Latest Updates
Berbual Dengan Bayi (3 - 6 Bulan)
- Duduk bersama-sama bayi anda dan pandang ke arah matanya. Mulakan perbualan tentang apa sahaja. Contohnya, berbual tentang apa yang akan disediakan untuk makan malam, tentang ahli keluarga, atau apa sahaja yang berkaitan dengan bayi anda.
- Apabila bayi memberi tindak balas seperti mengagah atau membuat bunyi-bunyi lain, tiru bunyi-bunyian itu dan masukkan dalam perbualan anda.
- Walaupun bayi tidak dapat memahami ke semua perkataan, ia akan membantu bayi mempelajari perkataan-perkataan baru yang akan menjadi asas kepada perkembangan bahasanya.
- Apabila bayi semakin membesar, anda pasti teruja apabila mendengar bayi menyebut kosa kata yang dipelajari.
0 Response to "Berbual Dengan Bayi (3 - 6 Bulan)"
Post a Comment