimia organik yang mudah meluap seperti toluene, xyleness dan pjenol. Kesemua bahan kimia ini adalah bahan utama yang boleh membunuh kuman. Walaupun bahan-bahan tersebut mampu membunuh kuman, tidak semestinya baik terhadap manusia. Hal ini adalah kerana selain kuman, manusia turut menerima kesan yang sama. Jika seseorang ibu hamil itu terdedah terlalu lama kepadanya, dikhuatiri bayi dalam kandungan turut menerima kesannya. Masalah yang mungkin berlaku pada bayi ialah seperti kelainan pada saraf terutamanya pada saraf mental. Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia ini berisiko untuk mengalami kecacatan anggota.

Nota:

Jauhi Daripada Semburan Beracun

Minta bantuan orang lain untuk menyembur aerosol dalam bilik atau mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Tinggalkan tempat yang sudah disemburi dengan aerosol buat seketika dan kembali dalam tempoh lebih kurang sejam.

Semasa proses pemyemburan dibuat, pastikan tiada makanan dan minuman yang terdedah. Peralatan yang terkena semburan bahan kimia perlulah dibersihkan bagi menghilangkan racun yang melekat padanya, Jika sekeliling rumah anda disemburi asap penyah nyamuk (fogging) tutup semua tingkap dan pintu bagi mengelakkan asap masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak.

Ketika berkebun, gunakan sarung tangan. Cara ini dapat mengelakkan tangan dan kuku anda daripada terkena racun serangga yang ada pada daun, bunga atau tanaman.

Cecair Pembasmi Kuman Dan Insect Repellent

Bahan kimia seperti pestisida yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini boleh menimbulkan banyak masalah. Antaranya ialah masalah keguguran, kecacatan dan lahir tidak cukup bulan.

Produk Kosmetik

Krim Pemutih

Ketahuilah bahawa krim pemutih mengandungi raksa (merkuri). Atas sebab inilah proses pemutihan pada kulit dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Tanpa raksa, bahan pemutih tidak mampu menunjukkan hasilnya dalam masa hanya beberapa minggu. Kehadiran raksa dalam bahan tersebut boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

Pewarna Rambut

Sekiranya anda berhasrat untuk mewarnakan rambut dan pada masa yang sama anda hamil, disarankan agar menangguhkan dahulu keinginan tersebut. Hal ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewarna rambut boleh membahayakan anda dan bayi.

Ubat Jerawat

Ibu hamil yang mengalami masalah jerawat tidak digalakkan memakai ubat jerawat dengan kerap. Biasanya, semasa hamil seseorang wanita itu dinasihatkan agar berhenti seketika memakai produk tersebut dan boleh menyambung kembali penggunaannya selepas bersalin. Walaupun penggunaan ubat jerawat boleh diteruskan selepas selamat melahirkan anak, pemakaiannya perlulah sentiasa dipantau agar tidak berlebihan.

Pelarut Organik

Untuk pengetahuan, pelarut organik adalah antara bahan kimia yang paling selalu digunakan di kebanyakan tempat kerja seperti di hospital, kilang percetakan, kilang pembuatan kosmetik, kilang tekstil dan makmal penyelidikan. Antara bahan yang di kategorikan sebagai pelarut organik ialah aseton, metil etil keton, fenol, glikol eter dan benzena.

Walaupun hanya terdedah pada kadar yang terlalu sedikit seperti terhidu ataupun melalui penyerapan melalui kulit, bahan pelarut organik sangat berbahaya terutamanya pada ibu hamil kerana boleh menyebabkan masalah seperti:
  • Kematian bayi semasa masih dalam kandungan
  • Kecacatan pada bayi
  • Keguguran
  • Kelahiran Pramatang
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
  • Tahap kesuburan ibu menurun
Atas sebab inilah, ibu hamil dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika mengendalikan bahan pelarut supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Sifilis Dan Kehamilan

Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ia disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina. Dan juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan.

Sifilis disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan spirochete. Ujian untuk mengesan masalah ini disebut sebagai ujian VDRL. Sifilis merebak melalui beberapa cara:
  • Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur.
  • Melalui hubungan kelamin dengan orang yang telah dijangkiti vius ini.
  • Berkongsi peralatan makanan dan minuman serta barangan peribadi penghidap.
Seseorang itu berkemungkinan dijangkiti penyakit ini jika dia demam, letih dan lesu serta tumbuh kudis pada kemaluan. Kudis tersebut pula berair, rasa pedih dan ada kalanya rasa sangat gatal. Penyakit ini perlu dirawat segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya ibu hamil dijangkiti penyakit ini dan tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya, bayi dalam kandungannya ada kemungkinan akan cacat pada otak dan saraf.

Sifilis Berlaku Dalam 4 Peringkat:

Peringkat 1

Vagina, Dubur, Penis Dan Mulut
Ulser ini dipanggil primary chancre dan akan hilang selepas beberapa minggu, kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama dan seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran chancre yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian.

Peringkat 2
Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki. Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku. Ulser boleh timbul pada: kerongkong, mulut, bibir, vagina dan dubur.

Peringkat 3
Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda dan gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun. Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat 4
Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu Tertiary Syphilis. kuman Spirochetes telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan otak, jantung, saraf tunjang dan tulang.

Di Antara Gejala-Gejala Adalah:
  • Kesukaran untuk berjalan
  • Kebas
  • Buta secara beransur
  • Kematian
Ketahuilah bahawa sifilis sangat merbahaya jika ia tidak dirawat dengan segera. komplikasi yang dihadapi oleh seseorang adalah berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawat lagi. Manakala bagi ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir.

Rawatan untuk sifilis dengan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah. Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik. Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama. Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawat lagi.

Pencegahan
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks dengan pasangan yang menhidap sifilis.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
  • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan. Gunakan kondom.
  • Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan sifilis, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
  • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

Stretch Marks Tidak Mampu Dielak Ibu Hamil

Kesan regangan kulit atau lebih dikenali sebagai stretch marks biasanya timbul dikalangan wanita hamil yang memasuki peringkat trimester kedua atau ketiga. Pada masa ini , perut ibu hamil semakin membesar bagi memberi keselesaan kepada janinnya. Sesetengah wanita akan mengalaminya di bahagian punggung, paha dan payu dara.

Stretch marks berpunca apabila tisu yang menyokong bawah kulit mulai menganjal. Ia boleh dikesan melalui warna yang bertukar menjadi sedikit merah kecoklatan, merah jambu, ungu ataupun coklat gelap bergantung kepada kulit anda. Lama kelamaan warnanya menjadi pudar, namum ia tidak akan menghilang.

Tanda-Tanda

Tanda-tanda ibu hamil bakal mengalami stretch mark ini sebenarnya sukar hendak diramal. Sekurang-kurangnya separuh daripada wanita hamil akan mengalami keadaan ini. Namum tiada siapa yang dapat memastikan dengan tepat mengapa sesetengah wanita hamil mengalaminya sementara sesetengah lagi tidak.

Stretch mark juga bergantung kepada berapa banyak dan berapa cepat kulit anda mengembang sepanjang kehamilan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyokong berlakunya stretch mark kepada ibu hamil. Antaranya, kenaikan berat badan yang mendadak, mengandungkan anak kembar, mengandungkan bayi yang besar dan air ketuban yang banyak.

Cara Menghalang

Malangnya tiada apa yang boleh anda lakukan. barangkali , tidak membiarkan berat badan berlebihan sewaktu hamil boleh membantu mengurangkan peluang memperoleh stretch mark. Krim ataupun minyak tertentu yang diperakui dapat menghalang stretch mark juga tidak begitu memberi kesan malah tiada bukti khusus mengenainya.

Boleh Ia Hilang?

Biasanya stretch mark semakin mengecil selepas 6 ke 12 bulan sebulan selepas kelahiran. Pigmentasi warna pada stretch mark akan pudar dan biasanya ia menjadi lebih cerah berbanding permukaan kulit anda (bagaimanapun warna itu bergantung kepada jenis kulit seseorang) namum teksturnya masih kekal sama.

Anda sememangnya tidak mampu untuk menghilangkan tanda stretch mark pada kulit. Namum, anda masih berpeluang untuk mendapatkan nasihat pakar kulit bagaimana mahu mengurang atau mengecilkan stretch mark.

Perlu diingat stretch mark akan berkurangan selepas beberapa bulan melahirkan. Namum, jika perkara ini masih mengganggu anda, tidak salah mendapatkan nasihat pakar. Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh dilakukan mengenainya. Rawatan yang mungkin dapat membantu adalah penggunaan tretinoin (Retin A) dan asid glycolic. Walau bagaimanapun, Retin A tidak selamat digunakan sewaktu wanita hamil. Sekiranya anda tidak menyusui bayi, pakar kulit akan memberikan krim tritinoin (Retin A) atau digabungkan dengan krim lain untuk mengatasi masalah anda.

Kajian menunjukkan penggunaan 0.1 peratus krim tritinoin dapat menbantu mengatasi masalah stretch mark. Satu kajian yang dijalankan, rawatan ini dapat mengurangkan panjang stretch mark sehingga 14 peratus dan kelebarannya sehingga 8 peratus. Dalam kajian yang lain pula, ia dapat mengurangkan kepanjangannya sehingga 20 peratus.

Namum, tiada maklumat yang lengkap tentang bagaimana ubatan ini meresap sama ada ia akan memberi kesan sampingan kepada susu badan dan adakah ia akan memberi kesan atau risiko kepada bayi yang menyusu badan. Sebaik-baiknya cuba elakkan penggunaannya sepanjang anda menyusui bayi.

Terdapat juga bukti bahawa penggunaan terapi laser dapat memulihkan keanjalan kulit dan mengubah pigmentasi atau warna stretch mark. Stretch mark yang dialami hampir tidak kelihatan kerana ia dapat menyamai dengan kulit anda.

Berdasarkan American Society for Dermalogic Surgery, jenis pembedahan yang dilakukan bergantung kepada warna pada stretch mark. Salah satunya mengurangkan warna gelap pada stretch mark dan ada juga rawatan yang dapat merangsang penghasilan pigmen warna pada stretch mark yang pudar warnanya.

Kaedah terkini yang ada dapat merangsang penghasilan kolagen dan membantu memulihkan keanjalan kulit akibat stretch mark. Walau bagaimanapun, kaedah rawatan sebegini dianggap sebagai salah satu prosedur kecantikan dan tidak disenaraikan dalam pelan insurans yang ditawarkan. Oleh itu, anda mungkin mengeluarkan belanja sendiri untuk merawat stertch mark yang dialami.

Ubat Dan Kehamilan

Diakui, ada sesetengah ubat-ubatan jika diambil langsung tidak akan memudaratkan ibu hamil. Akan tetapi, kesan buruknya dapat dilihat pada bayi dalam kandungan. Jadi, sekiranya anda hamil dan perlukan ubat, berhati-hatilah. Berjumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka adalah langkah yang bijak.

Lazimnya, kesan ubat terhadap bayi bergantung pada waktu pengambilannya. Adakah semasa peringkat awal kehamilan, pertengahan ataupun peringkat akhir. Kebanyakan kecacatan yang berlaku apabila sesuatu jenis ubat itu diambil ketika trimester pertama kehamilan. Hal ini adalah kerana dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, bayi sedang dalam proses perkembangan. Organ-organnya mula terbentuk. Ketika ini bayi sangat sensitif terhadap sebarang gangguan luar termasuklah ubat-ubatan. Gangguan tersebut boleh mengakibatkan kecacatan kongenital dan ada kemungkinan boleh menyebabkan keguguran.

Walaupun kehamilan sudah masuk trimester kedua, kehadiran ubat-ubatan ini masih mengganggu bayi. Antara yang paling ketara terganggu ialah saraf tunjang dan otak. Akan tetapi, gangguan yang diterima pada tahap ini jarang mengakibatkan kematian. Sekiranya ubat-ubatan terlarang diambil ketika trimester ketiga kehamilan, biasanya masalah akan timbul semasa proses kelahiran ataupun sebaik sahaja selepas dilahirkan. Masalah ini boleh menyebabkan kematian terutama sekali jika bayi tersebut mengalami masalah pernafasan.

Sememangnya untuk mengenal pasti kesan ubat secara tepat terhadap bayi adalah sukar. Yang nyatanya, tiada ubat yang selamat digunakan pada peringkat awal kehamilan. Doktor lazimnya hanya mempreskripsikan ubat semasa hamil jika kebaikan terhadap ibu adalah lebih tinggi daripada risikonya terhadap bayi yang dikandung. Sebaik-baiknya, semua jenis ubat-ubatan mestilah dielakkan ketika trimester pertama kehamilan.

Ubat-ubatan yang boleh mengganggu tumbesaran bayi ialah ubat-ubatan yang dikenali sebagai teratogen. Ubat-ubatan ini ialah seperti antibiotik, ubat barah dan yang mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun, kesan teratogen bergantung pada jumlah dan kekerapan pengambilannya. Secara umumnya, risiko kemudaratan pada bayi akan meningkat jika jumlah dan kekerapan ubat yang diambil meningkat.

Kesan Ubat Penahan Sakit Pada Ibu Hamil

Ubat Penahan Sakit Bukan Narkotik
Bagi ibu hamil yang memerlukan rawatan, ubat penahan sakit perlulah diambil dalam dos yang rendah dan dalam jangka masa yang singkat. Antara ubat yang menjadi pilihan dan selamat digunakan ialah paracetamol atau asetaminofen. Akan tetapi ubat jenis ini boleh menyebabkan keracunan sekiranya diambil berlebihan. Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatakan agar mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya.

Bagi meredakan sakit gigi, sakit belakang dan sakit tulang belakang, kebanyakan pakar perubatan setuju aspirin adalah pilihan yang tepat. Walaupun kesan aspirin pada bayi dalam kandungan tidak jelas, pengambilannya ketika peingkat akhir kehamilan boleh mengganggu pengecutan rahim dan menyebabkan komplikasi semasa proses kelahiran. Selain itu, aspirin boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada ibu dan bayi. Oleh yang demikian, penggunaan aspirin semasa hamil perlu dielakkan.

Bagi penghidap migrain, penggunaan ubat seperti ergotamin ketika hamil adalah dilarang. Hal ini adalah kerana ubat tersebut memudaratkan. Ergotamin menghalang pengaliran darah ke plasenta lalu mengakibatkan bayi kekurangan oksigen dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Ubat Penahan Sakit Narkotik
Ubat jenis ini akan mendatangkan kesan buruk pada otak dan pernafasan bayi terutama sekiranya diberikan dengan tujuan untuk menghilangkan rasa sakit semasa proses kelahiran. Ubat penahan sakit yang sesuai semasa proses kelahiran ialah yang tidak membahayakan ibu dan bayi. Ubat yang sering diguakan ialah ubat petidin. Ubat ini adalah ubat sintetik dan kurang berkesan dalam mengurangkan kesakitan berbanding morfina tetapi kurang kesan mudaratnya terhadap sistem pernafasan bayi yang baru lahir.

Ubat NSAIDs
Ubat yang tergolong dalam kelas anti inflamasi (non steroidal antiinflamatory drugs) ini menghalang rasa sakit dan mengurangkan keradangan. Lazimnya, ubat seperti ini diberikan untuk meredakan sakit kepala, gout, sakit tulang belakang dan sakit otot. Ubat ini turut boleh merencatkan proses pengecutan rahim dan mengganggu proses kelahiran. Atas sebab inilah, pengambilan ubat jenis ini perlu dielakkan terutamanya ketika 3 bulan terakhir kehamilan.

Ubat-Ubatan Yang Boleh Membayahakan Bayi Dalam Kandungan
  • Ubat Sedatif
  • Ubat Kardiovaskular
  • Ubat Antibakteria
  • Ubat Penahan Sakit
  • Ubat Antikoagulan
  • Ubat Hormon

Hepatitis B Dan Kehamilan

Mengesan jangkitan virus hepatitis B sangat penting untuk mencegahnya daripada merebak kepada bayi dalam kandungan khususnya, dan orang lain amnya. Adalah rutin bagi ibu hamil untuk menjalani ujian darah pada peringkat awal pemeriksaan kehamilan mereka. Salah satu tujuan ujian tersebut ialah untuk mengesan virus hepatitis B (HBV). Kehadiran virus ini dalam darah boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan.

Virus yang mengambil masa di antara 6 minggu hingga 6 bulan untuk mula menampakkan simptomnya ini paling banyak ditemui dalam darah berbanding cecair badan yang lain seperti air mani ataupun rembesan vagina.

Diakui, kebanyakan penghidap hepatitis B tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi, tidak hairanlah jika mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya pembawa. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka, anda berpotensi untuk menyebarkannya kepada bayi semasa proses kelahiran.

Menentukan sama ada anda pembawa atau tidak, membolehkan anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya secepat mungkin. Selain itu, cara ini memudahkan pakar perubatan memantau terus kesihatan bayi anda sebaik sahaja dia dilahirkan bagi mengelakkan jangkitan.

Umumnya, virus hepatitis B boleh disebarkan menerusi darah, air mani dan cecair badan lain. Jika anda disahkan sebagai pembawa, mungkin virus itu anda dapati daripada:
  • Hubungan kelamin dengan pasangan yang menghidap hepatitis B.
  • Ibu, semasa proses kelahiran.
  • Berkongsi jarum suntikan sama ada secara sedar ataupun tidak.
  • Menggunakan berus gigi ataupun pisau cukur yang terdapat kesan darah pembawa.
  • Melalui tatu atau semasa proses menindik telinga atau bahagian lain tubuh.
  • Pemindahan darah.
  • Mengamalkan aktiviti seks yang tidak selamat.

Rawatan

Sekiranya dijangkiti hepatitis B, anda akan rasa letih, sakit badan, loya dan muntah, hilang selera makan, sakit sendi atau menghidap jaundis. Pada peringkat permulaan, iaitu setelah seseorang itu disahkan menghidap hepatitis B, dia akan diberikan suntikan hepatitis B immunoglobulin (Hblg), sejenis antibodi yang akan membantu anda menghidari daripada simptom yang teruk.

Disahkan menghidap hepatitis B menyebabkan anda perlu mendapatkan rawatan rapi termasuklah pemeriksaan berkala terhadap hati anda. Pada masa yang sama, seluruh ahli keluarga anda dinasihatkan agar turut melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti adakah mereka pembawa ataupun tidak. Jika tidak, mereka perlu mendapatkan vaksin sebagai langkah pencegahan.

Pelindungan Pada Bayi

Sebaik sahaja dilahirkan, bayi kepada pembawa hepatitis B akan diberikan suntikan antibodi untuk mengelakkan berlakunya sebarang jangkitan dalam masa terdekat. Selain itu, dalam tempoh 12 jam selepas dilahirkan, bayi tersebut akan diberikan suntikan vaksin pencegahan hepatitis B. Bayi tersebut kemudiannya akan diberikan vaksin kali kedua ketika pemeriksaan kesihatan yang dilakukan dari masa ke semasa.

Dengan tiga kali suntikan vaksin, diyakini sudah cukup untuk memberikan perlindungan kepada bayi seumur hidupnya. Oleh yang demikian, semua bayi baru lahir sangat digalakkan untuk mendapatkan vaksin seperti yang disarankan itu. Diakui antibodi dan vaksin tersebut berkesan sehingga 90 peratus dalam usaha unuk mengahalang jangkitan hepatitis B di kalangan bayi.

Sekiranya anda penghidap hepatitis, anda disarankan agar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala selepas bersalin. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang memuaskan. Ketahuilah bahawa penghidap hepatitis B yang kronik berisiko untuk berhadapan dengan penyakit hati yang serius.

Jika setelah ujian darah dilakukan dan didapati anda bukan pembawa HBV, anda lzimnya akan dinasihatkan mengambil vaksin hepatitis B. Suntikan tersebut selamat bagi ibu hamil.

Jangkitan

Ibu hamil yang menghidap hepatitis B dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya berpotensi di antara 10 hingga 20 peratus untuk menyebarkannya kepada bayi dalam kandungan semas proses kelahirannya. Pun begitu, semua ini boleh dihindari sekiranya bayi tersebut menerima rawatan sewajarnya dalam tempoh 12 jam selepas dilahirkan.

Jangkitan HBV yang berlaku ketika trimester ketiga kehamilan berpotensi untuk merebak kepada bayi semasa proses kelahiran. Risikonya sangat tinggi iaitu sekitar 80 hingga 90 peratus. Keadaan ini jauh bezanya jika dibandingkan dengan mendapat jangkitan hepatitis B ketika 3 bulan pertama kehamilan iaitu hanya 6 peratus. Dan satu perkara yang melegakan ialah jangkitan HBV semasa hamil setakat ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kecacatan pada bayi.

Untuk pengetahuan, bayi yang dijangkiti virus ini tidak akan menunjukkan simptom dalam tempoh yang singkat. Simptom-simptom yang akan mereka alami adalah lebih kurang sama seperti orang dewasa.

Penghidap hepatitis kronik mungkin menyebarkan virus HBV sepanjang hayatnya. Mereka juga berisiko untuk menghidapi penyakit hati yang kronik seperi barah yang akhirnya boleh membawa maut. Hakikatnya, sehingga hari ini, tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Namum, ada beberapa ubat-ubatan yang dikatakan mampu mengawalnya daripada menjadi kronik.

Oleh kerana HBV disebarkan melalui darah dan cecair badan, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan menjadi mangsa. Mengambil vaksin pencegahan adalah jalan yang terbaik.

Ibu Hamil Yang Menghidapi HBV Disarankan Agar:
  • Elakkan daripada mengambil minuman beralkohol.
  • Jangan dermakan organ badan.
  • Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti berus gigi dan pisau pencukur.
  • Beritahu doktor sakit puan anda tentangnya supaya mereka boleh membuat persediaan rapi ketika menyambut kelahiran bayi anda nanti.
  • Pastikan bayi anda menerima vaksin hepatitis B sejurus selepas dilahirkan dan ketika berusia sebulan. Vaksin seterusnya ialah semasa berusia 6 bulan.
  • Sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Memantau tahap kesihatan hati dari masa ke semasa.
  • Elakkan penggunaan ubat-ubatan hepatotoxic yang berpotensi untuk memburukkan lagi kesihatan hati anda.

Cyst Punca Tertekan

Hamil dan pada masa yang sama ada cyst membuatkan seseorang wanita itu rasa tertekan. Namum, itu bukan masalah yang besar kerana lazimnya cyst tidak membahayakan. Secara umumnya, cyst adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana-mana tempat seluruh tubuh. Pada ovari sendiri, pelbagai jenis cyst boleh terbentuk. Dan antara yang paling biasa dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini selalunya terjadi semasa kitaran haid normal.

Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur tersebut matang, kantung yang yang memegangnya itu pecah seterusnya membenarkan telur bergerak melalui salur falopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tinggal kemudiannya diserap.

Selain itu, ada sejenis lagi functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Ini adalah cyst yang kantungnya tidak boleh dipecahkan untuk melepaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ini selalunya akan hilang dalam tempoh satu atau tiga bulan. Corpus luteum cyst pula terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.

Sebaliknya kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair kemudiannya akan mula memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Walaubagaimanapun, cyst tersebut boleh membesar sehingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari akan terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan rasa sakit.

Ubat

Untuk pengetahuan, ada juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi meninggikan kemungkinan seseorang itu mendapat cyst. Ubat-ubatan itu ialah seperti Clomid atau Serophene. Pun begitu, cyst kebanyakannya tidak ada kaitan dengan kanser. Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya. Akan tetapi, antara masalah yang dikatakan ada kaitannya dengan cyst ialah:
  • Rasa tekanan dan sakit pada bahagian abdomen.
  • Bermasalah untuk membuang air kecil.
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim.
  • Pertambahan berat badan.
  • Sakit ketika datang haid dan pendarahan yang luar biasa.
  • Loya dan muntah-muntah.
Akan tetapi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti di bawah ini, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera:
  • Sakit berserta demam dan muntah
  • Sakit sangat pada bahagian abdomen.
  • Pucat, lesu dan rasa seperti hendak pitam.
  • Bernafas dengan kadar yang cepat.
Disebabkan cyst jarang menunjukkan simptom yang ketara, masalah ini lazimnya dikesan semasa pemeriksaan pelvik dilakukan. Ketika pemeriksaan dibuat, doktor biasanya akan dapat mengesan bengkak pada bahagaian ovari. Sekiranya cyst ditemui dalam ovari anda, ujian imbasan (ultrasound) akan dilakukan untuk mengenal pasti bentuk, saiz dan lokasi cyst tersebut. Pada masa yang sama, doktor turut memastikan adakah cyst tersebut dipenuhi cecair, pepejal ataupun campuran.

Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst masih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Bahaya

Secara umumnya, cyst tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, masalah ini selalunya tidak menunjukkan simptom-simptomnya dan yang nyata tidak ada kaitannya dengan kanser malah sering kali hilang dengan sendirinya.

Bagi wanita hamil, cyst bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dianggarkan satu daripada seribu wanita hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah yang lemah dan tidak membahayakan. Ujian imbasan sangat berguna untuk mengenal pasti adakah cyst itu membahayakan ataupun tidak. Sekiranya berdasarkan ujian imbasan didapati cyst hanya mengandungi air tanpa bendasing lain, maka tidak berbahaya.

Namum, jika cyst yang ada itu besar, mungkin bahaya bagi ibu hamil. Hal ini adalah kerana cyst tersebut mungkin akan pecah atau berbelit. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan pada ibu hamil tersebut dan berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Cyst yang besar iaitu bersaiz lebih 8cm, selalunya dibuang melalui pembedahan. Itupun sekiranya saiznya tidak membesar secara drastik dalam tempoh beberapa minggu.

Dalam kehamilan, waktu terbaik untuk menjalankan pembedahan ialah pada trimester kedua iaitu ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu. Kadang-kadang pembedahan untuk membuang cyst ini dibuat menerusi pembedahan secara laparoskopi, namum jika saiz tersebut besar, pembedahan seperti biasa akan dilakukan.

Pendarahan Ketika Kehamilan

Pendarahan yang berlaku ketika hamil perlu diberikan perhatian wajar agar keadaan tersebut tidak membahayakan diri anda. Ketahuilah bahawa, pendarahan walaupun sedikit, membawa perkhabaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan anda. Diakui, bagi sesetengah wanita, pendarahan pada peringkat awal kehamilan tidak membawa sebarang komplikasi dan akan berhenti apabila usia kandungan semakin meningkat.

Akan tetapi, ada kalanya pendarahan ini adalah tanda amaran terhadap masalah yang dihadapi. Dianggarkan, di antara 20 hingga 30 peratus ibu hamil mengalami pendarahan pada peringkat awal kehamilan. Pendarahan yang berlaku itu ada kalanya hanya tompokan dan ada juga yang banyak seperti datang haid. Tompokan darah biasanya akan keluar pada sekitar 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Ketika ovum yang sudah disenyawakan mula menempatkan dirinya pada uterus. Pun begitu, tanda-tanda yang dialami antara seorang wanita dengan wanita lain adalah berbeza.

Selain itu, darah yang keluar mungkin disebabkan oleh jangkitan yang berlaku pada pelvik ataupun pundi kencing. Ada kalanya darah turut keluar selepas ibu hamil melakukan hubungan kelamin kerana ketika mengandung, serviks menjadi lembut dan sensitif. Jika hal ini berlaku pada anda, elakkan melakukan hubungan kelamin buat sementara waktu iaitu sehingga pendarahan berhenti.

Atas alasan dia atas, dinasihatkan kepada ibu-ibu hamil agar tidak memandang ringan jika ada darah yang keluar dari faraj ketika hamil terutamanya pada peringkat awal kehamilan. Langkah pertama yang mesti diambil ialah berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Selain daripada pendarahan pada peringkat awal kehamilan, ada sesetengah ibu hamil mengalami pendarahan pada trimester kedua dan ketiga. Jika hal ini berlaku, berhati-hatilah kerana masalah yang dihadapi mungkin serius.

Untuk pengetahuan, pendarahan pada peringkat awal kehamilan mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah keguguran, kehamilan luar rahim dan kehamilan anggur.

Manakala, pendarahan pada peringkat seterusnya iaitu trimester kedua dan ketiga pula mungkin akibat masalah Plasenta Praevia, Accidental Haemorrhage ataupun Incidental Bleeding.

Akan tetapi, jika ada tompokan darah pada peringkat akhir kehamilan, jangan risau kerana ini adalah tanda-tanda yang anda sudah hampir untuk bersalin. Namum demikian, sekiranya masalah ini berlaku ketika usia kandungan kurang daripada 37 minggu, segeralah berjumpa doktor kerana anak anda mungkin lahir tidak cukup bulan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, doktor akan memberikan rawatan yang sewajarnya.

Info

Pendarahan yang berlaku pada fasa akhir kehamilan mendedahkan wanita kepada risiko kehilangan bayi dalam kandungan dan pendarahan yang melampau.

Gonorrhea

Gonorrhea adalah penyakit jangkitan yang serius dan boleh disebarkan kepada bayi semasa proses kelahiran. Ketahuilah bahawa gonorrhea berjangkit melalui alat kelamin, hubungan seksual menerusi dubur dan daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi dalam kandungan semasa proses kelahiran. Wanita yang mengalami masalah ini ketika hamil berisiko untuk berhadapan dengan keguguran, jangkitan pada kantung dan cecair amniotik, kelahiran pramatang, dan preterm premature rupture of membranes (PPROM) atau air ketuban pecah awal.

Bakteria yang menyebabkan penyakit ini hidup dalam persekitaran yang suam dan lembap. Hal ini bermakna, antara kawasan yang berpotensi untuk menjadi habitatnya ialah serviks, tiub fallopio, salur kencing, mulut, tekak, mata dan dubur.

Gonorrhea yang tidak dirawat akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah dijangkiti HIV dan penyakit jangkitan kelamin yang lain. Sekiranya anda terdedah kepada masalah yang disebutkan itu, bermakna anda turut berisiko untuk berhadapan dengan masalah jangkitan pada uterus selepas bersalin.

Pada masa yang sama, anda turut berpotensi untuk mendapat penyakit keradangan pelvik (pelvic inflammatory disease PID). Wanita yang menghidapi PID jarang menunjukkan tanda yang nyata. Sekiranya ada tanda, ini bermakna penyakit tersebut sudah berada pada tahap yang membimbangkan. Masalah ini seterusnya boleh menyebabkan kemandulan dan kehamilan luar rahim.

Sekiranya rawatan masih tidak diberikan semasa proses kelahiran, bakteria akan mudah menjangkiti bayi. Jangkitan ini boleh menyebabkan bayi yang baru lahir mengalami masalah mata dan tanpa rawatan segera, bayi mungkin buta. Selain penglihatan terjejas, masalah lain mungkin timbul. Antaranya ialah jangkitan serius terhadap sendi, darah dan meningitis.

Jangkitan Gonorrhea Boleh Dikesan Dengan Cara
  • Mengambil contoh rembesan (swap sample)
  • Spesimen daripada cecair badan yang disyaki dijangkiti seperti yang terdapat pada serviks, rektum atau tekak akan dihantar ke makmal untuk ujian.
  • Ujian air kencing (urine test)
  • Gonorrhea yang wujud dalam serviks dan salur kencing boleh dikesan melalui ujian air kencing.
  • Ujian tisu (gram stain).
Kebanyakan wanita yang dijangkiti gonorhhea tidak menunjukkan sebarang tanda. Pun begitu, tanda jangkitan biasanya akan muncul dalam tempoh 10 hari selepas dijangkiti. Jika jangkitan berpunca daripada hubungan kelamin, tanda yang akan muncul ialah keputihan yang tidak normal, sakit dan rasa seperti terbakar semasa membuang air kecil dan berlakunya pendarahan semasa melakukan hubungan intim.

Bagaimanapun, jika jangkitan berpunca hubungan kelamin melalui dubur, anda akan rasa sakit atau gatal setiap kali menggerakkan usus. Namum, jangkitan pada tekak dan mulut jarang berlaku. Cuma anda mungkin akan mengalami sakit tekak. Jangkitan pada mata pula boleh mengakibatkan kesan kemerah-merahan dan gatal serta bertahi.

Semasa hamil, jangkitan gonorrhea lazimnya terhad pada bahagian serviks, salur kencing dan vagina. Akan tetapi, bahagian lain pada tubuh turut berpotensi untuk terkena jangkitan. Dan sekiranya bakteria dapat masuk ke dalam saluran darah (kes yang jarang berlaku) keadaan akan menjadi bertambah rumit. Walaupun penyakit ini serius, masih ada cara untuk menyembuhkannya. Gonorrhea boleh dirawat dengan antibiotik dan selamat untuk ibu hamil.

Anita Jujur Juice

Senarai Barang

Harga Pasaran

Anita Jujur Juice

42.00

Sedap Malam

18.00

Kemut Ajaib

20.00

Montok Indah

30.00

Rapat Wangi

30.00

Minyak Biul

32.00

Almas

Senarai Barang

Harga Pasaran

Set Pencerahan Wajah



Sunblock Silky (5gm)

28.00

Krim Kunyit (5gm)

28.00

Krim Pemutih (5gm)

28.00

Krim Jeragat (5gm)

28.00

Beauty Soap

9.00

Krim Uban (50gm)

32.00

Krim Uban (100gm)

59.00

Losyen Halia Bara + Garlic

25.00

Losyen Halia + Gamat

25.00

Atika Beauty

Senarai Barang

Harga Pasaran

Sabun Scrub Pemutih Penghalus Kulit Plus UV Protection (100gm)

15.00

Sabun Perapat XTra (100gm)

16.00

Oinus Beauty Soap (50gm)

14.00

Set Penambat Suami 2 Dalam 1

49.00

Hygiene Wash (Extra Rapat)

25.00

Manjakani V Gel

39.00

Kapsul Halia Trimix Plus (80 Kapsul)

35.00

Atika Collagen Drink (Perasa Oren + Vitamin C)

32.00

Whitening & Collagen Beauty Drink

(14 sachet)

32.00

Whitening & Collagen Beauty Drink Plus Vitamin C (300gm)

60.00

Whitening & Collagen Beauty Drink Plus Vitamin C (150gm)

32.00

Body Shaping & Cellulite Hot Gel 2 in 1

38.00

Kopi Pracampuran Sauda Plus Kismis

24.00

Trimm Lemon Drink (300gm)

50.00

Trimm Lemon Drink (150gm)

27.00

Slimm & Firmm (350ml)

50.00

Priakasa (250ml)

50.00

Mono P (Miniuman – 250ml)

45.00

Mono P (Gel)

25.00

Diabet (350ml)

70.00

Payuda (250ml)

45.00

Krim Payuda (30gm)

45.00

Minuman Lengkap Khusus Wanita Dalam Pantang (400ml)

45.00

Perapat (250ml)

45.00

Pati Kurma Ajwah (Kurma Nabi)

39.90

Bengkung Ramping Atika Beauty

42.00

Losyen Trimme serbaguna Pati Halia & Pati Limau (130ml)

25.00