Archive for September 2013
Latest Updates

Mama Perlu Faham Kebaikan Susu Ibu

Semakin sesebuah negara itu menuju ke arah perindustrian semakin ramai ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi - bayi mereka. Dengan adanya banyak bekalan - bekalan formula susu di pasaran , dengan bertambahnya wanita - wanita yang bekerja di pejabat atau dikilang semakin ramai bayi - bayi yang diberi susu tepung. Satu pengaruh yang kuat juga ialah iklan - iklan yang mengenai susu tepung dan makanan peralihan (weaning foods).
Walaupun sukar untuk mengurangkan amalan memberi susu formula kepada bayi di kalangan ibu - ibu adalah penting diusahakan langkah - langkah untuk membantu ibu - ibu yang mempunyai masalah penyusuan susu badan sambil menggalakkan amalan penyusuan badan di kalangan mereka .

Berbagai - bagai jenis susu formula telah dikeluarkan oleh firma-firma untuk menampung keperluan ibu - ibu yang ingin memberi susu formula kepada bayi - bayi mereka. Kadangkala ibu - ibu sendiri keliru tentang formula manakah yang lebih sesuai untuk diberikan kepada bayi mereka. Soalan - soalan yang selalu timbul adalah seperti berikut ; adakah susu formula yang lebih mahal sebenarnya lebih baik ? Jenama yang manakah yang lebih baik , bermutu dan berkhasiat ?

Dalam surah al-Baqarah ada digalakkan yang ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi - bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Dalam komuniti - komuniti yang primitif dan di negara - negara yang membangun pemberian susu ibu kepada bayi - bayi sudah pasti akan dapat mengurangkan penyakit - penyakit terutamanya penyakit cirit - birit di kalangan bayi - bayi. Susu ibu bukan sahaja merupakan satu cara yang tidak membebankan perbelanjaan tetapi juga ia sendiri mempunyai faktor-faktor yang boleh mencegah penyakit dan mengurangkan penyakit - penyakit alahan. Satu lagi kebaikannya ialah ia dapat mendekatkan tali perhubungan di antara bayi dengan ibu. Pendek kata , semakin dikumpul maklumat tentang susu ibu semakin didapati yang ia adalah lebih berfaedah untuk memberi susu ibu daripada memberi susu formula.


Masalah -Masalah Yang Berkaitan

Dari masa seseorang wanita itu mengandung lagi , ada baiknya jika dia memahami tentang segala aspek penyusuan susu badan.

Ibu - ibu sering juga menyatakan yang ada jenis ubat tradisional atau herba yang boleh melebihkan susunya Walaupun tidak dinafikan langsung yang mungkin boleh berlaku , kita juga tidak boleh menafikan yang ini berlaku akibat apa yang dipanggil ' placebo ' iaitu ia berlaku akibat kesan psikologi para ibu. Perasaan risau yang susunya tidak akan cukup , umpamanya , mungkin mempegaruhi seseorang ibu itu untuk memikirkan yang dia tidak boleh menyusu ; lalu benar - benar susunya didapati tidak cukup.

Bayi yang baru lahir digalakkan untuk menghisap tetek ibu dengan secepat mungkin. Hisapan bayi adalah stimuli yang baik sekali untuk memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi ialah jika bayi itu sendiri menghisap sehingga dia puas. Bayi -bayi yang selalu tidur dan jarang menghisap akan mengurangkan susu yang dikeluarkan oleh ibunya.
Adakalanya bahagian ' puting buah dada ' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi menghisap. Ini berlaku kerana salah dalam Teknik Penyusuan. Dalam keadaan ini ibu dinasihatkan supaya memastikan anak melekap dengan betul, Cuba beri anak menghisap dari payudara yang tidak sakit terlebih dahulu, bila susu mengalir dengan baik, beralihlah kepada payudara yang sakit. Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut anak. Alihkan bayi dari payudara anda perlahan-lahan. Sekiranya puting telah luka cuba sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda dan cuba elakkan dari penggunaan sabun atau losyen pada puting. Jangan sekali-kali berhenti dari menyusu badan.

Bengkak payudara satu masalah yang sering berlaku pada ibu-ibu lepas bersalin. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan perahan susu ibu samada menggunakan tangan atau pam. Jenis pam elektrik sangat berguna dalam keadaan di mana bayi -bayi tidak boleh menghisap kerana dilahirkan prematur atau memerlukan rawatan khas kerana sakit paru -paru , infeksi dan sebagainya. Bagaimanapun pam elektrik tidak biasa digunakan kerana mahal harganya. Jenis pam manual juga boleh digunakan untuk mengeluarkan susu untuk beberapa hari sehingga bayi boleh mula menghisap sendiri.

Satu masalah lagi yang biasa ditemui ialah ibu -ibu yang mendapati puting buah dadanya terbenam ( inverted nipple ) ; atau tidak menonjol keluar. Keadaan ini boleh diatasi jika seseorang ibu di waktu mengandung selalu mengurut -ngurut puting buah dadanya.
Tempoh bagi menyusu badan berbeza - beza bagi setiap orang bayi. Ada yang mahu disusukan lama daripada yang lain. Tetapi selalunya tempoh 5 minit adalah mencukupi. Ibu seharusnya hanya berhenti dari menyusu setelah bayi kelihatan tenang dan puas hati.

Berhubung dengan pertanyaan untuk beberapa lamakah seseorang ibu itu harus menyusukan bayinya , ini terpulanglah kepada setiap ibu itu. Tetapi secara amnya ibu digalakkan memberi susu badan untuk beberapa lama yang boleh. Ini bukan sahaja boleh mengecutkan rahimnya tetapi juga diakui oleh para penyelidik bahawa bentuk badan wanita itu akan menjadi lebih elok lagi. Dalam zaman moden ini ibu -ibu terutama mereka yang bekerja digalakkan untuk memberi susu badan sekurang -kurangnya selama 6 bulan dan memulakan makanan pepejal untuk bayi pada peringkat umur ini. Tetapi, adalah lebih baik jika dia boleh meneruskan amalan ini untuk seberapa lama yang boleh.

Kebanyakan ubat -ubat yang boleh diambil oleh ibu akan terkandung di dalam susu ibu walaupun dengan sedikit sahaja. Biasanya bayi -bayi tidak mendapat apa -apa akibat dari ubat ini kerana dos yang diterimanya adalah kecil sahaja. Walau bagaimanapun , ibu perlulah mendapat nasihat doktor jika dia terpaksa makan ubat -ubat khas semasa dia menyusukan bayi.


Adakalanya susu kelihatan bercampur darah. Ini adalah normal dan tidak perlu dikhuatiri. Ibu -ibu kadangkala berasa risau apabila terasa ada ' biji ' di buah dadanya dalam tempoh dia menyusukan bayinya , takut kalau -kalau dia menghidap barah buah dada. Disini adalah ditegaskan yang ' biji ' ini selalunya timbul dalam waktu penyusuan badan dan ia adalah normal. Tetapi , jika ' biji ' ini terus ada dan jika seseorang itu berasa tidak senang hati eloklah jika ia mendapatkan nasihat doktor. 

Set Bersalin Nona Roguy Set Bersalin Pilihan Ibu Berpantang

Set Bersalin Nona Roguy juga dikenali sebagai Set Bersalin NR adalah Set Bersalin yang paling mendapat kepercayaan ibu-ibu berpantang di Malaysia. Set Nona Roguy ini terbukti sangat berkesan bagi tujuan perawatan dalaman serta lengkap bagi tujuan perawatan luaran.

"Set Bersalin Nona Roguy" boleh dikatakan set yang lengkap dan paling ekonomi di pasaran. "Set Bersalin NR" juga sangat baik bagi tujuan mengembalikan berat badan ideal selepas bersalin. Di samping itu Set Nona Roguy juga tidak menjejaskan penyusuan susu ibu malah Pytonatal dan Akar Herbanika yang terdapat dalam Set NR sangat baik untuk menambah pengeluaran serta memekatkan susu ibu.

Perlu diingat bahawa masalah sembelit sering berlaku di kalangan ibu-ibu semasa berpantang. Masalah ini jika dibiarkan akan melarat sehingga boleh menyebabkan ibu-ibu mengalami masalah buasir dan ini akan memudaratkan kesihatan ibu semasa berpantang. Pytonatal yang terdapat dalam Set Bersalin Nona Roguy sangat bagus bagi mengelakkan ibu daripada mengalami masalah sembelit. Tujuan utama ialah untuk melembutkan najis daripada berlakunya masalah sembelit.

Alhamdulillah, pengalaman Kak Engku sendiri menggunakan Set Bersalin NR untuk anak yang ketiga. Hasil dan kesannya sangat memberangsangkan. Sepanjang berpantang Kak Engku tidak letih, kekal bertenaga, susu banyak, tidak sembelit dan yang paling best badan kekal ramping hihi. Apa yang Kak Engku boleh katakan, Set Nona Roguy sangat bagus dan sangat serasi dengan diri Kak Engku. Bagi yang ingin mengurut semasa berpantang nanti, Kak Engku cadangkan agar menggunakan Minyak Herbanika Nona Roguy. Minyak ini memang Terbaik hihi, baunya yang harum dan rasanya yang hangat memang best dan menenangkan sepanjang mengurut.

Kak Engku juga berjaya menyusukan baby yang ketiga Kak Engku secara eksklusif sehingga berusia dua tahun. Ok kenapa Kak Engku kata Set NR paling dapat sambutan. Jawapannya ada entri post Set Bersalin NR kat sini (cuba skrol kat bahagian komen, lihat lebih dari 600 soalan yang diajukan pada Kak Engku berkaitan Set Bersalin Nona Roguy). Ini menunjukkan sememangnya Set Nona Roguy memang Set Bersalin paling laris di pasaran. Manakala untuk testimoni lak nanti Kak Engku post kat entri yang akan datang ye.

Set Bersalin Nona Roguy mengandungi 6 produk di dalamnya. Rangkaian Produk tersebut adalah:

1. Pytonatal 90 Tab
2. Akar Herbanika 10 Paket
3. Uncang Cuci 10 Paket
4. Lulur Herbanika 100gm
5. Krim Herbanika Barut 60gm
6. Minyak Herbanika 100ml

Di entri Panduan Memilih Set Bersalin Kak Engku ada berkongsi tip dalam memilih Set Bersalin. Dan dari Feedback yang Kak Engku terima, ramai yang memilih Set Bersalin Nona Roguy sebagai Set Bersalin pilihan kerana fungsi dan kebaikannya.

Fungsi Dan Kebaikan Set NR


Pytonatal - digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan, melawaskan pembuangan air besar, membanyakkan susu badan dan mengurangkan berat badan ibu selepas bersalin.

Akar Herbanika - digunakan secara tradisional sebagai minuman harian untuk memelihara kesihatan, melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan keletihan, memekatkan susu ibu dan menguatkan kembali badan wanita selepas bersalin.

Minyak Herbanika - baik digunakan sebagai minyak urutan untuk kesihatan dan menguatkan badan ibu selepas bersalin. Aromanya yang sangat harum dan rasanya yang panas sangat menyegarkan.

Uncang Cuci Herbanika - digunakan secara tradisional untuk mereda dan melegakan masalah keputihan  dan gatal-gatal ringan dan pemeliharaan kesihatan  bahagian intim wanita selepas bersalin. Juga berfungsi untuk memcepatkan penyembuhan luka bersalin.

Herbanika Lulur - digunakan secara tradisional untuk wanita selepas bersalin untuk pemeliharaan kesihatan, kebersihan dan kehalusan kulit.

Krim Herbanika Barut - digunakan secara tradisional sebagai sapuan untuk melega dan mengencangkan kembali otot tubuh terutamanya bahagian perut wanita selepas bersalin.



Bengkung Nona Roguy (Dijual Berasingan) - mudah dilaras kepada pelbagai saiz dari S hingga XL. Mudah untuk buang air kecil dan besar tanpa perlu membuka kesemua ikatan. Mempunyai potongan mengikut tubuh badan untuk keselesaan ibu berpantang.

Kesimpulannya Set Nona Roguy memang terbaik untuk ibu berpantang. Jika anda inginkan yang terbaik dalam tujuan penyusuan, penurunan berat badan, mengelak dari sembelit, set bersalin yang jimat serta berbaloi untuk dimiliki. Maka Kak Engku mencadangkan Set Bersalin Nona Roguy sebagai pilihan utama.

Harga : RM 365.00 (Harga Pasaran)
Harga Promosi RM280.00 + Free Postage
Pakej 1
Set Bersalin Nona Roguy
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku

Harga Promosi RM300.00
Pakej 2
Set Bersalin Nona Roguy
Free Pad Herba (20 Helai)
Free Rempah Mandian
Free Pil Asi (Utk Tambah Susu Ibu)
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku

Harga Promosi RM300.00
Pakej 3
Set Bersalin Nona Roguy
Free Tungku Baby
Free 1 Helai Barut Baby
Free Minyak Telon Baby
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku

Harga Promosi RM350.00
Pakej 4
Set Bersalin Nona Roguy
Free Pad Herba (20 Helai)
Free Bengkung Bodycare
Free Tungku Herba Leesa
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku








Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Penyusuan Susu Ibu


1. Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

2. Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.

3. Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).

4. Alkohol 

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.

5. Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.

Teknik Semulajadi Ubah Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan

Dilaporkan bahawa kira-kira 20% ibu hamil akan mengalami keadaan di mana bayi di dalam kandungannya berada dalam kedudukan songsang. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika hal ini berlaku ketika anda berada di awal usia kehamilan.

Kedudukan songsang tersebut lazimnya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan. Proses perubahan kedudukan akan berlaku secara semulajadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32 kehamilan.

Dilaporkan juga bahawa kelahiran songsang masih boleh berlaku walaupun usia kandungan sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, anda tidak perlu risau kerana bayi masih mampu berubah kedududkan normal pada saat akhir proses bersalin.

Cuba Lakukan Sendiri

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi dalam kandungan secara SEMULAJADI agar kembali dalam posisi yang normal. (AMARAN!! Jangan ubah kedudukan bayi secara paksa kerana ia boleh mengakibakan bayi terbelit tali pusat.)

1. Merangkak

Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya.

2. Kaedah Panas - Sejuk

Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek Ais

Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam Di Dalam Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Menyanyi Dan Bercakap

Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6. Senaman Tilt Position

Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.

7. Lampu Suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan

Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

9. Doa 

Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain.

Nota:

Walaupun anda telah mencuba dan masih tidak berhasil. Kak Engku nasihat agar jangan risau dan stress. Tak kira kaedah apa pun proses bersalin nanti, yang penting adalah keselamatan ibu dan anak. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Pemakanan Untuk Bayi Pintar

Rahsia Makanan Otak Genius Bayi

Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan.

1. Madu

Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam Al Quran. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu.

2. Kismis

Kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Dengan ini, ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.

3. Susu Segar

Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Sabda Rasullullah s.a.w, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. 

4. Telur

Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, nartrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam kampung terbaik untuk memberi kepintaran pada anak.

5. Kurma

Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C dan E.

6. Buah Delima

Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud "Barang sesiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari".

7. Kekacang

Kekacang turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.

8. Labu

Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda "makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.

9. Minyak Sapi

Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.

10. Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membanu meningkatkan daya ingatan.

Masalah Penglihatan



Masalah penglihatan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa ialah:

Rabun jauh – orang yang mempunyai masalah rabun jauh sukar melihat benda yang jauh tapi boleh melihat benda yang dekat dengan jelas. Masalah rabun jauh biasanya muncul semasa kanak-kanak.

Rabun Warna – orang yang rabun warna selalunya sukar membezakan antara warna merah dan hijau, diikuti biru dan kuning. Masalah ini jarang berlaku di kalangan perempuan, tetapi setiap 1 dalam 10 lelaki mengalami kesannya. Orang yang rabun warna sukar melihat sesuatu objek dengan jelas, tapi penggunaan kaca mata berwarna boleh membantu mereka menanganinya.

Mata Juling – masalah sistem saraf, khususnya yang mengawal mata, boleh menyebabkan bayi menjadi juling. Bayi yang dilahirkan juling mungkin mempunyai masalah melihat berganda, tapi dia mungkin sukar membezakan kedalaman dan penglihatan sisi. Doktor mungkin mengesyorkan terapi penglihatan untuk menguatkan otot mata atau pembedahan (untuk orang dewasa).

Sekiranya ada seorang anak yang mata juling, adik-beradiknya yang lain mempunyai 15 peratus kemungkinan untuk mempunyai masalah yang sama. Jika ada ibu bapa anak itu juga yang juling, peratusan risiko meningkat kepada sekitar 40 peratus pada anak-anak yang lain.

Astigmatisme – masalah ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik, tekanan kelopak mata pada kornea atau pada orang dewasa, disebabkan oleh postur yang tidak betul atau banyak melakukan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian mata. Mereka yang mengalaminya biasanya merasa sakit kepala, penat, sakit mata dan pandangan kabur.

Jika Bayi Mama Tercekik



Bertenang – jangan cuba untuk keluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi menggunakan jari kerana anda mungkin menambah masalah lain pula.

Tiarapkan bayi di lengan atau paha anda. Jadi lehernya disokong dan kepalanya lebih rendah daripada badannya.

Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan anda. Objek yang berada di dalam mulutnya mungkin terkeluar.

Jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan, baringkan dia dan gunakan hujung jari anda untuk mengurut tulang dadanya.

Jika bayi anda mula tidak sedarkan diri, cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya. Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.

Jika dia tidak bernafas, minta bantuan sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.

Alahan Makanan Terhadap Bayi



Masalah ini perlu dicegah walaupun terdapat rawatan yang berkesan kerana risikonya adalah tinggi di kalangan kanak-kanak. Perlindungan jangka panjang diperlukan untuk mengurangkan sensitiviti pada organ lain seperti kulit, paru-paru dan hidung.

Tanda-tanda alahan makanan termasuklah urtikaria (kulit menjadi merah dan gatal), ekzema, muntah, loya, cirit-birit, lelah, mata berair dan merah, mulut, anak tekak, lidah, mata dan kadang-kadang keseluruhan tubuh badan menjadi bengkak. Kebanyakkan tindak balas adalah ringan namun jika teruk, ia dipanggil anaphylaxis dan boleh membawa maut.

Jenis makanan yang menyebabkan alahan bergantung kepada individu Malaysia, kebanyakan makanan laut (70%) seperti udang, udang kering, ketam dan makanan biasa (20%) seperti telur, susu lembu, ikan bilis, tepung, kacang, tepung serta buah-buahan (10%) seperti pisang dan rambutan boleh menimbulkan alahan.

Alahan kepada susu lembu juga selalu berlaku pada bayi. Alahan yang teruk akan menyebabkan bayi tidak membesar, selalu muntah dan kadang kala muntah darah. Langkah untuk mengurangkan risiko alahan makanan termasuklah menyusui susu ibu sepenuhnya. Jika menghadapi kesukaran menyusukan susu anak, anda harus mendapatkan nasihat doktor untuk memberi rumusan susu ipoalergik pada bayi.

Sehubungan itu, makanan pejal harus diberi hanya selepas bayi berusia enam bulan dan satu jenis makanan yang berbeza harus diberi setiap minggu. Makanan yang memberi alahan sepatutnya diberi agak lewat kepada si kecil.