Archive for December 2012
Latest Updates

Cabaran Tahun Baru

Selamat Tahun Baru,

Terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan Kak Engku. Ada yang sejak 2010 lagi dan mungkin ada yang baru hari ini mengenali Kak Engku. Apa pun jua, Kak Engku sangat hargai perhubungan di antara kita walaupun hanya secara maya (internet).

Sempena bermulanya tahun 2013, Kak Engku ada satu cabaran untuk setiap pembaca setia blog Kak Engku.

Cabarannya begini...

Kak Engku nak setiap pembaca setia Akak menceburkan diri sebagai usahawan untuk diri sendiri dan juga keluarga, tak kiralah sama ada sedang makan gaji, suri rumah mahupun pelajar.

Inilah cabaran Kak Engku untuk Anda (Ada Berani).

Sebenarnya terlalu banyak PELUANG untuk menjana pendapatan yang ada di depan mata untuk anda abaikan begitu sahaja.

Dan untuk menjadi usahawan perniagaan internet di zaman teknologi ketika ini memang tersangat mudah serta terdapat banyak kemahiran dan ilmu yang boleh ditimba bersama dengan seorang mentor yang diyakini. (Jika tidak keberatan, Kak Engku sudi membantu, InsyaAllah).

Mungkin anda sekarang bekerja kerajaan atau swasta. Syukur untuk anda kerana anda masih lagi mempunyai sumber pendapatan berbanding ramai lagi yang tidak bernasib baik dan masih tercari-cari peluang pekerjaan yang terbaik untuk mereka.

Namun perlu diingat, pada satu ketika nanti kita mungkin tidak lagi mahu bekerja dibawah arahan seorang bos. Pada masa itu kita inginkan kebebesan bekerja, ya bekerja sendiri akan menjamin kebebasan seperti  yang telah dirasakan oleh ramai usahawan perniagaan internet ketika ini. Akan tiba satu hari nanti anda juga akan "melepaskan" kerja kerajaan atau swasta tersebut.

Bermakna anda juga "melepaskan" pendapatan utama anda.

Pada masa ini, sekiranya anda baru ingin memulakan bisnes, anda sudah mempunyai beberapa kekurangan jika hendak dibandingkan sekiranya anda bermula sekarang.

Contohnya:

1. Jika sekarang anda sudah ada pendapatan tetap dan lebihan wang untuk memulakan bisnes, lebihan wang tersebut boleh dijadikan modal bisnes. Bila pencen nanti, adalah lebih berisiko sekiranya anda menggunakan wang yang anda ada pada masa tersebut padahal setiap bulan anda tiada sumber lain yang memberikan pendapatan kepada anda lagi.

2. Jika sekarang anda sihat, pada masa akan datang, anda sudahpun lanjut usia dan tak terdaya lagi untuk mengharungi cabaran di dalam bisnes. Lebih baik melakukan bisnes semasa anda muda dan sihat.

3. Jika sekarang anda masih lagi bujang atau baru berkahwin, pada masa akan datang, anda mungkin sudah mempunyai 4 orang anak (seperti Kak Engku) yang memerlukan wang ringgit anda juga untuk mereka masuk universiti dan sebagainya.

Kehidupan pada masa akan datang akan lebih mencabar. Itulah sebabnya ramai yang tak mahu ambil tahu realiti sebenar ini. Mereka takut untuk menghadapinya, tetapi masih mengharap sesuatu yang baik akan terjadi, seperti ibubapa akan mewariskan harta, anak-anak akan mempunyai kerja yang baik dan membantu mereka, menggunakan wang pencen sahaja untuk bersara dan banyak lagi.

Semuanya itu seumpama mengharapkan takdir, Kak Engku dan anda pun tahu bahawa berserah kepada takdir semata-mata adalah kurang bijak jika belum berusaha bersungguh-sungguh.

Itulah sebabnya bersempena hari tahun 2013 ini, Kak Engku ingin mencabar anda untuk menjadikan diri anda seorang usahawan, walaupun pada permulaannya dilakukan secara separuh masa.

Bolehkah anda lakukannya?

Kak Engku amat pasti anda sememangnya boleh. :-)


ikhlas,

Kak Engku Bidan Bersalin

p/s : Jika masih tercari-cari bisnes untuk dimulakan. Kak Engku ada solution nya. Jom sertai  Kak Engku Biz Partner. Izinkan Kak Engku membantu membina jati diri usahawan anda. Berminat! Mesej Kat Akak.

Berniaga di era teknologi, modal tidak diperlukan. Ia boleh dilakukan sesegera yang mungkin. Peluang sentiasa ada bagi sesiapa yang mencarinya. Hubungi Kak Engku.


Usahawan Perniagaan Internet, Rawang, Selangor, MALAYSIA.


Thanks

Kak Engku Bidan Bersalin

Perniagaan Internet Bagi Ibu Berpantang, Ibu Bekerja Dan Suri Rumah

Kak Engku merupakan seorang Jururawat Terlatih di sebuah Klinik Kesihatan Kerajaan. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam hal-ehwal ibu dan anak. Kak Engku mula berminat dengan perniagaan internet dalam tahun 2009. Pada masa itu perniaagan online amat baru dalam hidup Kak Engku. Kak Engku bermula dengan produk-produk kesihatan.

Akhirnya Kak Engku diperkenalkan dengan Shaklee. Apa yang menarik perhatian Kak Engku ialah fokus utama kumpulan agen Shaklee yang Kak Engku sertai ini adalah : menjual produk kesihatan – vitamin, secara online. ONLINE itu yang membuatkan hati ini terdetik.

Namun Kak Engku mengambil sedikit masa untuk memulakan langkah (kalau diingatkan kembali, terasa sangat rugi huhuhu). Disebabkan permintaan yang menggalakkan dari pembaca blog dan pages Kak Engku, pada bulan Oktober 2012 barulah Kak Engku mula memberi fokus kepada peluang bisnes Shaklee, yang hanya Kak Engku jalankan secara SAMBIL-SAMBIL jika ada masa terluang secara online. Di samping galakan dan sokongan suami serta tunjukajar dari upline-upline Kak Engku yang berpengalaman, walaupun sibuk bekerja dan mempunyai anak kecil, Kak Engku yakin Kak Engku memang boleh melakukannya (bukannya susah pun, secara online je hehehe).

Walaupun masih setahun jagung berkecimpung dalam perniagaan internet ini, ianya sangat-sangat membuahkan hasil. Bulan Disember yang lalu Kak Engku baru je jadi Supervisor Shaklee. Itu tak penting sangat, yg paling penting ialah Kak Engku dapat menjana pendapatan secara kerja sambilan di rumah tanpa modal. Ini sememangnya rezeki dari sumber yang Kak Engku tak pernah terfikir selama ini. Nak tahu tak Kak Engku dapat berape? Kak Engku dapat dalam RMX,xxx.xx (4 angka tu huhuhu, byk nye, Alhamdulillah).

Hadiah Tahun Baru

Alhamdulillah, Kak Engku telahpun dilantik sebagai Supervisor Shaklee, walaupun masih jauh lagi nak berjaya, namun  hasil titik peluh setakat ini telahpun membuahkan hasilnya. Kak Engku dapat duit online kerja dari rumah tanpa modal hehehe.

Secara peribadi Kak Engku mengakui Shaklee adalah antara pengalaman terbaik yang pernah berlaku dalam hidup Kak Engku. Ia bukan saja memberikan Kak Engku peluang jana pendapatan, malah ia lebih dari itu.

Oleh kerana itu Kak Engku ingin sekali membantu para wanita terutama ibu-ibu yang bekerja, ibu-ibu suri rumah, ibu-ibu yang sedang cuti berpantang, serta bakal-bakal ibu di luar sana yang ingin mencapai taraf kehidupan yang lebih baik dan selesa, samada dari sudut kesihatan mahupun bebas kewangan. Marilah bersama menyertai Kak Engku Biz Partner, mari kita menjana pendapatan melalui perniagaan internet yang menjanjikan peluang perniagaan yang sangat luas. (Layari website TERBARU Kak Engku www.bisnesmama.com)

Pernah tak terdetik di hati kita untuk berbelanja tanpa mengorbankan wang gaji bulanan kita. Ramai yang berkata wang susah dicari! Sebenarnya itu semua alasan-alasan kosong bagi sesiapa yang tidak pernah ingin mencari peluang untuk mencari wang. Walaupun ini adalah network marketing, namun bagi Kak Engku ia cuma wasilah. Apa yang penting ialah, melalui platform ini kita dapat belajar serta mengaplikasi teknik perniagaan online. Segalanya Kak Engku telah curahkan di BisnesMama.Com.

Kalau boleh Kak Engku ingin menjerit memanggil semua ibu-ibu yang mahu menjana pendapatan serta mencari pendapatan online, kerana di sini tersedia, MENTOR, MODUL, PRODUCT.. Hanya perlu belajar dan kemudian  dapat menjalankan perniagaan internet. Jom Sertai BisnesMama.Com sekarang!

Anda pasti boleh buat lebih baik daripada Kak Engku.

Marilah bersama dengan Kak Engku? Menjalankan perniagaan online secara santai dan family-friendly. Bersama berukhwah dan belajar teknik-teknik LENGKAP perniagaan online dan menjana pendapatan yang sebenar mengikut cara kita. Tiada modal? Jangan risau kerana anda boleh bermula di bawah bimbingan Kak Engku tanpa modal. Modal yang sebenar adalah keiinginan dan semangat kita untuk berubah.

Kita hidup untuk memberi. Untuk memberi, kita perlu ada sesuatu yang boleh diberi.

Hubungi Kak Engku untuk maklumat lanjut menjadi Muslimah Jutawan. Jumpa Anda di BisnesMama.Com.

019 2077 643
bidanbersalin@yahoo.com

ID Shaklee : 908001
Tengku Azmanira Raja Husin


Ikhlas

Kak Engku Bidan Bersalin
www.BisnesMama.com
PELUANG BISNES UNTUK MAMA

Masalah Yang Sering Timbul Dalam Pantang Bersalin

Semasa dalam pantang, ibu terdedah kepada pelbagai masalah, terutamanya apabila penjagaan diri tidak dilaksanakan dengan betul, khususnya yang melibatkan perut, payudara dan merian. Setiap masalah ini harus ditangani dengan teliti agar derita ibu yang menghidapinya tidak berlarutan sehingga tidak dapat dirawat lagi.

Masalah Bentan Urat

Mengikut kefahaman Melayu, bentan urat merujuk kepada keadaan badan yang terasa lemah seperti demam, serta bisa urat dan sendi. Bentan urat mudah menyerang sesiapa yang terlebih bersenam atau menggunakan tenaga secara berlebihan sehingga jatuh sakit atau demam.

Dalam pantang bersalin, demam bentan urat berlaku apabila ibu tiba-tiba berasa seram sejuk, naik suhu badan atau mengiggil. Lazimnya bentan urat berlaku apabila seluruh urat sendi serta otot badan tegang dan kekejangan. Bentan urat lazimnya berkait rapat dengan masalah bentan urat peranak dan bentan urat besar.

Dalam keadaan ini, pakar urut perbidanan tidak akan mengurut pesakit kerana rawatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, rawatan yang dilakukan ialah bertangas wap herba dan mandian minyak urat. Pesakit akan dilumurkan dengan minyak urat ke seluruh badan sebelum diberi rawatan bertuam batu panas sehingga badan dapat memecahkan peluh.

Bentan Urat Peranak

Masalah bentan yang paling biasa dihadapi oleh ibu bersalin adalah pada urat peranak atau urat buluh peranak yang datangnya dari urat besar pembuluh jantung. Urat besar ini menghala ke bahagian ari-ari dan cawan paha sehingga ke ibu jari kaki. Oleh sebab itulah petua Melayu melarang ibu bersalin bergerak kasar kerana bimbang terjadi perkara tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranak dan berlaku turun darah.

Apabila keadaan ini berlaku, ibu dinasihatkan berbaring dengan secepat mungkin di atas lantai tanpa bantal di kepala dan alas punggung dengan dua biji bantal. Satu cara lagi, ibu tersebut juga boleh menyandarkan kedua-dua kakinya pada dinding kerana posisi ini dapat mengurangkan pengaliran keluar darah.

Bentan Urat Besar

Urat besar ialah urat buluh peranak yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Setiap kali selepas bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan, ketegangan urat besar akan dirasai, yang mana permulaannya ibu akan terasa lenguh atau sakit di bahagian cawan muka. Jika dibiarkan, urat yang tegang itu akan mengganggu cara ibu berjalan dengan betul kerana sakitnya akan terasa ke tumit sehingga jika keadaannya teruk menyentap urat. Apabila tersentap urat, seseorang itu akan berjalan capik seumur hidup. Masalah ini sukar dipulihkan, malahan sekiranya dilakukan pembedahan sekalipun, hasilnya tidak terjamin.


Masalah Payudara

Bengkak Susu


Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara. Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihatkan melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Bagi melancarkan dan memperbanyakkan air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas.


Bengkak Payudara Yang Sakit Berdenyut Dan Berbisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara.

Barah Susu

Payudara yang mengalami masalah bengkak, merah dan sakit dikenali sebagai barah susu. Ilmu perbidanan Melayu mengesyorkan beberapa kaedah rawatan untuk masalah ini.
  • Selut laut, bedak mentah belut dan bunga cempaka (dilumatkan) digaul sebati seperti bedak sejuk. Sapukan ke atas payudara, kecuali di bahagian puting.
  • Ubi jaga (digiling atau dilumatkan) dan digaul sebati dengan bedak mentah belut. Sapukan ke atas payudara, kecuali bahagian puting.
Puting Merekah Dan Berdarah

Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Beberapa rawatan yang disyorkan antaranya:
  • Rebus daun sirih, biarkan suam. Rendam kapas dan gunakannya untuk mencuci perlahan-lahan di bahagian puing yang sakit. Lap kering.
  • Asah kunyit, manjakani dan biji pala (boleh juga gunakan serbuk). Gaul sebati dengan minyak kelapa. Pupuk atau sapu rata di bahagian puting.

Masalah Kencing Kotor

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir, tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin.

Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau koyakan pada faraj, jangkitan pada betis / kaki dan juga jangkitan pada payudara.

Wanita yang baru lepas bersaln lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin. Kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang.

Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis) dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.

Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah.

Wanita Berisiko

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanta hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang 5% wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.

Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection) dan kencing tertahan (urine retention) atau suka menahan kencing.

Perempuan secara umumnya lebih senang untuk terkena jangkitan ini berbanding lelaki kerana salur kencing dari pundi kencing ke luar (uretha) perempuan lebih pendek berbanding lelaki. Bila jaraknya pendek, kuman dari luar akan lebih senang untuk masuk ke dalam pundi kencing dan menyebabkan jangkitan.

Biasanya, jangkitan ini berlaku dalam kalangan ibu hamil bahkan selepas bersalin, kerana semasa hamil, saluran kencing uretha tertekan oleh bayi yang membesar menyebabkan kencing tertahan, dan semasa proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma uretha menjadikannya bengkak dan lebam.

Dalam masa yang sama, ibu mengalami sakit pada luka bersalin / episiotomi menyebabkan dia menahan kencing (takut pedih atau sakit apabila buang air kecil). Jika ibu ada mengambil ubat penahan sakit melalui epidural, ia boleh menyebabkan rangsangan saraf ke pundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing.

Urinary retention ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kencing kotor.

Risiko Pesakit

Kebanyakan masalah kencing kotor adalah jangkitan kepada pundi kencing. Jika jangkitan di peringkat ini tidak dirawat dengan sempurna, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang yan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dalam masa yang panjang.

Oleh itu wanita yang hamil dan selepas bersalin perlu mengambil berat mengenai masalah ini. Jika dijangkiti masalah kencing kotor segeralah mendapatkan rawatan agar tidak merebak lebih teruk.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambl antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.

Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air.

Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram (ivu). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Mencegah Masalah Kencing Kotor

Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus ke tandas untuk membuang air kecil.

Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap serta membenarkan bakteria dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.

Dalam masa yang sama, terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan / perineum dijaga dengan sempurna.

Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretha.

Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.

Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretha.

Posisi Bersalin

Memasuki minggu 32, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung. Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah "tak tahu" dan "tak bersedia". Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin.

Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari atau lebih. Oleh itu, anda tidak hanya perlu berlatih dan memilih posisi bersalin, tetapi anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk memberi keselesaan diri ketika mengalami kontraksi.

Posisi Berehat
  • Kedudukan Tegak. Pada awal kontraksi, anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa itu degan menyokong diri anda pada permukaan berhampiran. Misalnya pada dinding, kerusi atau meja. Jika perlu, anda boleh berlutut sambil kepala disandarkan pada permukaan pilihan anda.
  • Duduk Bertentangan. Kaedah ini hanya menggunakan kerusi. Pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai penyandar. Letakkan bantal di atas kerusi dan juga pada bahagian atas kayu penyandar. Duduk berpaling ke arah bertentangan kerusi.
  • Bantuan. Anda boleh bersandar pada pasangan. Paut bahu suami erat-erat dalam kedudukan 10 darjah condong. Pada masa yang sama, suami boleh mengurut belakang pinggang anda dengan perlahan.
  • Melutut Ke Hadapan. Melutut dengan keadaan kaki dibuka sedikit. Kepala, tangan dan badan diletakkan di atas himpunan bantal atau kusyen. Cuba berada dalam keadaan tegak yang mungkin agar sakit kontraksi dapat dikurangkan.
  • Merangkak. Posisi ini akan menyuruh anda berkeadaan seperti merangkak. Kaki, lutut dan tangan perlu mencecah lantai. Kemudian, goyangkan anggota bahagian atas yang tidak mencecah lantai ke hadapan dan belakang.

Bantu Diri Sendiri
  • Terus bergerak antara kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran.
  • Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan.
  • Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah dengan bernafas secara tetap. Oksigen masuk dari mulut dan lepaskannya melalui mulut. Sekiranya kontraksi berada pada tahap kemuncak, cuba bernafas menggunakan mulut sahaja. Tetapi jangan lakukan terlalu lama, kerana ini boleh membuat anda sedikit pening.
  • Latihlah diri anda supaya tidak malu. Ketika berada di dalam bilik bersalin, anda boleh menyanyi, mengerang dan mengeluh kerana semua itu dapat memberi kelegaan kepada anda. Disamping itu banyakkan berzikir kepada Allah dan berdoalah agar dipermudahan proses kelahiran tersebut.
Pada usia kandungan ini, anda perlu tahu kemungkinan-kemungkinan yang anda bakal rasai sebelum bersalin.

Posisi Bersalin

Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namum terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut.

Duduk Tegak

Posisi ini adalah posisi popular dikalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada.

Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran. Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut. Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.

Mencangkung

Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan. Tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah. Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.

Melutut

Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan 2 orang teman untuk melakukan kaedah ini. 2 orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.

Wheel Chair

Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.

Dalam Air

Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa saja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya. Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.

Pembedahan

Proses ini tidak perlukan latihan. tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal. Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka.

Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi. Alasannya kerana takut untuk menempuhi ke semua posisi atau kaedah seperti yang diberikan di atas.

Walau apa pun pilihan anda, perkara utama yang perlu anda latih dan latih adalah persediaan minda anda untuk menghadapi situasi ketika bersalin. Walau sebanyak manapun latihan yang dilakukan, jika tidak ada keyakinan diri, sukar untuk anda menempuh pengalaman bersalin dengan cara menyeronokkan.

Makanan Pelengkap, Bila Untuk Memulakan?

Pemberian makanan pelengkap biasanya boleh dimulakan apabila bayi anda berusia 6 bulan, kerana pada usia ini sistem penghadamannya sudah cukup matang untuk menghadamkan makanan pepejal dan separa pepejal yang berlainan jenis. Si manja juga akan menunjukkan tanda kesediaan untuk menerima makanan pelengkap (iaitu makanan selain susu ibu). Anda akan mendapati si manja :

~ Boleh duduk dengan sedikit sokongan atau tanpa sokongan dan dapat mengawal kepalanya.

~ Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu.

~ Boleh mengawal lidahnya dengan lebih baik.

~ Mula mengunyah atau mengerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah.

~ Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya.

~ Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan, membuka muutnya.


Bagaimana Untuk Memberi Si Manja Makan?

Mengetahui cara untuk memulakan pemberian makanan pelengkap adalah penting, kerana anda bukan sahaja dapat memastikan si manja mendapat segala nutrein yang diperlukan, tetapi juga membantu memupuk tabiat makan yang baik sejak dari kecil.


Sekerap Mana Anda Patut Memberi Makanan Pelengkap?

~ 6-8 bulan : Makanan utama 2-3 kali sehari dan pastikan susu ibu diberi 5-6 kali sehari. Makanan snek umumnya tidak perlu diberikan, tetapi boleh diberi jika dapat diterima oleh bayi.

~ 9-11 bulan : Makanan utama 3-4 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat.

~ 1-2 tahun : Makanan utama 4-5 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat.


Apa Yang Boleh Anda Lakukan

~ Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan bubur nasi. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada satu lagi kumpulan makanan.

~ Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru, ini akan membantu menentukan sama ada si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.

~ Mulakan dengan kuantiti yang sedikit. Tambah sedikit demi sedikit apabila usia bayi meningkat.

~ Setelah si manja dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan, anda bolehlah mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan, seperti bubur nasi dengan daging cincang dan puri sayur.

~ Pastikan rasa dan tekstur makanan sesuai dengan tahap perkembangan si manja.

~ Suap makanan sebaik sahaja si manja lapar, sebaik-baiknya sebelum anak anda meragam atau hilang selera makan.

~ Bergantung pada keupayaan si manja, beri makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang.

~ Elakkan benda yang boleh mengalihkan perhatian, seperti tv dan mainan, semasa makan supaya si manja boleh memberi tumpuan penuh dan menikmati makanannya.

~ Makan bersama si manja. Anda boleh menggalakkan si manja untuk makan atau belajar menyuapkan makanan sendiri.


Apa Yang TIDAK Boleh Anda Lakukan

# Mencampurkan makanan yang berlainan jenis dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap.

# Memberi makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik seperti kacang dan bijian.

# Memaksa bayi makan atau memberikan makanan secara berlebihan. Hentikan pemberian makanan apabila si manja memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak berminat, dia mungkin sudah kenyang.

Keperluan Pemakanan Bayi Untuk 2 Tahun Pertama

Bayi anda melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan paling pesat dalam dua tahun pertama hayatnya. Sebagai contoh, berat bayi umumnya berganda apabila mencapai usia 4-5 bulan, dan naik empat kali ganda apabila mencecah 2 tahun. Oleh itu, anda hendaklah memastikan si manja mendapat makanan berkhasiat yang secukupnya sepanjang tempoh ini bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum.

Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik Untuk Bayi

Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat pentng untuk memastikan kesihatan bayi anda. Susu ibu bukan sahaja megandungi segala nutrein, tetapi juga menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrein daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh badan bayi. Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.

Berapa Banyak Susu Yang Bayi Anda Perlukan?

Umur : 0-1 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 8
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : Lebih Kurang 60ml

Umur : 1-2 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 7
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 90ml

Umur : 2-4 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 6
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 120ml

Umur : 4-6 bulan
Bilangan Penyusuan Sehari : 6
Jumlah Susu Setiap Kali Penyusuan : 150ml


Makanan Pelengkap

Apabila bayi anda bertambah besar dan menjadi lebih aktif, keperluan tenaga dan pemakanannya juga bertambah. Susu ibu sahaja tidak lagi dapat memenuhi keperluannya apabila si manja mencapai usia 6 bulan. Pada usia ini, bayi anda memerlukan makanan tambahan (makanan pelengkap) selain daripada susu ibu untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrein lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.

Makanan pelengkap membekalkan satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh bayi anda apabila mencapai usia 6-8 bulan dan meningkat hingga hampir separuh (44%) apabila usianya 9-12 bulan. Keperluan ini meningkat lagi kepada lebih 60% apabila bayi anda berusia lebih setahun. Pada masa yang sama, sumbangan tenaga daripada susu yang diberikan setiap berkurangan apabila bayi anda semakin membesar.

Tenaga

~ Untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus aktif sepanjang hari.

~ Sumber : Bijirin, seperti beras, gandum, dan ubi seperti kentang dan keledek.

Zat Besi

~ Komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.

~ Sumber : Hati, daging, bijirin bayi yang diperkaya.

Zink

~ Penting untuk tumbesaran dan fungsi sistem imun.

~ Sumber : Hati, daging, ayam, ititk, ikan, kuning telur.

Vitamin A

~ Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan selaput lendir, penting untuk fungsi mata.

~ Sumber : Susu ibu, hati, kuning telur, buah-buahan dan sayuran berwarna oren (mangga, lobak merah, labu) sayuran berwarna hijau tua (bayam, kangkung, brokoli).

Makanan Untuk Pertumbuhan Optimum

Kanak-kanak yang berlainan usia memerlukan jumlah tenaga dan nutrien yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan fizikal dan pertumbuhan mental mereka. Nutrien berlainan mempunyai fungsi yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan. Tiada satupun makanan yang dengan sendirinya dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan anak-anak anda. Oleh itu, anda perlu sajikan pelbagai jenis makanan dalam jumlah sederhana, dengan menggabungkan dan mengimbangkan makanan daripada 5 kumpulan makanan yang berikut setiap hari.

Bijirin Dan Produknya

~ Sumber tenaga, serat makanan, vitamin dan zat galian. Serat makanan membantu melawaskan perut dan menjamin kesihatan sistem penghadaman.

~ Sumber : Beras, gandum, oat, barli dan produknya seperti m, roti, bijirin sarapan dan biskut.

~ Petua : Pilih produk bijirin penuh ( seperti roti mil penuh, beras perang) kerana kandungan serat, vitamin dan zat galiannya lebih tinggi daripada produk bijirin yang diproses (seperti roti putih, beras putih).


Sayur-Sayuran

~ Kaya dengan serat, fitokimia, vitamin dan zat galian.

~ Sumber : Sayuran berdaun hijau (bayam), sayuran berakar (lobak merah), sayuran berbentuk buah (tomato), sayuran cruciferous (kubis) dan sayuran kekacang (kacang panjang).

~ Petua : Sayur-sayuran yang ditumis dengan sedikit minyak bukan sahaja melazatkan makanan, tetapi juga mengurangkan kehilangan nutrien.


Buah-Buahan

~ Kaya dengan vitamin dan fitokimia untuk mengekalkan kesihatan.

~ Sumber : Betik, jambu batu, pisang, tembikai, epal, oren dan pear.

~ Petua : Buah-buahan yang berlainan warna mengandungi nutrien yang berbeza. Jadi, galakkan si manja anda makan buah-buahan beraneka warna setiap hari.


Ikan, Daging, Ayam, Telur dan Kekacang

~ Kaya dengan protein, yang membantu membina dan juga membaiki otot dan tisu.

~ Sumber : Ikan, ayam, itik, daging lembu dan kambing, telur, pelbagai jenis kacang dan kekacang dan produknya seperti tauhu, taukua, fucuk.

~ Petua : Kombinasi protein haiwan (daging, ikan, ayam, itik dan telur) dan tumbuhan (kekacang, kacang pis) dapat membekalkan protein yang diperlukan oleh anak-anak anda.


Susu dan Produk Tenusu

~ Sumber penting protein dan kalsium. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

~ Sumber : Susu, keju dan yogurt.

~ Petua : Susu pekat manis tidak dianggap sebagai produk tenusu dan nilai pemakanannya juga rendah. Jika anda mahu menambahkan susu ke dalam bijirin sarapan atau minuman malt si manja, gunakan susu biasa atau susu ibu.


Minyak dan Lemak

Minyak dan lemak tidak dianggap tergolong dalam kumpulan makanan utama, tetapi tetap memainkan peranan penting. Lemak dan minyak daripada makanan membekalkan tenaga, vitamin larut lemak dan asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah penting untuk tumbesaran yang sihat, terutama sekali untuk perkembangan otak kanak-kanak kecil dan juga untuk penglihatan mata mereka. Lemak berlebihan atau tiada lemak langsung boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar. Oleh itu, gunakan lemak dan minyak dengan sewajarnya apabila memasak makanan untuk anak-anak dan keluarga anda.

Jadi, sekarang anda sudah ketahui apa yang patut diberikan kepada anak-anak anda tetapi cara dan jumlah yang perlu diberikan kepada mereka harus dititikberatkan juga.