Archive for October 2013
Latest Updates

Bagaimana Terjadinya Keguguran

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.


Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.

Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.

Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.

Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.

Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.


Tanda-Tanda Keguguran

Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.

Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.

Pendarahan semasa mengandung.

Perut mengecil secara tiba-tiba.

Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.


Rawatan

Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.

Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.

Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik.

Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.

Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.

Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.

Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.

Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.


Tip


Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.

Berat Badan Ibu Hamil

Berat badan ibu hamil akan sentiasa meningkat di sepanjang tempoh kehamilan. Berat badan ideal amat penting sepanjang kehamilan bagi menjamin kesihatan ibu serta perkembangan bayi yang sihat. Tetapi, jika berat badan ibu hamil berlebihan atau berkurangan, maka ibu hamil akan dipantau dan tindakan selanjutnya perlu diambil bagi memastikan kehamilan anda berjalan lancar.


Berat Badan Ideal

Pertambahan berat badan adalah berbeza untuk setiap ibu hami. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui pertambahan berat badan yang ideal semasa kehamilan dengan berat anda sebelum hamil. Ini kerana masalah berat badan yang berlebihan semasa kehamilan berisiko mengundang masalah pelbagai masalah kesihatan. Kenaikan berat badan sepanjang tempoh kehamilan ini bergantung kepada tinggi dan berat badan anda sebelum kehamilan.

Sekiranya berat badan anda kurang sebelum hamil, maka anda dinasihatkan untuk menambahkan berat badan anda sekitar 14 – 20 kg.

Bagi ibu hamil yang mempunyai berat badan ideal sebelum hamil, maka penambahan berat badan yang disarankan sepanjang kehamilan adalah sekitar 12.5 – 17.5 kg.

Dan sekiranya ibu hamil mengalami berat badan yang berlebihan sebelum hamil, maka penambahan berat badan yang disarankan adalah sekitar 7.5 – 12.5 kg sahaja.

Manakala bagi ibu hamil yang hamil kandungan kembar (dua atau lebih), berbincanglah dengan doktor mengenai kenaikan berat badan yang sesuai sepanjang tempoh ini. Ini kerana pertambahan berat badan adalah bergantung kepada jumlah janin di dalam rahim. Secara puratanya ibu hamil akan mengalami pertambahan berat badan antara 1.35 kg pada trimester pertama kehamilan dan meningkat kepada 0.45kg setiap minggu sehingga minggu ke-40.


Pertambahan Berat Ideal Ibu Hamil

Trimester Pertama

Pada trimester pertama, berat badan ibu hamil hanya akan bertambah sedikit sahaja dari berat badan sebelum kehamilan iaitu sekitar 1 – 4 paun (0.5 – 2.0 kg). Selalunya ketika ini ibu hamil masih tidak mengalami sebarang perubahan yang besar pada tubuh badan. Selain itu, ramai ibu hamil juga yang berdepan dengan masalah bagi menaikkan jumlah berat badan pada trimester pertama kehamilan. Ini disebabkan mereka mengalami alahan mengandung (morning sickness). Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan, ia tidak akan memberi kesan kepada bayi anda, kerana di awal kehamilan bayi yang dikandung tidak memerlukan kalori dan nutrien yang banyak.


Trimester Kedua

Namun untuk trimester kedua dan minggu-minggu yang seterusnya, ibu hamil disarankan untuk menambah berat badan mengikut penambahan berat badan yang disyorkan mengikut kategori berat masing-masing. Pertambahan berat badan akan meningkat lebih pantas disebabkan faktor-faktor tertentu seperti mengidam, mudah berasa lapar serta adakalanya mengalami gejala kuat makan. Jadi dinasihatkan sebaik-baiknya seimbangkan pemakanan anda dengan diet yang sihat seperti buah-buahan, buah-buahan kering, jus buahan dan sebagainya.


Trimester Ketiga


Pada trimester ketiga, kebiasaannya berat badan ibu hamil telah bertambah sebanyak 6.0 kg. Sekiranya lebih, iaitu sekitar 9.0 – 12.0 kg, jangan risau kerana ia masih dalam skala pertambahan berat yang normal. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah kurang berat badan, ia berkemungkinan akan menjejaskan tumbesaran bayi. Antara komplikasi yang berlaku seperti bayi kecil (tidak cukup berat semasa lahir) atau bayi dilahirkan sebelum masanya (pramasa). Ini disebabkan bayi yang dikandung tidak menerima bekalan khasiat yang mencukupi. Begitu juga pada ibu hamil yang mengalami berat badan berlebihan, pelbagai masalah dan risiko yang akan dihadapi. 

Bahaya Chicken Pox Pada Ibu Hamil

Ramai yang tidak mengetahui tentang bahaya diserang virus vericella (cacar air) atau lebih hingga dikenali sebagai chicken pox ketika sedang hamil. Ia amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa fetus (janin) dan ibu jika tidak ditangani dengan betul.


Siapa yang berisiko mengalaminya dan bagaimana mengelakkannya?

Wanita yang terdedah kepada penyakit ini dan tidak mempunyai keimunan terhadapnya. Bagi mengelakkan jangkitan, suntikan vaksin cacar air perlulah diambil. Sekiranya anda dihinggapi cacar air ketika sedang hamil, dapatkan rawatan doktor dengan segera.


Bagaimana boleh menjejaskan bayi dan anda?
  • Ibu boleh mengalami masalah pneumonia atau paru-paru berair.
  • Ibu yang mengalami jangkitan cacar air atau vericella pada lapan hingga 20 minggu kehamilan mempunyai risiko sebanyak 2% untuk bayinya turut mendapat jangkitan ketika di dalam kandungan.
  • Bayi dalam kandungan mempunyai risiko kecacatan anggota badan iaitu kaki, tangan atau mata atau dikenali sebagai congenital vericella syndrom.
  • Ada keadaan di mana apabila si ibu mengalami infeksi vericella, fetus juga mengalami masalah yang sama dan kesan parutnya boleh dilihat pada badan selepas dilahirkan.
  • Bayi boleh dilahirkan dengan berat yang rendah daripada paras normal.
  • Sebanyak tujuh peratus daripada fetus yang mendapat conngenital vericella mati dalam kandungan.
  • Bayi yang lahir empat hari sebelum atau dua hari selepas ibunya mempunyai risiko jangkitan cacar air yang mana boleh mengakibatkan sawan.

Posisi Pilihan Semasa Kehamilan

Selesakan Diri Dengan Posisi Pilihan

Bagi menikmati hubungan seks yang selesa sepanjang tempoh kehamilan, seharusnya anda dan pasangan perlu memikirkan posisi yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda. Bebanan berat suami terhadap perut anda mungkin akan membuatkan anda tidak selesa dan adakalanya menyakitkan. Apabila anda hamil, tidak bererti anda tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Tetapi pada waktu ini, anda perlu memilih beberapa posisi yang selesa sepanjang kehamilan. Jom cuba beberapa posisi yang terbaik:


Posisi Isteri Di Atas

Naik atas suami. Ini tidak meletakkan tekanan atas abdomen dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi. Posisi ini dikatakan posisi yang paling selesa sekali untuk kebanyakkan ibu hamil kerana mereka dapat mengawal kedalaman kemasukan zakar. Malah, bebanan yang berat tidak berlaku ke atas perut mereka.


Posisi Duduk

Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas rahim. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi yang kukuh. Posisi ini biasanya dilakukan ketika pertengahan atau hujung kehamilan di mana keadaan perut isteri adalah amat besar kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Si suami berada dalam posisi duduk dan ibu hamil duduk di atasnya dalam keadaan saling berhadapan atau membelakangi suami jika perut sudah terlalu besar. Posisi ini juga memungkinkan wanita untuk mengawal kemasukan zakar.


Posisi Suami Di Atas

Baring sisi ke sisi dalam posisi sudut yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang dalam boleh menimbulkan ketidakselesaan. Posisi ini juga memberi keselesaan kepada ibu hamil kerana tidak memberi bebanan kepada perut.


Posisi Berlutut Atau Berdiri


Gunakan katil sebagai alat membantu. Bengkokkan lutut. Punggung dan kaki berada di tepi tilam. Suami pula boleh sama ada melutut atau berdiri di depan anda. Atau beberapa lagi posisi yang dirasakan selesa bagi setiap pasangan. Pastikan posisi hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan ini tidak diletakkan berat badan anda ke atas perut ibu hamil atau batasilah tekanan ke atas perut isteri yang sedang hamil.

Bahaya Demam Panas Pada Ibu Hamil

Demam mungkin kedengaran biasa namun tidak bagi wanita hamil. Demam yang melebihi 38 darjah celsius atau dikategorikan sebagai demam panas mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh memberikan kesan negatif kepada perkembangan fetus.

Siapa Yang Berisiko Mengalami Simptom Demam?

Wanita mengandung sememangnya mudah dijangkiti kerana memiliki kurang antibodi kira-kira 90 % sahaja berbanding wanita tidak hamil.

Demam berlanjutan selama tiga hingga lima hari atau lebih boleh memberi impak yang buruk, ibu dan bayi dan perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Bagaimana Boleh Menjejaskan Bayi Mama?

Demam yang berlanjutan boleh disebabkan oleh demam virus atau selesema yang melibatkan simptom suhu badan yang tinggi. Ini meningkatkan risiko ibu untuk mendapat jangkitan pada paru-paru dan otak.

Demam boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ia juga meningkatkan risiko keguguran. Demam yang melibatkan suhu yang tinggi boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan. Demam denggi berdarah misalnya memberikan risiko pendarahan dalam rahim.

Bebas Daripada?

Wanita yang hamil perlu mengambil langkah berwaspada terhadap demam dan mendapatkan rawatan secepat mungkin jika terdapat simptom demam.

Hal ini kerana demam pada wanita hamil boleh berlarutan dan memudaratkan kesihatan fetus.

Elakkan keadaan yang boleh menyebabkan demam seperti terkena hujan atau perubahan cuaca yang drastik atau berada di tempat yang sesak. Mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor seperti paracetamol dan antibiotik.

Apa Itu Gejala Kencing Kotor?

Kencing Kotor amat menyakitkan jika anda mengalami. Apa itu UTI?

UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra. Ureter ialah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh. Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atas beberapa faktor berbanding golongan lain.

Mengapa Wanita Hamil Berisiko Mengalami UTI?

Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada masalah kencing kotor. Antaranya ialah:
  • Kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing betambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim semakin membesar dan menekan salur kencing uterer daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula.


Bagaimana UTI Boleh Menjejaskan Bayi Anda?

Kalau si ibu berisiko mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang disebabkan oleh UTI, bagi bayi yang dikandung pula akan mengalami kemungkinan kelahiran awal atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.


Simptom UTI

Buat wanita hamil sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya:
  • Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing berdarah dan berbau busuk.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suami.
  • Demam.

Bebas Daripada Gejala UTI

Setelah mengetahui faktor yang menyebabkan UTI, beberapa tindakan perlu diamalkan bagi mencegah komplikasi UTI ini ketika anda mengandung. Antaranya ialah:
  • Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  • Terus buang air kecil jika terasa ingin berbuat demikian. Menangguhkan pembuangan air kecil menggalakkan pembiakan kuman.
  • Digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bersama suami.
  • Tukar pelapik seluar dalam sekerap mungkin
  • Kurangkan pengambilan makanan manis
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutama bahagian sulit

Set Bersalin Leesa Premium Confinemum - Rahsia Kembali Sihat, Langsing & Anggun Selepas Bersalin

Set Bersalin Leesa Premium Confinemum merupakan set perawatan ibu bersalin pilihan artis-artis dan ibu berpantang di Malaysia. Set bersalin yang paling mendapat sambutan kerana kebaikan dan fungsinya yang begitu memberangsangkan. Set yang lengkap serta ekonomi. 

Kebaikan Set Bersalin Leesa Premium Confinemum 

  • Set paling laris di pasaran
  • Selamat dan berkesan sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin normal dan juga secara pembedahan (czer)
  • Tablet Haruan sangat baik untuk tujuan penyembuhan luka bersalin
  • Set yang lengkap pada harga pasaran yang sangat ekonomi
  • Turut menjadi pilihan golongan selebriti di negara ini
  • Ringkas tetapi memberi kesan secara menyeluruh
  • Formula inovatif sesuai untuk ibu-ibu zaman moden
  • Mudah, selamat, praktikal serta bermutu tinggi
  • Selamat untuk susuan bayi 

"Pengalaman berpantang kala lahirkan 6 orang anak memberikan saya idea untuk memformulakan set bersalin yang moden, ringkas, praktikal dan mudah digunakan serta mampu beri kesan menyeluruh seperti mana set bersalin tradisional turun temurun.

Kehadiran Set Bersalin Confinemum Leesa Formula sejak 10 tahun lalu, mencetus fenomena apabila ia serta merta menjadi set bersalin pilihan ramai dan sehingga ke hari ini kekal sebagai set bersalin pilihan ramai. Set Bersalin Leesa Premium Confinemum juga menjadi pilihan hampir semua selebriti di Malaysia untuk kembali sihat dan anggun selepas bersalin." - Mona Din (Pengasas Leesa Formula).


Dapatkan Juga Rangkaian Produk Intimate Sweetheart Bagi Melengkapkan Proses Ketika Berpantang

1. Manjakani Intimate Drink - rm35.00
Minuman herba dengan 7 ramuan terbaik untuk wanita. Memberi tenaga, seimbangkan haid. Hangatkan lagi hubungan intim suami isteri. Membantu tingkatkan kesuburan untuk yang ada masalah mendapatkan zuriat.

2. Manjakani Intimate Wash - rm28.00
Manjakani intimate wash adalah pencuci intim wanita berkesan dan selamat untuk membersih serta menghilangkan kegatalan. Sesuai untuk selepas bersalin dan ketika dalam berpantang. Produk ini mengandungi manjakani, aloe vera, tea tree oil, asid laktik dan trilosan.

3. Tablet Manjasuri - rm55.00
Produk untuk wanita dengan manjakani,kacip fatimah dan akar serapat. Digunakan secara tradisional untuk menambah kekuatan dan kesegaran badan wanita selepas bersalin.

Ketiga-tiga produk di atas sangat disarankan untuk diambil bersama-sama dengan Set Bersalin Leesa Premium Confinemum Leesa Formula.

Emosi Di Hujung Kehamilan

Sepanjang kehamilan, bukan sahaja berlaku perubahan pada fizikal ibu hamil sebaliknya keseluruhan kehidupan ibu hamil berubah termasuk emosinya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh. Perubahan tersebut membuatkan emosi ibu kadangkala terganggu. Ada masanya ibu berasa gembira, tenang dan bahagia. tetapi, ada juga ketikanya ibu akan berasa sedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya.

Perasaan ini timbul kerana ibu hamil tidak boleh menerima atau memahami perubahan-perubahan yang berlaku. Misalnya, kebanyakkan ibu hamil terkejut dengan perubahan fizikal mereka. Mungkin dahulu mereka mempunyai bentuk tubuh yang menarik tetapi kini tidak lagi.

Dalam menjalani kehidupan sebagai ibu hamil, soal seks bersama suami menjadi sensitif. Mereka lebih sensitif. Biasanya mereka mempunyai keinginan yang lebih pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan hubungan seks. Keadaan ini boleh mengelirukan suami.

Selain itu, ketika hampir hari bersalin ibu mudah bermimpi atau membayangkan tentang masa depannya, sama ada perkara buruk atau baik. Mereka akan membayangkan wajah bayi yang akan dilahirkan, atau memikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya proses kelahiran tidak berjya dan menyebabkan dirinya menemui ajal.

Siapa yang mahu menjaga anaknya ini? Dan banyak lagi persoalan yang bakal timbul. Membayangkan satu-satu perkara itu tidak menjadi salah. Tetapi ingat, jangan terlalu emosi sehingga membuat anda hilang pertimbangan dan kurang keyakinan diri.


Mengatasi Emosi Tidak Tentu

Cara terbaik untuk menghilangkan sebarang masalah berkaitan emosi ini adalah dengan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan kehamilan. Oleh yang demikian, anda tidak lagi berasa terkejut dengan perubahan demi perubahan yang berlaku sepanjang kehamilan.

Selain itu, berbincanglah dengan suami tentang perasaan yang menghantui anda kini. Misalnya, rasa risau, duka, tidak berkeyakinan, takut dan sebagainya. Kongsi apa juga perasaan anda agar komunikasi anda dan suami tidak terbatas.

Bagaimana untuk memastikan bayi dalam keadaan selamat? Ketahuilah bahawa kemungkinan bayi lahir cacat adalah kecil. Kebanyakan kecacatan berlaku pada minggu-minggu pertama dan berakhir dengan keguguran pada peringkat awal.


Pada minggu ke 13, janin sudah membentuk dengan lengkap dan tidak banyak kesilapan yang boleh berlaku. Sekiranya sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan, anda akan dapat mengurangkan lagi risiko ke atas bayi anda.