Latest Updates
Lihat, Lihat, Lihat (3 - 6 Bulan)
- Beberapa kajian menyatakan bahawa apabila bayi kerap diberi galakan untuk melihat objek-objek baru, maka lebih tinggi markah ujian kepintarannya apabila bayi mencecah umur 4 tahun.
- Bawa bayi ke bilik yang berlainan dan di aras yang berlainan (seperti di atas lantai, kerusi dan katil) ini dapat memberikan perubahan yang besar terhadap apa yang dlihatnya.
- Pilih 3 objek. Pegang satu objek di tangan dan beritahu nama objek tersebut. Buat perkara yang sama pada dua objek lain. Letakkan setiap objek di tangan bayi satu demi satu dan sebutkan nama objek tersebut sekali lagi.
- Pada masa yang lain, apabila anda memberi objek yang sama kepada bayi, ulangi permainan ini.
- Sebagai variasi permainan, letakkan objek di belakang anda dan katakan kepada bayi,"di manakah (nama objek) itu?" kemudian alihkan objek itu dari belakang anda dan katakan kepadanya, "ini dia!".
0 Response to "Lihat, Lihat, Lihat (3 - 6 Bulan)"
Post a Comment