Archive for June 2013
Latest Updates

Petua Ketika Berpantang



Menghilangkan Rasa Pening Kepala

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selain dari rasa letih dan lesu mereka juga rasa kepala mereka pening dan berat. Jika berambut panjang bolehlah anda mendandan rambut anda dengan rapi dan mengikat kuat rambut anda itu dengan getah pengikat rambut, biarkan rambut anda tegang.

Dandanan ini akan menegangkan muka anda selain dari itu boleh menghindarkan dari sakit kepala dan terkena penyakit angin meroyan (penyakit jiwa bagi ibu-ibu yang baru bersalin). Oleh itu ikatlah rambut anda selama dalam pantang 44 hari bagi orang-orang Melayu.

Selain itu, anda juga boleh mencuba petua ini, ambil tiga biji limau kasturi, atau limau nipis, belah dua, airnya jaramkan pada kulit kepala anda, biarkan air limau itu kering di kulit kepala anda. Setelah itu barulah anda mencucinya dengan air sejuk. Lakukan cara ini sebelum mandi pagi.


Menghilangkan Gatal-Gatal Pada Vagina Selepas Melahirkan Anak

Selain daripada kebersihan badan, ibu patut juga tahu menjaga kebersihan vagina supaya cepat sembuh dan jangan dijangkiti kuman.

Caranya, ambil 7 helai daun sirih, bersihkan daun tersebut dan rebus dengan 2 gelas air. Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa, rebus bahan-bahan itu sehingga mendidih. Gunakan untuk membasuh vagina bilarebusan itutelah sejuk. Lakukan setiap hari sehingga luka-luka pada vagina sembuh.


Menghilangkan Sakit Buah Dada Ketika Dalam Pantang

Adakalanya ibu yang baru melahirkan akan mendapat demam kerana buah dadanya mengeras. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencari sarang tebuan tanah, campurkan dengan asam jawa dan basahkan dengan sedikit air. Setelah itu sapukan pada buah dada yang sedang mengeras,sapukan beberapa kali hingga buah dada anda tidak sakit lagi.


Rasa Lemah Badan Selepas Bersalin

Bagi ibu yang berasa lemah badan selepas bersalin dan rasa lemah itu terlalu sukar untuk dipulihkan, anda hendaklah makan sup daging bercampur sedikit halia setiap hari, tambahkan sedikit lada hitam di dalam sup tersebut.

Sup ini hendaklah dimakan setiap pagi sebagai menggantikan sarapan pagi. Amalkan makan sup ini selama sebulan. Selain dari itu, tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anda. Anda akan bertambah sihat setelah mengamalkan diet itu.


Mengatasi Peranakan Turun Dan Salah Tempat

Pekerjaan yang terlalu banyak dan berat, mengangkat barang-barang yang berat akan menyebabkan peranakan anda menjadi lemah dan mudah turun.

Untuk mengatasi masalah ini hendaklah anda mengikat perut bahagian bawah dengan kuat dengan tali pinggang dari kain, tujuannya biar perut anda tidak mudah bergoyang. Selain dari itu amalkanlah berendam dalam air mandian yang panas-panas suam setiap hari selama setengah jam, lakukan rawatan ini sehingga kesihatan anda pulih.

Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai peranakan yang lemah akan mengalami peranakan yang salah tempat, setelah mereka melahirkan anak. Tanda-tandanya anda mungkin berasa tidak selesa dan sering buang air kecil. Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah melakukan senaman ringan.

Caranya, dengan berurut, atau berbaring dengan menaikkan kedua kaki anda condong ke dinding. Lakukan cara ini setiap pagi dan petang. Sehingga anda berasa sembuh.


Mengatasi Sakit Angin Semasa Dalam Pantang

Petua mengatasinya dengan minum air halia yang direbus dengan sedikit gula. Ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk halia tersebut hingga halus, rebus dengan dua gelas air hingga mendidih, sejukkan dan minum dua kali sehari pagi dan petang. Amalkan selama dua hari hasilnya tentu memuaskan.


Badan Terasa Seram Sejuk Semasa Dalam Pantang

Semasa dalam pantang anda mungkin mengalami rasa seram sejuk secara tiba-tiba kepala pening. Ini dikatakan bentan, untuk mengatasinya anda hendaklah berehat secepat mungkin,minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula sebanyak satu gelas, sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah. Selimutlah dengan selimut tebalsehingga anda berpeluh.

Semasa dalam pantang elakkan memakan makanan yang berbisa seperti rebung, nenas,buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, manggis dan sebagainya.

Bentan yang teruk boleh menyebabkan rabun mata dan lemah badan. Oleh itu, ibu-ibu semasa dalam pantang hendaklah menjaga pemakanan dengan betul dan rehat dengan cukup untuk menghindarkan bentan.

Harga Promosi Set Bersalin Nona Roguy RM280.00

Set Yang Paling Laris Di Pasaran. 
Harga Promosi Set Bersalin Nona Roguy RM280.00 + Free Postage (Seluruh Malaysia)
Khas Untuk Pembaca Setia Blog Kak Engku Bidan Bersalin

Sangat Berkesan Bagi Ibu Yang Ingin Menurunkan Berat Badan Selepas Bersalin, Mengembalikan Kecergasan Tubuh Badan Sepanjang Tempoh Berpantang, Ingin Menambah Susu Badan, Tidak Panas Dan Sangat Sesuai Untuk Tujuan Penyusuan Susu Ibu. Set Yang Lengkap, Mudah Dan Parktikal.

 
Set Bersalin Yang Paling Dipercayai Dan Diminati Buat Masa Kini.
  
Berminat Untuk Pesanan Dan Tempahan
Call / SMS / Whatsapp 019 2077643
Email : bidanbersalin@yahoo.com
Borang Pesanan Terdapat Di Bawah Dan Di Kanan Blog Kak Engku

Janji Kak Engku
Barang Akan Dipos Dalam Masa 24 Jam Setelah Pembayaran Diterima. Barang Kak Engku Pos Menggunakan Khidmat Pos Laju. Barang Yang Tidak Diterima Atau Rosak, Kak Engku Akan Menggantikannya Dengan Yang Baru Tanpa Sebarang Kos Tambahan, InsyaAllah


p/s: Akak Juga Ada Jual Pelbagai Set Bersalin Dan Kelengkapan Berpantang. Harga Boleh Runding. Mari La Order Dengan Akak.


Masalah Penglihatan



Masalah penglihatan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa ialah:

Rabun jauh – orang yang mempunyai masalah rabun jauh sukar melihat benda yang jauh tapi boleh melihat benda yang dekat dengan jelas. Masalah rabun jauh biasanya muncul semasa kanak-kanak.

Rabun Warna – orang yang rabun warna selalunya sukar membezakan antara warna merah dan hijau, diikuti biru dan kuning. Masalah ini jarang berlaku di kalangan perempuan, tetapi setiap 1 dalam 10 lelaki mengalami kesannya. Orang yang rabun warna sukar melihat sesuatu objek dengan jelas, tapi penggunaan kaca mata berwarna boleh membantu mereka menanganinya.

Mata Juling – masalah sistem saraf, khususnya yang mengawal mata, boleh menyebabkan bayi menjadi juling. Bayi yang dilahirkan juling mungkin mempunyai masalah melihat berganda, tapi dia mungkin sukar membezakan kedalaman dan penglihatan sisi. Doktor mungkin mengesyorkan terapi penglihatan untuk menguatkan otot mata atau pembedahan (untuk orang dewasa).

Sekiranya ada seorang anak yang mata juling, adik-beradiknya yang lain mempunyai 15 peratus kemungkinan untuk mempunyai masalah yang sama. Jika ada ibu bapa anak itu juga yang juling, peratusan risiko meningkat kepada sekitar 40 peratus pada anak-anak yang lain.

Astigmatisme – masalah ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik, tekanan kelopak mata pada kornea atau pada orang dewasa, disebabkan oleh postur yang tidak betul atau banyak melakukan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian mata. Mereka yang mengalaminya biasanya merasa sakit kepala, penat, sakit mata dan pandangan kabur.

Masalah Pendengaran



Pekak atau kurang daya mendengar memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Namun, bukan mudah bagi ibu bapa mengesan masalah ini pada bayi yang masih kecil. Amat mustahak keadaan ini dikesan pada peringkat awal supaya rawatan dan kaedah sesuai untuk pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin. Tindakan yang pantas pasti membuahkan hasil positif dan memberi makna cukup besar kepada anak-anak. Ini kerana waktu kecil merupakan tempoh pembelajaran yang paling penting dalam hidup mereka. Tindakan yang lambat diambil merugikan anak dan menyebabkannya ketinggalan untuk menerima segala ilmu yang sepatutnya diberikan kepadanya.





Jenis-Jenis Pekak



Jenis Konduktif – masalah pada telinga luar dan telinga tengah. Bermakna masalah meliputi rongga telinga luar, gegendang telinga dan osikel telinga. Pekak jenis ini selalunya disebabkan oleh halangan atau ada benda asing yang menyekat saluran pendengaran.



Sensori Neural – masalah pada telinga dalam iaitu labyrinth, saraf ke lapan. Ia merupakan jenis kecacatan yang dialami sejak lahir disebabkan pembentukan struktur telinga yang tidak sempurna.



Kedua-duanya sekali – mampu mendengar bunyi atau suara yang tidak melebihi 60db. Mampu bertutur dengan baik. Bercakap dengan suara perlahan.





Tanda-Tanda Pekak Sensori Neural



·           Sangat sukar untuk mendengar bunyi yang melebihi 60db.

·           Tidak mampu bertutur dengan baik

·           Akan menjerit dengan kuat ketika bercakap.





Rawatan – bagi jenis konduktif rawatan dibuat berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Biasanya doktor membersihkan telinga dan memberi antibiotik jika terdapat infeksi pada telinga tengah. Penggunaan alat bantuan pendengaran (hearing aid) boleh diberi jika bersesuaian. Rawatan masalah pekak jenis konduktif bukan mudah kerana ia melibatkan penyakit serius seperti sifilis atau kencing manis. Vasodilater, vitamin B1, B6 dan B12 boleh diambil. Manakala vitamin A, C dan E pula digunakan sebagai antisklerotik.



Aplikasi alat bantuan pendengaran juga boleh membantu. Alat ini dipasang di tepi telinga dan berfungsi meningkatkan magnitud bunyi atau bertindak sebagai amlifier.





Bagaimana Bercakap Dengan Anak Yang Pekak.



Sebut perkataan dengan perlahan dan sebutan yang terang satu persatu. Pandang wajahnya dan gerakkan bibir dengan jelas.



Berikan semangat padanya. Apabila dia berjaya memahami apa yang anda katakan, tunujkkan wajah yang gembira.





Mengesan Anak Yang Pekak



Masalah psikologi dilihat menjadi salah satu masalah utama kenapa anak kurang bercakap. Apabila anak tidak berupaya mendengar dengan baik, pastinya pertuturan dan kefahamannya kurang. Tidak terkecuali kebolehannya menguasai perbendaharaan kata.



Jika masalah ini tidak dikesan, anak tentu ketinggalan dalam pelajaran atau dianggap pelajar yang lemah. Anak yang mengalami kepekakan gemar bersendirian dan menjadi seorang individu anti sosial. Guru-guru sepatutnya peka dengan masalah ini dan berbincang dengan ibu bapa supaya pemeriksaan lanjut oleh pakar telinga dilaksanakan secepat mungkin.



Anak yang mengalami masalah pendengaran juga sentiasa meninggikan suara sewaktu bercakap dan kedengaran seperti menjerit. Jika anak anda berkelakuan sedemikian, bawalah dia bertemu pakar telinga.



Ujian mengesan masalah telinga dipanggil audiometric. Audiometric mengesan permasalahan telinga dan tahap pendengaran. Doktor juga mungkin melakukan conductivity studies bagi mengesan masalah berkaitan urat saraf telinga.



Kini, pusat bersalin cenderung menjalankan pemeriksaan telinga ke atas bayi yang baru lahir bagi membolehkan masalah pendengaran dikesan lebih awal. Pemeriksaan susulan diadakan sehinggalah pakar berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi. Ujian susulan itu terus dilakukan sehingga bayi mencapai usia dua tahun.



Anak yang pekak tidak bermakna mereka tidak pandai. Malah tahap IQ mereka mungkin lebih tinggi dan jauh lebih bijak berbanding individu normal. Hanya corak pendidikan perlu diubah, selain diberi ruang untuk mereka meneruskan pembelajaran menggunakan teknologi yang sesuai.

Menjauhi Kecacatan Janin Semasa Hamil



Kebanyakan bayi dilahirkan dengan kongenital yang sederhana iaitu tidak serius dan hanya sebilangan kecil yang dilahirkan dengan gangguan atau kecacatan kongenital yang serius. Gangguan atau kecacatan yang sederhana seperti sumbing bibir, jari-jari yang diselaputi oleh kulit seperti kaki itik, dan mempunyai jari tambahan.

Gangguan ini diwarisi oleh bayi daripada ibu bapa. Kecacatan kongenital yang serius yang boleh terdapa t pada bayi adalah seperti :

·           Kecacatan pada jantung yang boleh membawa maut
·           Kecacatan pada kulit abdomen
·           Kecacatan pada sistem urat saraf
·           Kecacatan kromosom
·           Kecacatan pada tengkorak bayi
·           Sindrom down

Kecacatan anencephaly ialah serius dan adalah kecacatan kongenital fizikal. Bayi yang menghidap anencephaly mempunyai gangguan pada pembentukan tengkoraknya. Bentuk tengkoraknya tidak sempurnadan menyebabkan oataknya terdedah. Kecacatan ini adalah serius dan bayi akan mati selepas dilahirkan.

Spina bifida – berlaku kerana kulit tulang belakang tidak terbentuk dengan sempurna dan menyebabkan tulang itu terdedah. Pemakanan yang tidak sempurna boleh menyebabkan terjadinya masalah spina bifida.


Punca Bayi Cacat

Antara punca yang dikenal pasti ialah faktor genetik atau warisan, dimana benih yang disenyawakan itu mengalami kerosakan. Pemakanan yang kurang seimbang boleh menyebabkan pembentukan tengkorak bayi dan tulang belakang bayi.


Fakta Umur Semasa Hamil

Hamil terlalu muda atau usia lanjut sering dikaitkan dengan gangguan kromosom seperti sindrom down atau mongol baby. Bayi yang mengalami sindrom down mengalami masalah terencat akal, gangguan pada jantung dan sistem pencernaan down sindrom sering berlaku dikalangan wanita yang berumur 40 tahun ke atas.


Ubat-Ubat Dan Jangkitan

Sesuatu yang merosakkan seperti ubat-ubatan dan jangkitan, janin di dalam rahim diperingkat awal perkembangannya boleh menyebabkan kecacatan bayi. Ubat seperti pil thalidomide yang diberikan kepada ibu yang hamil akan membantutkan perkembangan tangan dan kaki bayi.

Bayi tersebut dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Penyakit rubela boleh menyebabkan kecacatan bai seperti kerosakan pada jantung, otak, buta dan pekak. Jika si ibu menghidap penyakit ini dalam tempoh tiga bulan pertama.


Menjauhi Masalah Kecacatan Bayi

Kebanyakkan kecacatan bayi dalam rahim dapat diatasi dengan tingkatkan taraf pemakanan. Masalah kecacatan pada urat saraf spina bifida dan anencephaly dapat dielakkan dengan meningkatkan pengambilan zat vitamin A, D dan C. Vitamin tersebut seelok-eloknya diambil satu biji tiga kali sehari bermula satu bulan sebelum hamil sehingga tiga bulan kehamilan.


Umur Yang Sesuai Untuk Hamil

Kecacatan bayi terutamanya sindrom down dapat dielakkan apabila ibu berkenaan hamil pada umur yang sesuai iaitu di antara 20 hingga 35 tahun.


Jangan Ambil Sebarang Ubat-Ubatan

Tabiat mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor semasa hamil tidak digalakkan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat-ubatan.


Dapakan Pencegahan Rubela

Penyakit rubela yang menyebabkan  kecacatan bayi dapat dicegah dengan menerima pencegahan pelalian rubela sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mula hamil.