Archive for April 2013
Latest Updates

Meredakan Kesakitan



Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. 

Epidural

Penggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan. Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. 

Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi. 

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang.

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini. 

Pernafasan

Adalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat. 

Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan. 

Bersalin Lebih Hari



Overdue

Di penghujung kehamilan, anda tentu ternanti-nanti saat kelahiran bayi. Namun,ada segelintirnya terpaksa menunggu lama untuk melalui saat itu kerana perlu bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakkan doktor akan mengambil keputusan untuk membei ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi tujuh hari ataupun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebabkan:

Proses Kelahiran Menjadi Sukar

Bayi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.


Uri Tidak Berfungsi

Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kdang kala tidak berfungsi langsung.


Faktor Sebabkan Overdue

Sejarah Keluarga

Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan.

Saiz Kepala

Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

Tiada Kontraksi

Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.


Keperluan Induce (Ubat Cetusan)

Indius dilakukan kerana kebanyakkan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

Set Bersalin Nona Roguy




Set Bersalin Nona Roguy atau dikenali juga Set NR memperkenalkan kepada anda set lengkap Herbanika Bersalin yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman. Rumusan istimewa yang telah terbukti keberkesanannya sejak zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu, Siak Sumatera dan Keraton Solo.

Herbanika Bersalin terbukti berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin. "Set Nona Roguy" sentiasa bersama anda menuju ke arah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.

Mengenai Produk :


Harga : RM 365.00
(Harga Pasaran)
Harga Promosi RM280.00 + Free Postage
Pakej 1
Set Bersalin Nona Roguy
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku

Harga Promosi RM300.00
Pakej 2
Set Bersalin Nona Roguy
Free Pad Herba (20 Helai)
Free Rempah Mandian
Free Pil Asi (Utk Tambah Susu Ibu)
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku

Harga Promosi RM300.00
Pakej 3
Set Bersalin Nona Roguy
Free Tungku Baby
Free 1 Helai Barut Baby
Free Minyak Telon Baby
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku

Harga Promosi RM350.00
Pakej 4
Set Bersalin Nona Roguy
Free Pad Herba (20 Helai)
Free Bengkung Bodycare
Free Tungku Herba Leesa
Free Postage
Free Khidmat Kaunseling Berpantang Bersama Kak Engku
Free Khidmat Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Bersama Kak Engku
 

Set Bersalin Ini Mengandungi :

a. Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman
b. Akar Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan dalaman
c. Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
d. Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar
e. Herbanika Lulur (100 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
f. Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar


Keterangan & Cara Penggunaan "Set Bersalin Nona Roguy" @ Set NR (Klik di sini)

Posisi Bersalin



Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namum terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut.


Duduk Tegak

Posisi ini adalah posisi popular dikalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada.

Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran. Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut. Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.


Mencangkung

Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan. Tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah. Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.


Melutut

Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan 2 orang teman untuk melakukan kaedah ini. 2 orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.


Wheel Chair

Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.


Dalam Air

Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa saja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya. Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.


Pembedahan

Proses ini tidak perlukan latihan. tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal. Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka.

Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi. Alasannya kerana takut untuk menempuhi ke semua posisi atau kaedah seperti yang diberikan di atas.

Walau apa pun pilihan anda, perkara utama yang perlu anda latih dan latih adalah persediaan minda anda untuk menghadapi situasi ketika bersalin. Walau sebanyak manapun latihan yang dilakukan, jika tidak ada keyakinan diri, sukar untuk anda menempuh pengalaman bersalin dengan cara menyeronokkan.

Tip Mudah Bersalin



Persediaan menghadapi pelahiran tanpa komplikasi perlu bermula beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Anda harus memperuntukkan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Bagi mengelak tekanan yang tidak dijangka dan mengurangkan risiko komplikasi, ikut tip berikut:


Lakukan Urutan Perineal

Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke 34 kehamilan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namum elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Selain itu, pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.


Teman Yang Kuat Semangat

Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami. Jadi, ada baiknya anda tetapkan siapa yang bakal menenami anda di bilik bersalin nanti. Tidak salah jika menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan sebagainya.


Keadaan Selesa

Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa. Namum, cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yang panjang. Tambahan pula, sikap ini dapat menghindar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.

Jadi, cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali, itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.


Pergunakan Graviti

Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.


Tidur Mencukupi

Lazimnya, di minggu-minggu akhir kehamilan, agak sukar untuk tidur. Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur yang mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.


Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yang songsang , anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic, hypnosis atau teknik bertenang yang betul serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika pelahiran nanti.


Tarik Nafas Panjang

Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang. Ingat tentang apa yang telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.


Jangan Tahan Kencing

Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin di dalam bilik air sepatutnya disishkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.


Rangsang Payu Dara

Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat anda lakukan dengan menggunakan pam payu dara (pam susu) atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yang anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.


Elakkan Paras Gula Jatuh

Pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran. Untuk itu, hisap amaun kecil jus buah segar yang tinggi kandungan potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.


Ambil Elektrolit Dan Mineral

Bagi memudahkan proses kelahiran, anda perlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium, potassium, sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses pelahiran berlangsung. Sumber ini boleh anda perolehi daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayuran, buahan, kekacang atau jus buah segar. Bagi menyimpan tenaga ketika berhadapan dengan kontraksi, anda disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.

Peranan Suami Ketika Menanti Kelahiran


Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.


Kelas antenatal

Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.


Berikan sokongan

Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.


Kelahiran

Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :

Memberikan sokongan padu pada isteri.

Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.

Membantu isteri ke tandas.

Menyediakan minuman untuknya.

Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.

Memegang tangannya sambil menenangkannya.

Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.


Air ketuban pecah

Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula.

Kontraksi tetap

Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin. Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak.

Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.