Archive for February 2013
Latest Updates

Rakan Bisnes Shaklee Kak Engku

Contact Us, Your Shaklee Distributor
Contact us for order and consultation free.

Ainun Mardhiah 
ID Shaklee 877445
014 - 828 5702
Batu Caves,Selangor


Ajizi
ID Shaklee 877443
016 - 321 0345
Kg. Melayu Subang,Selangor

Azeera
ID Shaklee 877447 
019 - 354 7922
Cheras, Kuala Lumpur

Azizah
ID Shaklee 877444
012 - 537 8487
Bangi, Selangor

Cik Sofiah
 ID Shaklee 921661
019 - 523 7260
Wangsa Maju, Kuala Lumpur


Farah Syuhada
ID Shaklee 934961
019 - 6200 815
Ampang, Kuala Lumpur


Haniza
ID Shaklee 920221
019 - 2828 758
Pekan, Pahang


Hapizah
ID Shaklee 934962
017 - 277 2643
Jalan Kelang Lama, Selangor


Juneiyanti
ID Shaklee 877442
016 - 860 1270
Kuching, Sarawak


Nor Adila
ID Shaklee 920222
012 - 263 9374
Bangi, Selangor


Noor Fazlinda
ID Shaklee 877446
019 - 665 2792
Jenjarom, Selangor


Nur Azmawati
ID Shaklee 920227
013 - 681 1499 
Sepang, Selangor


 Nurul Najah
ID Shaklee 877441
019 - 7174 500
Kota Tinggi, Johor

Tengku Azaliza
ID Shaklee 877450
019 - 3080 952
Shah Alam, Selangor

Tengku Hasmani
ID Shaklee 877449
012 - 698 7070
Pulau Indah, Selangor
www.bisnesmama.com/QueNinie

Ilyana
ID Shaklee 920229
019 - 930 8140
Kota Bharu, Kelantan

Mahfudzah
ID Shaklee 920223
013 - 433 6338
Kepala Batas, Penang

Nor Azirah
ID Shaklee 920226
013 - 622 1751
Rawang, Selangor

Norfaizah
ID Shaklee 920224
013 - 968 5623
Marang, Terengganu

Tengku Anita
ID Shaklee 920225
019 - 363 9262
Shah Alam, Selangor

Sajaratuldura
ID Shaklee 934963
013 - 507 3369
Puchong, Selangor
www.bisnesmama.com/faidura


Tengku Aznaini
ID Shaklee 920230
019 - 264 9858
Meru, Selangor





Persediaan Sebelum Hamil

Secara fitrahnya setiap wanita pasti berhasrat untuk mempunyai sekurang-kurang seorang cahaya mata untuk melengkap dan menjadi penyeri sebuah rumahtangga bersama pasangannya. Ini yang dinamakan sebagai naluri keibuan yang dikurniakan Allah SWT kepada setiap wanita. Kehamilan memerlukan persediaan yang rapi dari pelbagai aspek. Oleh itu, bakal-bakal ibu yang ingin hamil perlu menitikberatkan soal persediaan dan perancangan kehamilan yang sempurna. Banyak perkara bakal ditempoh oleh wanita hamil. Sebaik-baiknya bakal ibu seharusnya bersedia dari segi mental, rohani, fizikal serta mendalami ilmu keibubapaan dengan sewajarnya. Ilmu keibubapaan dapat membantu pasangan suami isteri mendalami segala maklumat yang berkaitan kehamilan. Disamping itu, faktor ekomoni juga perlu diambilkira. Justeru itu, jarak kehamilan untuk setiap bakal cahaya mata juga harus diberikan keutamaan sekiranya anda ingin merancang anak yang ramai.


Merancang Kehamilan Yang Berkualiti

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri. Memiliki cahaya mata yang sihat dan sempurna merupakan hasrat setiap pasangan suami isteri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pasangan untuk memastikan proses kehamilan anda bermula dengan sebaik-baiknya. Perancangan kehamilan yang rapi perlu dirangka sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda merancang untuk hamil. Ini bertujuan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil, malahan juga menjamin bayi anda lahir secara normal dan sihat.

Perkembangan bayi mudah terjejas jika beberapa perkara dipandang ringan pada beberapa minggu pertama kehamilan, sekiranya anda tidak menyedari anda telah hamil ketika itu. Perkara ini sering berlaku kerana kurangnya perancangan awal kehamilan.

Selain itu, antara aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah menjaga kecergasan badan, pengamalan diet yang seimbang, risiko bahaya di tempat kerja yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi, vaksin kehamilan yang telah diterima serta pelbagai lagi. Perancangan kehamilan yang teliti dapat memberi anda masa untuk menimbangkan risiko ini dan jika perlu, melakukan sesuatu yang positif terhadapnya.

Penjagaan Kehamilan

Minggu 1 - 12 (Trimester Pertama)

Alahan
Macamana alahan semasa hamil yang mungkin saya alami?
Masalah dan alahan yang mungkin puan alami ialah rasa loya dan muntah, tidak selesa dengan bau tertentu dan mengalami gatal-gatal di bahagian kulit.

Ada tak cara saya nak atasi alahan tersebut?
Puan boleh atasi dengan mengelakkan punca alahan tersebut. Sekiranya puan mengalami muntah yang teruk, puan perlu mendapatkan nasihat doktor. Bagi mereka yang mendapat gatal-gatal pada kulit, elakkan mengguna sabun yang ada pewangi dan sekiranya semakin teruk sila dapatkan nasihat doktor.

Minggu 13 - 24 (Trimester Kedua)

Masalah / Penyakit yang perlu diberi perhatian

Kenapa bila saya hamil saya boleh menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes (kencing manis)?
Apabila puan hamil, terjadinya perubahan fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit hipertensi dan diabetes semasa hamil.

Saya sentiasa pucat semasa hamil. Kenapa?
Ini adalah kerana puan mungkin kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor kerana kurang darah memberi kesan kepada puan dan pertumbuhan bayi.

Ada tak penyakit kronik lain yang perlu diberikan perhatian semasa hamil?
Ada, seperti penyakit jantung, asma, tiroid dan lain-lain.

Pelalian semasa hamil

Apakah jenis pelalian yang diberi semasa hamil? Apa tujuannya?
Pelalian yang diberikan semasa hamil ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya adalah untuk mencegah puan dan bayi dari jangkitan kuman tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

Berapa kerapkah saya akan diberi pelalian?
Sekiranya puan pertama kali hamil, puan akan diberi pelalian anti-tetanus sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan seterusnya, puan hanya diberi pelalian sekali sahaja.

Pergerakan bayi dalam kandungan

Perlukah saya beri perhatian terhadap pergerakan bayi dalam kandungan?
Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. Sekiranya pergerakan bayi berubah dari biasa / kurang gerak / lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan Gigi

Perlu ke saya buat pemeriksaan gigi semasa hamil? Boleh ke?
Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia disyorkan kerana perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi. Masalah yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa minggu 13 hingga 24.

Risiko kelahiran pramatang (tidak cukup bulan)

Adakah saya berisiko untuk melahirkan bayi pramatang?
Ya. Jika puan mengalami masalah seperti di bawah:
~ Pernah mengalami kelahiran pramatang.
~ Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
~ Uterus dan serviks yang luar biasa.
~ Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh tekanan darah tinggi semasa hamil dan uri di bawah.
~ Kurang sokongan sosial
~ Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil.
~ Jangkitan pada salur kencing.
~ Jangkitan dalam rahim.
~ Kecacatan bayi dalam kandungan.

Apa tanda-tanda kelahiran pramatang?
Sakit perut seperti hendak bersalin dan pecah mentuban sebelum masa bersalin.

Macamana rawatan untuk bayi pramatang?
Bayi pramatang akan diberikan penjagaan dan rawatan rapi di hospital bergantung kepada tahap kesihatan bayi. Beri susu ibu agar pertumbuhan bayi akan lebih cepat.

Minggu 25 - 40 (Trimester Ketiga)

Persediaan untuk bersalin

Tanda Bersalin

Macamana tanda sakit yang menunjukkan sudah sampai masa untuk saya bersalin?
~ Lendir bercampur darah keluar dari faraj.
~ Sakit perut seperti hendak buang air besar.
~ Sakit pada bahagian pinggang.
~ Pecah air mentuban.
~ Sakit semakin kerap dan tempoh sakit semakin panjang.

Tempat yang sesuai untuk bersalin

Dimana tempat yang paling sesuai untuk saya bersalin dengan selamat?
Tempat yang paling sesuai untuk puan bersalin dengan selamat adalah tempat yang mempunyai anggota kesihatan yang terlatih, kemudahan yang lengkap, bersih dan selamat.

Teknik Bersalin

Macamana cara untuk saya bernafas semasa bersalin?
Terdapat teknik pernafasan semasa bersalin yang merangkumi 3 langkah iaitu:
~ Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.
~ Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit.
~ Apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek (shallow breath).

Penyusuan Susu Ibu

Bila boleh saya mulakan penyusuan susu ibu selepas bersalin?
Secepat mungkin. Sebaik-baiknya penyusuan dimulakan dalam masa sejam selepas bersalin.

Berapa kerap saya perlu menyusu bayi dengan susu ibu dan berapa kuantiti?
Puan perlu beri susu ibu kepada bayi sekerap mungkin.

Peralatan Bayi Dan Ibu

Apakah peralatan bayi dan ibu yang perlu saya sediakan?

Ibu
~ Sehelai blaus
~ Sehelai kain sarung
~ Stokin
~ Baju sejuk
~ Pakaian dalam
~ Tuala wanita
~ Peralatan mandian
~ Tuala mandi

Bayi
~ Sepasang baju
~ Lampin pakai buang
~ Stokin
~ Sarung tangan
~ Barut
~ Selimut bayi
~ Tuala mandi

Bagaimanakah cara penggunaan lampin dan penjagaannya?
Puan boleh menggunakan lampin kain atau lampin pakai buang yang ada di pasaran. Ia hendaklah ditukar sebaik sahaja bayi membuang air kecil atau besar untuk mengelakkan jangkitan kuman atau masalah kulit pada bayi. Puan boleh juga menggunakan krim untuk mencegah ruam lampin.

Dewan Bersalin

Apa yang perlu saya buat sebelum masuk ke dewan bersalin?
Puan perlu membersihkan diri dan memakai pakaian bersih yang disediakan.

Apa yang perlu saya buat semasa berada di dewan bersalin?
Puan perlu tenangkan diri dan mengikut arahan anggota kesihatan sepanjang proses bersalin. Puan boleh bertanya sekiranya ada sebarang soalan.

Boleh ke suami saya temankan saya semasa bersalin?
Ini bergantung kepada peraturan yang ditetapkan di fasiliti tersebut.

Saya seorang muslim. Boleh ke suami saya iqamat / azankan bayi dengan segera selepas bayi dibersihkan dalam dewan bersalin?
Boleh, suami puan boleh iqamat atau azankan bayi selepas bayi dibersihkan.

Bilik Penjagaan Bayi (Nurseri)

Bayi saya akan diletakkan bersama saya ke selepas bersalin?
Kebanyakkan bayi akan diletakkan bersama ibu melainkan bayi puan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan khas.

Apa yang saya perlu lakukan selepas bersalin di hospital?
Suami perlu melaporkan kelahiran di klinik kesihatan berhampiran untuk membolehkan jururawat membuat perawatan di rumah.

Rehat

Perlu ke saya berehat secukupnya selepas bersalin?
Ya, puan perlu berehat secukupnya bagi menjamin kesihatan yang optima.

Selepas bersalin macamana saya nak jaga emosi saya sebab banyak faktor yang akan mempengaruhi emosi saya?
Puan perlu mendapatkan rehat secukupnya serta sokongan daripada suami dan keluarga serta melakukan senaman postnatal.

Macaman saya hendak berehat sedangkan banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk menjaga bayi?
Puan boleh cuba memperuntukkan masa untuk berehat dalam kesibukan dan suami serta ahli keluarga lain perlu membantu.

Pakaian

Selepas bersalin, apakah jenis pakaian yang sesuai untuk saya?
Puan boleh memakai pakaian yang longgar dan selesa serta coli yang sesuai bagi memudahkan penyusuan susu ibu.

Pemeriksaan Postnatal

Bila saya perlu datang ke klinik untuk pemeriksaan postnatal?
Biasanya puan diminta hadir ke klinik selepas sebulan bersalin. Sekiranya puan mengalami masalah kesihatan, puan perlu segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.

Apakah tujuan pemeriksaan postnatal?
Ia adalah bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan puan berada dalam keadaan baik dan pemeriksaan pap smear biasanya dibuat pada masa yang sama. Puan juga akan dinasihatkan berkenaan dengan kaedah perancang keluarga.

Peralatan Bayi

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan peralatan bayi?
Pastikan peralatan bayi disimpan di tempat bersih. Sesetengah peralatan bayi seperti bekas menyimpan susu perahan perlu didihkan atau rendam menggunakan ubat steril peralatan bayi.

Kad Bayi

Apakah kad bayi perlu sentiasa di bawa ketika pemeriksaan oleh anggota kesihatan?
Ya, ianya perlu untuk merekodkan perkembangan bayi.

Bilakah masa yag sesuai untuk saya mendaftar kelahiran bayi selepas dilahirkan?
Kelahiran bayi perlu didaftarkan secepat mungkin.

Apakah keperluan untuk mendaftar kelahiran bayi saya?
~ Borang JPN LMO1
~ Kad pengenalan ibu dan bapa
~ Kad pemeriksaan kehamilan
~ Dokumen pengesahan kelahiran
~ Sijil nikah

Jadual Imunisasi Bayi

Apakah imunisasi yang akan diberikan kepada bayi saya selepas dilahirkan di hospital?
Bayi puan akan diberikan imunisasi BCG dan Hepatitis B.

Adakah terdapat imunisasi lain yang perlu diberi kepada bayi saya? Bila dan di mana?
Ya, imunisasi bayi perlu diberi sehingga bayi berumur 18 bulan. Ia boleh didapati di klinik kerajaan atau swasta mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan. Amat penting bagi puan membawa bayi pada masa yang ditetapkan.

Jaundis (Penyakit Kuning)

Apakah jaundis?
Jaundis ialah masalah kekuningan pada kulit dan mata bayi.

Mengapa jaundis boleh berlaku terhadap bayi saya?
Ia disebabkan oleh tahap bilirubin yang berlebihan dalam darah.

Apakah tanda-tanda jaundis pada bayi?
~ Kekuningan di selaput mata dan kulit bayi.
~ Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
~ Najis bayi kelihatan pucat atau air kencing menjadi pekat.

Apa yang perlu saya lakukan jika bayi saya jaundis?
~ Mendapatkan rawatan segera ke hospital atau klinik yang berdekatan jika terdapat tanda-tanda jaundis.
~ Elakkan dari memberi atau mengambil ubat tradisional secara mandian atau minum (cthnya susu kambing, alkohol dan lain-lain)
~ Elakkan daripada menjemur bayi di bawah matahari kerana ia akan menyebabkan kekeringan.
~ Meneruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap.

Penjagaan Bayi

Bagaimanakah cara untuk saya mandikan bayi?
Puan hendaklah menggunakan air suam dan bersih. Pastikan suhu air sesuai. Bersihkan muka dan rambut bayi dahulu dan diikuti dengan bahagian badan yang lain. Puan perlu menggunakan sabun bayi yang sesuai.

Bagaimanakah cara saya untuk saya cuci pusat bayi?
Pusat bayi perlu dicuci dengan ubat cucian pusat bayi yang diberikan oleh pihak hospital dengan menggunakan kapas bersih.



Proses Kejadian Manusia

Asal kejadian manusia (Adam) dicipta oleh Allah daripada tanah hitam. Kemudian baru ditiupkan roh. Sementara kejadian manusia kedua, iaitu Siti Hawa daripada tulang rusuk. Setelah itu barulah diciptakan anak kepada kedua-duanya (Adam dan Hawa) daripada setitis mani. Kemudian, berkembang biak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga hari ini.

Di dalam rahim ibu, dari setitis air mani dan telur ibu menjadi segumpal darah. Dari segumpal darah menjadi seketul daging dan tulang. Kemudian ditiupkan roh kedalamnya. Itulah asal kejadian manusia.


Firman Allah:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akan menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”
(Surah al-Hijr: 28-29)

Firman Allah Lagi:
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu daripada asalnya seorang diri (Adam) dan daripadanya pula diciptakan seorang isteri (pasangan) dan daripada kedua-duanya melahirkan keturunan yang banyak, yang terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita.”
(Surah an-Nisa: 1)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hendaklah kamu sering berpesan dan ingat-mengingatkan sesuatu yang baik kepada para wanita (isteri-isteri kamu), kerana sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah terletak di bahagian teratas sekali.”

(Riwayat Bukhari)


Firman Allah:

“Sesungguh Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ’alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu Kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

(Surah Al-Mukminum: 12-14)


Firman Allah lagi bermaksud:

“Dan setelah (sempurna proses kejadian) itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan (kadar masa) yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan (zahir) kamu selaku bayi.”

(Surah Al-Hajj: 5)


Fetus adalah percantuman benih wanita (telur) dan lelaki (sperma). Fetus inilah yang dipanggil embrio dalam tempoh enam hingga lapan minggu kehamilan.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud r.a katanya; Rasulullah s.a.w.telah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani (nutfah) selama 40 hari sehingga menjadi segumpal darah (‘alaqah). Kemudian setelah itu dijadikan pula seketul daging (mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari. Kemudian, barulah diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh.

Setelah itu barulah dicatakan empat perkara; iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan kecelakaannya atau kebahagiannya. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan syurga cuma sehasta, tetapi oleh kerana ia telah ditentukan sebelum itu sebagai ahli neraka, maka ia pun beralih mengerjakan amalan ahli neraka. Ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka cuma shasta, tetapi oleh kerana sebelum itu ia telah ditentukan sebagai ahli syurga, maka ia beralih mengerjakan amalan ahli syurga. Ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam syurga.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam muslim)

Sakitnya 'Simpul Mengkarung'

TIDUR lena Marlina akhir-akhir ini sering terganggu dengan rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada betisnya akibat kejang otot.
Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika.
Di kalangan masyarakat Melayu gejala yang dialami Marlina juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung'.
Biasanya ia tidak begitu diberi perhatian kerana dianggap sebagai kesakitan biasa dan tidak berbahaya.
Kejang otot biasa dilihat berlaku pada ahli sukan yang 'mengerah' anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk 'bekerja' keterlaluan.
Namun serangan itu juga berlaku kepada orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan.
Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.
Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang.
Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.
Tegasnya, kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki.
"Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.
"Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan,'' ujar Dr. Zubaidi.
Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.
Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.
Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.
"Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.
"Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,'' ujarnya.
Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.
Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.
"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .
"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.
Bagaimanapun tegas beliau, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang.
"Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.
"Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan,'' ujar Dr. Zubaidi.
Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.
Terangnya, dalam situasi sedemikian, wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
Sumber : Utusan Malaysia

Ketidakselesaan Semasa Kehamilan

Anda mungkin mengalami pelbagai ketidakselesaan semasa hamil. Walaupun merisaukan anda, ini adalah perkara biasa. Kebanyakkan daripada ketidakselesaan ini disebabkan oleh perubahan hormon atau badan anda mengalami lebih tekanan daripada biasa semasa hamil. namumbegitu, anda perlu mengambil berat beberapa simptom. Oleh itu, hubung doktor anda jika anda mengalami sebarang aduan berikut:


Gusi Berdarah

Gusi anda menjadi lebih lembut dan mudah cedera semasa kehamilan. Gusi anda mungkin membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan pereputan gigi.

Simptom:
  • Gusi berdarah, terutamanya selepas anda memberus gigi.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Berus dan flos gigi anda dengan sempurna selepas makan.
  • Berjumpalah dengan doktor gigi anda. Rawatan adalah percuma sepanjang kehamilan tetapi anda tidak sepatutnya mengambil x-ray atau ubat bius yang umum.

Sesak Nafas

Pada peringkat akhir kehamilan, bayi yang membesar mengenakan tekanan ke atas diafragma anda, menghalang anda daripada bernafas dengan bebas. Keadaan ini pulih kira-kira sebulan sebelum pelahiran apabila kepala bayi turun ke ruang pelvik. Sesak nafas juga boleh disebabkan oleh penyakit anemia.

Simptom:
  • Sesak nafas apabila anda membebankan diri anda atau apabila bercakap.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Berehatlah sebanyak mungkin.
  • Cuba meringkuk jika tidak ada kerusi di sekitar anda dan anda berasa sesak nafas.
  • Gunakan satu lagi bantal tambahan pada waktu malam.
  • Sekiranya anda tiba-tiba sesak nafas ketika menaiki tangga, cuba meringkuk. Pegang susur tangga.
  • Sekiranya masalah anda ini serius, berjumpalah dengan doktor atau bidan anda.

Sembelit

Hormon kehamilan progesteron mengendurkan otot usus. Oleh itu, pergerakan usus anda diperlahankan, menyebabkan anda lebih berkemungkinan mengalami sembelit.

Simptom:
  • Pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap daripada biasa.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Makan makanan berserabut tinggi dengan banyak dan minum banyak air. Pergilah ke tandas sekerap yang anda perlu.
  • Bersenam dengan tetap.
  • Ambil zat besi tambahan yang diperskribkan selepas anda makan, bersama-sama air yang banyak.
  • Berjumpalah dengan doktor jika masalah berterusan. Elakkan pengambilan julap.

Kekejangan

Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.

Simptom:
  • Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya pada anak betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula apabila anda meregangkan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Urut anak betis atau kaki yang kejang.
  • Untuk mendapatkan kelegaan daripada kekejangan yang menyakitkan, tarik kaki ke atas ke arah anda dan urut anak betis dengan kuat.
  • Selepas sakit anda hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah.
  • Berjumpalah dengan doktor yang mungkin mempersribkan zat tambahan kalsium dan vitamin D.

Berasa Pitam

Tekanan darah anda lebih rendah semasa hamil, menyebabkan anda lebih berkemungkinan bersa pitam.

Simptom:
  • Berasa pening dan tidak stabil. Anda perlu duduk atau baring.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Cuba jangan berdiri terlalu lama.
  • Jika anda berasa pitam, duduk dan letak kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.
  • Selepas mandian di tab mandi atau baring, berdirilah dengan perlahan. Sekiranya anda berbaring menelentang, mengiring terlebih dahulu.

Kerap Membuang Air Kecil

Disebabkan oleh rahim yang menekan pundi kencing. Keadaan ini pulih pada bulan pertengahan kehamilan.

Simptom:
  • Anda perlu membuang air kecil dengan kerap.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Jika anda terpaksa bangun pada tengah malam untuk pergi ke tandas, jangan minum banyak air sebelum tidur.
  • Berjumpalah doktor jika anda berasa sakit kerana anda mungkin mengalami jangkitan.


Pedih Ulu Hati

Injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).

Simptom:
  • Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Elakkan makan dengan banyak, makanan yang terlalu pedas, atau makanan yang bergoreng.
  • Pada waktu malam, cuba minum susu panas dan tinggikan bahagian atas katil atau gunakan lebih daripada sebiji bantal.
  • Pedih ulu hati dan tidak dapat tidur, susunan bantal berlapis adalah lebih selesa jika anda mengalami masalah pedih ulu hati atau tidak dapat tidur.

Pelepasan Air Kencing Secra Tidak Sengaja

Disebabkan oleh otot dasar pelvik yang lemah dan bayi yang semakin membesar menekan pundi kencing.

Simptom:
  • Pelepasan air kencing secara tidak sengaja apabila anda berlari, batuk, bersin atau ketawa.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Buang air kecil dengan kerap.
  • Latihlah senaman dasar pelvik anda dengan kerap.
  • Elakkan sembelit dan mengangkat benda yang berat.

Muntah

Biasanya merupakan tanda pertama kehamilan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan menjadi lebih teruk jika anda keletihan. Rasa loya biasanya hilang selepas minggu 12, tetapi adakalanya kembali semula.

Simptom:
  • Berasa loya, biasanya apabila terhidu makanan tertentu atau asap rokok. Kebanyakkan wanita mendapati bahawa simptom berlaku pada masa tertentu dalam sehari.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Cuba makan sesuatu untuk mengelakkan rasa loya.
  • Untuk meredakan rasa loya, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut berhalia atau air halia juga boleh membantu anda, begitu juga dengan air mineral.
  • Elakkan makanan dan bau yang membuat anda berasa loya.
  • Makan sedikit tetapi dengan kerap sepanjang hari.
  • Untuk meredakan rasa loya, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut halia atau air halia juga boleh membantu anda, begitu juga dengan air mineral.

Buasir

Tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena disekeliling anus anda membengkak. Keadaan bertambah buruk apabila anda memaksa diri membuang air besar. Buasir yang tidak serius biasanya hilang tanpa perlu dirawat selepas bayi dilahirkan.

Simptom:
  • Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan apabila anda cuba membuang air besar.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Elakkan sembelit
  • Cuba jangan berdiri terlalu lama.
  • Bungkusan ais (kacang pea beku yang diisi dalam beg politena berikat) yang diletakkan pada buasir mungkin mengurangkan gatal.
  • Jika buasir berterusan, berjumpalah doktor atau bidan yang mungkin akan memberi anda minyak sapu.

Ruam

Biasanya berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan sentiasa berpeluh. Boleh juga disebabkan oleh perubahan hormon.

Simptom:
  • Ruam berwarna merah, biasanya timbul pada lapisan kulit yang berpeluh di bawah buah dada atau di topang.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Sentiasa basuh dan keringkan bahagian ini. Gunakan sabun tanpa pewangi.
  • Legakan kulit dengan losyen kalamin.
  • Pakai pakaian kapas yang longgar.

Sukar Untuk Tidur

Anda mungkin menghadapi masalah ini kerana bayi anda menendang anda, anda kerap pergi ke tandas, atau saiz bonjolan anda menyebabkan anda berasa tidak selesa di atas katil. Doktor anda mungkin enggan memperdskribkan pil tidur.

Simptom:
  • Sukar untuk tidur dan apabila terjaga daripada tidur, sukar untuk tidur semula. Sesetengah wanita mengalami mimpi ngeri tentang kelahiran bayi mereka. Anda tidak perlu risau akan mimpi anda kerana mimpi bukan jangkaan apa yang akan berlaku.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Membaca, senaman ringan untuk relaks atau mandi air panas sebelum tidur, dapat membantu anda tidur.
  • Cuba gunakan lebih daripada sebiji bantal. Jika anda tidur mengiring, letakkan bantal di bawah paha anda.

Kesan Regangan

Ini berlaku apabila kulit anda meregang melebihi kekenyalannya yang biasa. Pertambahan berat yang berlebihan juga mengakibatkan kesan ini. Kesan ini jarang hilang, tetapi mungkin pudar menjadi jalur nipis berwarna keperak-perakan.

Simptom:

Tanda merah, yang ada kalanya muncul ada kulit paha, perut atau buah dada semasa kehamilan.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Elakkan pertambahan berat badan yang terlalu pantas
  • Menyapu pelembap pada kulit mungkin menyejukkan serta melegakan walaupun krim dan ubat sapu tidak akan mengelakkan atau memulihkan kesan regangan

Berpeluh

Disebabkan oleh perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah sepanjang kehamilan

Simptom:

Berpeluh selepas menggunakan sedikit tenaga atau terjaga pada waktu tengah malam dalam keadaan panas dan berpeluh

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Pakai pakaian kapas yang longgar, elakkan fabrik buatan manusia
  • Minum banyak air
  • Buka tingkap pada waktu malam/buka 'aircond' jika ada

Buku Lali Dan Jari Tangan Bengkak

Sesetengah bengkakan (edema) merupakan perkara biasa semasa kehamilan kerana badan menyimpan lebih banyak air. Ini biasanya tidak perlu dirisaukan

Simptom:

Sedikit bengkakan pada buku lali, terutamanya apabila cuaca panas dan pada penghujung jari. Sepatutnya, ini tidak akan menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa. Anda juga mungkin menyedari keadaan jari tangan anda yang kaku dan membengkak pada waktu pagi, dan cincin anda tidak muat dipakai

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Berehat dengan meletakkan kaki ke atas
  • Cuba senaman kaki yang ringan, Pegang tangan anda di atas kepala, gerakkan sendi, dan regangkan setiap jari
  • Berjumpalah dengan doktor atau bidan anda. Tanda kebengkakan yang berlebihan mungkin merupakan penyakit pre eclampsia

Seriawan

Perubahan hormon kehamilan meningkatkan peluang anda menghidap seriawan. Adalah penting penyakit ini di rawat sebelum bayi anda dilahirkan kerana ini mungkin berjangkit ke mulutnya dan menyebabkan sukar untuk memberinya makanan. Mencuci dengan sabun boleh memburukkan lagi masalah ini

Simptom:

Lelehan pekat berwarna putih keluar dan berasa sangan gatal. Anda juga mungkin berasa sakit apabila membuang air kecil

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Hentikan penggunaan sabun jika anda berasa sakit
  • Masukkan sedikit dadih biasa ke dalam faraj dengan menggunakan jari
  • Elakkan penggunaan seluar dalam daripada nilon, seluar panjang yang ketat, serta semburan penghilang bau untuk faraj
  • Berjumpa dengan doktor, yang mungkin memperskribkan krim atau 'vaginal pessary'

Keletihan

Disebabkan oleh kehamilan yang membebankan badan anda. Ada kalanya juga disebabkan oleh kerisauan.

Simptom:

Berasa penat dan berasa hendak tidur pada siang hari. perlu tidur lebih lama pada waktu malam

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Berehat sebanyak mungkin dan berlatihlah senaman untuk relaks
  • Tidur lebih awal
  • Jangan bekerja terlalu keras

Lelehan Faraj

Anda mungkin akan mendapati meningkatnya mukus yang dihasilkan oleh faraj disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan

Simptom:

Lelehan faraj yang jernih dan putih meningkat sedikit, tetapi tidak menyakitkan

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Elakkan semburan penghilang bau untuk faraj atau sabun yang berpewangi
  • Pakailah tuala wanita yang ringan
  • Berjumpalah dengan doktor jika anda berasa gatal, sakit atau lelehan yang keluar berwarna atau berbau busuk

Vena Varikos

Anda lebih berkemungkinan mengalami masalah ini pada kehamilan yang lebih lewat sekiranya berat badan anda berlebihan atau anda mewarisinya daripada keluarga anda. Masalah ini bertambah buruk jika anda berdiri terlalu lama atau duduk dalam keadaan kaki bersilang.

Simptom:

Kaki yang sakit; vena pada anak betis dan paha menjadi sakit dan membengkak

Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Berehat dalam keadaan kaki di atas, Cuba naikkan kaki katil anda dengan menggunakan bantal
  • Seluar getah ketat yang berpenyokong mungkin dapat membantu anda. Pakai sebelum anda bangun pada waktu pagi
  • Lakukan senaman untuk kaki

Bisnes Untuk Mama

Assalamualaikum,

9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. 74% jutawan dunia datangnya daripada bidang perniagaan. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perniagaan, adalah punca rezeki yang lumayan.

Namun begitu, perniagaan tanpa perancangan, strategi dan kesungguhan hanya akan memberi kegagalan!

Alhamdulillah, Kak Engku sendiri telah berkecimpung dalam beberapa bidang perniagaan. Dan dalam mencapai kejayaan untuk setiap perniagaan yang dilakukan hanya satu sahaja rahsianya, ILMU. Untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, kita wajib mendalami ilmu perniagaan. Keuntungan perniagaan tidak akan datang bergolek tanpa implementasi ilmu perniagaan yang sempurna.

Melalui saluran ini, Kak Engku akan kongsikan  tip-tip perniagaan serta strategi perniagaan secara santai untuk anda fahami dan implementasikan pada perniagaan anda. Sekiranya diibaratkan perniagaan sebagai satu peperangan, maka lebih banyak strategi dan tip yang anda implementasikan, bererti anda melengkapkan diri anda dengan lebih banyak senjata untuk digunakan dalam medan perang. Kejayaan akan berpihak pada mereka yang lengkap segala aspek.

Mudah-mudahan informasi ini dapat menjadi teman perniagaan anda, InsyaAllah.


PENDAPATAN SAMPINGAN

Adakah anda bekerja makan gaji? Tahniah! Anda patut bersyukur oleh kerana masih ramai yang menganggur! Sekiranya anda suri rumah, Tahniah juga kerana zaman sekarang, suri rumah pun mampu menjana pendapatan dari rumah. Tahukah Anda? 9 daripada 10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Bagaimana anda boleh memanfaatkan rezeki tersebut?

Apa kata anda mulakan perniagaan sampingan. Sambil bekerja anda boleh mencari masa. Mungkin di hujung minggu anda boleh menjalankan perniagaan. Ramai usahawan termasuk diri Kak Engku sendiri bermula dengan menjalankan perniagaan sampingan.

Apabila pendapatan daripada perniagaan atau prospek pendapatan boleh melebihi pendapatan kerja, pada ketika itulah kita boleh membuat pilihan untuk berhijrah ke dunia perniagaan sepenuh masa.


Pada zaman ini, berbagai-bagai perniagaan sampingan boleh dilakukan. Antaranya terdapat perniagaan internet seperti ini (BisnesMama.Com) iaitu perniagaan SOHO (small office, home office) yang amat sesuai dilakukan secara separuh masa. Website ini Kak Engku sediakan bagi mengotakan janji Kak Engku kepada pembaca setia blog BidanBersalin untuk memulakan perniagaan internet sekaligus mampu menambahkan pendapatan melalui perniagaan online yang menjanjikan peluang yang sangat luas bagi yang ingin menceburkan diri. Segala bimbingan dan tunjukajar telah Kak Engku curahkan dalam Website BisnesMama tersebut. Harapan Kak Engku marilah kita bersama-sama menjadi insan yang BERJAYA dan KAYA, InsyaAllah.

Ok, Selamat memulakan Perniagaan Internet anda dan semoga anda mampu menjana pendapatan yang diingini melalui platform yang BisnesMama sediakan, insyaAllah.

Ikhlas.

"Satu-satunya sebab orang terus hidup biasa-biasa kerana mereka tidak BERANI MENILAI situasi hidup mereka  dan tidak BERANI MENILAI POTENSI hidup sebenar!"


Kak Engku
www.bisnesmama.com 
(Peluang Bisnes Untuk Mama)

p/s : Website Perniagaan Internet Yang LENGKAP Dan EFEKTIF
Untuk Membantu Anda Dalam Menjana Pendapatan Tambahan Secara Konsisten.