Latest Updates
Permainan Bahasa (0 - 3 Bulan)
- Otak bayi akan memberi respons kepada setiap bunyi yang dihasilkan oleh sebarang bahasa. Oleh itu, peringkat ini merupakan waktu yang sesuai untuk memperkenalkan bunyi dari bahasa lain.
- Pilih perkataan seperti "helo" dan belajar menyebutnya dalam bahasa lain. Contohnya, setiap hari anda menyapa bayi dengan perkataan "hello" dalam bahasa Inggeris atau "hola" iaitu "hello" dalam bahasa Sepanyol. Anda boleh memilih sebarang bahasa yang anda suka.
- Pilih satu perkataan yang berkaitan dengan apa yang bayi anda lakukan pada setiap hari. Sebut dalam Bahasa Melayu, kemudian terjemahkan ke dalam Bahasa Asing.
- Mulakan setiap hari dengan perkataan atau ayat, seperti "mimum", "makan", "Saya Sayang Awak", bahagian-bahagian badan atau nama-nama binatang dan sebagainya.
0 Response to "Permainan Bahasa (0 - 3 Bulan)"
Post a Comment