Archive for November 2012
Latest Updates

Melatih Si Kecil Melakukan Tugasan Di Rumah

Bukan mudah menyuruh anak terutamanya yang masih kecil melakukan kerja rumah. Ini kerana mereka masih belum memahami soal tanggungjawab terhadap keluarga.

Menurut pakar kanak-kanak, kerja rumah sangat baik dilakukan oleh  kanak-kanak kerana ia adalah langkah pendekatan kasih sayang secara fizikal dan emosi antara seorang anak dengan ibu atau bapanya. Justeru, kanak-kanak seharusnya diberi peluang melakukan sesuatu bagi membuktikan peranan mereka diperlukan. Bagi ibu-ibu yang ingin melatih anak mereka melakukan kerja rumah, ikuti beberapa tip berikut:

Jangan Mengulangi Kerja Anak

Si kecil baru sahaja selesai menyapu lantai. Namun lantai kelihatan masih kotor. Jika anda ingin mengulangi kerja tersebut, pastikan dia tidak mengetahuinya. Ini kerana dia mungkin berkecil hati dan menganggap apa yang dilakukannya itu tidak dihargai. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas usahanya itu, tidak salah jika anda memberikan sedikit pujian meskipun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Lakukan Bersama-sama

Jika anda meminta si kecil membersihkan kamarnya, pastikan anda turut sama melakukannya. Perlu diingat, jangan anggap aktiviti membersihkan bilik tidur sebagai hukuman kepada si kecil sebaliknya manfaatkan kegiatan ini sebagai waktu berkualiti anda bersamanya.

Berikan Tugas Bersesuaian Mengikut Usia

Menetapkan satu hari khusus untuk membersihkan rumah sering kali dilakukan oleh kebanyakkan ibu. Bagaimanapun jangan memaksa anak-anak untuk melakukannya sehari suntuk. Ini kerana mereka masih mempunyai keinginan yang besar untuk bermain. Tambahan pula, konsentrasi mereka untuk melakukan tugas tersebut biasanya tidak bertahan lama. Langkah terbaik ialah melakukan pembahagian tugas dengan tempoh masa yang bersesuaian dengan kudrat dan usia si kecil.

Elakkan Memberi Upah

Tidak salah memberikan penghargaan kepada si kecil sekiranya mereka mahu melakukan sesuatu. Pun begitu, jangan sekali-kali mengaburi mata mereka dengan berjanji untuk memberikan upah dalam bentuk wang ringgit. Katakan kepada mereka bahawa aktiviti membersihkan rumah bukan satu paksaan tetapi ia merupakan satu tanggungjawab setiap ahli keluaga.

Perkembangan Skil Bayi Anda

Percaya atau tidak, kelahiran bayi pertama anda akan merubah diri anda menjadi jurufoto yang setia. Bermula dari hari dia dilahirkan, bayi anda menjadi subjek utama yang dipantau setiap perkembangannya. Kali pertama dia tersenyum, bercakap, makan, duduk, berdiri, berjalan dsbnya.

Setiap perkembangan bayi menjadi topik utama perbualan ibubapa baru bayi ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Sikap begini ada kalanya membuatkan ibubapa baru berasa risau sekiranya bayi mereka masih belum mampu melakukan sesuatu perkara yang sudah mampu dilakukan oleh bayi seusianya.

Jika anda berdepan dengan situasi ini, jangan risau. Perkembangan setiap bayi berbeza dari seorang ke seorang. Sebagai panduan, anda boleh melihat carta perkembangan bayi yang diberi. Sekiranya bayi anda belum mampu melakukan apa yang dinyatakan dalam carta itu, sekali lagi - jangan risau. Ini bukan bermakna bayi anda bermasalah. Namun jika anda masih risau, berbincanglah perkara itu dengan doktor anda.

Carta dibawah menunjukkan skil perkembangan bayi sebagai panduan:

Bulan Pertama

- Boleh mengangkat kepalanya buat seketka.
- Menolehkan kepalanya ke kiri dan kanan apabila berbaring.
- Tangan kekal menggengam
- Menunjukkan tindakbalas menggengam yang kuat
- Melihat dan mengekori objek bergerak di depannya
- Melihat corak hitam dan putih
- Diam apabila mendengar suara
- Menangis untuk menyatakan ketidakselesaannya
- Membuat suara di dalam tekak
- Merenung ibubapa apabila mereka bercakap dengannya.

Bulan Kedua

- Mengangkat kepala hampir 45 darjah ketika meniarap
- Kepala terlentuk ke depan apabila berada dalam keadaan duduk
- Tidakbalas menggengamnya berkurangan
- Mengekori benda yang berjuntai dengan matanya
- Mencari-cari dengan matanya arah sesuatu bunyi
- Membuat bising selain menangis
- Mempunyai tangisan berlainan ketika basah, lapar dsbnya
- Berbalas cakap ketika mendengar suara yang dikenali
- Boleh tersenyum apabila diusik

Bulan Ketiga

- Mula menampung sebahagian beratnya dikedua-dua belah kaki ketika dipegang berdiri
- Boleh menegakkan kepalanya ketika duduk, tapi masih terlentuk ke depan.
- Boleh mengangkat kepala dan bahunya sebanyak 45 hingga 90 darjah ketika meniarap
- Boleh menampung beratnya dengan tangan
- Tindakbalas menggengam sudah tidak ada
- Boleh memegang objek tetapi tidak boleh mencapainya
- Memegang tangannya sendiri dan menarik selimut dan pakaian
- Mengekori objek dengan matanya sehingga 180 darjah
- Boleh mengesan arah bunyi dengan menolehkan kepala dan memandang ke arah itu
- Menjerit, mendekut, mengagah dan mengekek ketawa
- Bercakap bila ada yang berbual dengannya
- Mengenali wajah, suara dan objek
- Senyum apabila melihat orang yang dikenali dan bermain dengan mereka
- Menunjukkan kepekaan kepada situasi yang pelik.

Bulan Keempat

- Mula melelehkan air liurnya
- Mengawal kepalanya dengan baik
- Boleh duduk dengan sokongan
- Boleh menampung sedikit beratnya ketika dipegang berdiri
- Boleh mengangkat kepala dan dada sehingga 90 darjah dari permukaan
- Boleh bergolek dari keadaan terbaring kepada mengiring
- Meneroka dan bermain dengan tangan
- Cuba mencapai objek tetapi tersasar
- Memegang objek dengan kedua-dua tangan
- Mula mempunyai koordinasi mata dan tangan
- Menghasilkan bunyi konsonan
- Ketawa
- Seronok apabila didodoi, dienjut atau diayun

Bulan Kelima

- Tanda-tanda gigi mula tumbuh
- Menegakkan kepala ketika duduk
- Bergolek dari berbaring kepada meniarap
- Memasukkan kaki ke dalam mulut ketika berbaring
- Mencapai dan memegang objek secara sukarela
- Bermain dengan jari-jari kaki
- Memasukkan apa jua objek ke dalam mulut
- Memandang objek yang dijatuhkan
- Berkata ah goo atau kombinasi vowel konsonan yang sama
- Tersenyum melihat dirinya di dalam cermin
- Menjadi marah jika mainannya diambil
- Boleh membezakan ahli keluarga dan orang asing

Bulan Keenam

- Boleh mengunyah dan menggigit
- Boleh mengangkat dada dan sebahagian daripada perutnya dari permukaan dengan menampung beratnya pada tangan
- Mengangkat kepala bila diangkat untuk didudukan
- Boleh bergolek dari keadaan berbaring kepada meniarap
- Menampung sebahagian besar berat badannya ketika dipegang berdiri
- Mencapai dan mengawal objek kecil
- Memegang botol
- Mengubah kedudukan badannya untuk melihat sesuatu objek
- Menoleh kepalanya dari kiri ke kanan dan melihat ke atas atau ke bawah
- Sukakan rangsangan melihat yang lebih kompleks
- Menyebut bunyi satu sukukata seperti ma, mu, da dan di.
- Mengenali ibubapanya

Bulan Ketujuh

- Boleh duduk tanpa sokongan, mungkin menjangkau ke depan dengan sokongan kedua-dua tangan
- Menampung keseluruhan berat badan di atas kaki
- Melompat apabila dipegang ketika berdiri
- Menampung beratnya dengan sebelah tangan ketika meniarap
- Memindahkan objek dari satu tangan ke satu tangan
- Mengetuk objek pada permukaan
- Memberi respons ketika namanya dipanggil
- Mula dapat membezakan kedalaman dan ruang
- Mula memiliki kecenderungan rasa
- Bercakap ketika orang lain bercakap

Bulan Kelapan

- Boleh duduk dengan baik tanpa sokongan
- Menampung berat dengan kedua-dua kaki dan mungkin boleh berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
- Mengubah kedudukannya untuk mencapai objek
- Mengambil objek menggunakan jari telunjuk, jari manis dan jari kelingking bersama ibu jari
- Boleh melepaskan objek
- Mencapai mainan yang berada diluar jangkauan
- Mula menggabungkan sukukata seperti mama, dan dada tetapi tidak mengetahui maksudnya
- Memahami perkataan tidak (tapi tidak selalu mematuhinya)
- Tidak suka ditukarkan lampin dan dipakaikan pakaian

Bulan Kesembilan

- Mula merangkak
- Boleh berdiri dengan sendiri apabila duduk
- Boleh duduk dalam masa yang agak lama (10 minit)
- Mungkin membentuk kecenderungan untuk menggunakan sebelah tangan tertentu
- Menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil objek
- Bertindak balas kepada arahan suara yang mudah
- Memahami larangan jangan
- Minat untuk menggembirakan ibubapa meningkat
- Meletakkan tangan di depan muka bagi mengelakkan ia dibasuh

Bulan Kesepuluh

- Boleh duduk daripada keadaan meniarap
- Duduk dengan menghentakkan punggungnya
- Boleh mengembalikan keseimbangan dengan mudah ketika duduk
- Mengangkat sebelah kaki untuk melangkah ketika berdiri
- Memahami bye- bye
- Menyebut mama atau dada dengan maksudnya
- Menyebut perkataan lain selain mama dan dada (hi, bye, tidak, pergi)
- Melambai-lambai
- Mula terikat dengan sesuatu objek
- Mengulangi perbuatan yang menarik perhatian
- Bermain permainan interaktif seperti pok amai-amai
- Suka mendengar buku dibaca dan melihat gambar dalam buku

Bulan Kesebelas

- Berjalan sambil berpegang kepada perabot atau objek lain
- Meletakkan objek satu demi satu dalam sebuah bekas
- Mencapai ke belakang untuk mengambil objek ketika duduk
- Meneroka sesuatu objek dengan lebih teliti
- Dapat memanipulasikan objek keluar dari tempat yang agak sempit
- Menggolekkan bola apabila diminta
- Menjadi teruja apabila sesuatu kerja itu dapat dilakukan
- Menunjukkan tindakan kecewa apabila dilarang
- Boleh menggelengkan kepala untuk tidak.

Bulan Keduabelas

- Boleh berjalan dengan sebelah tangan dipimpin
- Mungkin boleh berdiri sendiri dan memulakan langkah pertamanya sendiri
- Duduk dari kedudukan berdiri tanpa batuan
- Cuba membina dua blok menara tetapi mungkin gagal
- Membelek helaian dalam sebuah buku
- Boleh mengekori objek yang bergerak pantas
- Bercakap tiga atau lebih perkataan
- Mengulangi perkataan yang sama berulang kali
- Meniru bunyi, contohnya bunyi kucing atau anjing
- Mengenali objek dengan namanya
- Memahami arahan mudah yang diucapkan
- Mencari objek di tempat terakhir dia melihatnya.

Surah-Surah Amalan Ketika Hamil

Al-Fatihah
- Untuk menerangkan hati dan kuat ingatan.

Luqman
- Mendapat anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
(Amalkan pada minggu ke-24 kandungan)

Maryam

- Memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh.

Hujurat
- Memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Yusuf
- Mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak.
(Dimulakan pada minggu ke-16 kerana ketika itu roh mula ditiupkan).

An-Nahl (ayat 78)
- Memudahkan ibu bersalin (dengan izin Allah)

Ayatul Kursi
- Melindungi diri dari sebarang godaan syaitan dan kemudaratan.

Al-Araaf (ayat 189)
- Doa memohon dikurniakan anak yang soleh.

Al-Imran (ayat 8)
- Doa memohon rahmat.

Ibrahim (ayat 40)
- Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Al-Baqarah (ayat 128)
- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t

Yaasin (ayat 22-23)
- Untuk menjaga akidah / memberi hidayah kepada anak.

As-Sajdah (ayat 7 - 9)
- Doa agar diperelokkan dan disempurnakan sifat anak dalam kandungan.

Al-Furqan (ayat 74)
- Doa agar dikurniakan anak yang menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
 

Panduan Bersenam Semasa Kehamilan

~ Bersenam secara tetap.
~ Berhenti apabila terasa sakit.
~ Bersenam sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
~ Minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk mengantikan air yang hilang.
~ Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
~ Jangan lakukan senaman yang memerlukan anda terlentang selama satu minit.

Perkara Yang Perlu Diawasi


~ Jenis senaman.
~ Degupan jantung tidak melebihi 140 degupan seminit.
~ Terjatuh.
~ Elakkan kepanasan.

Pastikan Anda Tidak Melakukan Senaman Jika :

~ Mempunyai sebarang masalah jantung atau pernafasan.

~ Menghidap diabetes sebelum atau semasa mengandung.

~ Mempunyai darah tinggi sebelum atau semasa mengandung.

~ Mempunyai sejarah melahirkan anak pramatang.

~ Plasenta previa
(plasenta berada di bawah atau berhampiran servik).

Senaman Pranatal Yang Disyorkan

~ Senaman Kegel
~ Berenang
~ Berjalan
~ Jogging
~ Berbasikal
~ Yoga

Anda Patut Berhenti Bila....

~ Ada pendarahan.
~ Sakit luar biasa.
~ Rasa pening atau melayang-layang.
~ Semput yang luar biasa.
~ Degupan jantung terlalu pantas atau sakit dada.
~ Bendalir keluar dari vagina.
~ Kontraksi uterus.
~ Kejang otot.

Segera berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai tanda-tanda berikut ketika bersenam.
 

Ketahui Perbezaan Braxton Hicks Dan Sakit Hendak Bersalin

Braxton Hicks

~ Mula dirasa seawal trimester kedua dan semakin kerap pada trimester ketiga.

~ Rasa tidak selesa, bukan sakit, yang tertumpu pada bahagian bawah perut dan ari-ari.

~ Tahap sakit berubah-ubah.


~ Rasa sakit akan hilang dengan sendirinya.

~ Dirasa sekali sekala

~ Rasa berdenyut berlarutan selama 30 hingga 60 saat, malah ada sehingga dua minit.

~ Tiada ritma.


 
Sakit Hendak Bersalin

~ Dirasa semasa tiba waktu hendak bersalin yang sebenar.

~ Rasa sakit bermula dari atas perut, tersebar ke seluruh bahagian perut dan bahagian bawah belakang atau sebaliknya.

~ Tahap sakit semakin bertambah.

~ Rasa sakit tidak akan hilang malah terasa lebih sakit apabila berjalan.

~ Rasa sakit datang dan pergi.

~ Rasa sakit berlarutan selama 30 saat dan semakin lama, sehingga 60 saat.

~ Ada corak tertentu dengan tempoh antara denyutan semakin pendek. Ia mungkin bermula dengan selang 20-30 minit dan semakin cepat, hingga 5 minit.
 

Tip Untuk Mengatasi Keletihan

Dinasihatkan agar ibu menyimpan tenaga sendiri dan bayi. Dapatkan bantuan ibubapa, pembantu rumah, saudara mara atau jiran. Jangan risau jika keadaan rumah anda kurang kemas atau tidak sempurna kerana anda bukannya superwoman. Antara tip untuk menyimpan tenaga:-

1. Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya, cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata.

Ambil peluang yang ada untuk berehat walaupun ketika itu ada tetamu. Keluarga dan kawan anda pasti memahami keadaan ini.

2. Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menyebabkan keletihan.

3. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis, bayam dan aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.

4. Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana bakal mengambil lebih banyak masa untuk untuk dihadamkan dan mengurangkan aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.

5. Seimbangkan pengambilan protein.

6. Hadkan pengambilan protein antara 15gm hingga 20gm protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15gm adalah digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.

7. Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika mempunyai berat badan berlebihan, ia membuatkan anda lebih mudah letih.

Info Penyusuan

Tahukah Ibu?

~ Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.

~ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.

~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna da
n anda tidak perlu memberikan air tambahan.

~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!

~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.

~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.

~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).

~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

~ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
 

Tips Teknik Penyusuan

Tahukah Anda?

Proses menyusukan bayi sebenarnya bukanlah sesuatu yang menyakitkan ibu dan anak. Jika si ibu berasa sakit, bererti si ibu tidak menggunakan teknik yang betul. Jauhkan bayi daripada payudara dan cuba lagi. Bayi mungkin tidak melekap dengan betul. Hentikan hisapan bayi dengan secara lembut meletakkan jari kelengkeng di hujung mulut bayi dan selitkan antara rahang atas dan bawahnya. U
langi seberapa kali yang perlu untuk mendapatkan lekapan yang baik.

Setelah semakin cekap menyusui bayi dalam posisi ini, anda mungkin boleh mencuba posisi-posisi lain. Belajarlah untuk menyusukan bayi secara baring. Kaedah ini membolehkan si ibu berehat, lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan c-section. Apa jua posisi yang digunakan, bayi harus melekap dengan baik, jika tidak, si ibu akan berasa sakit di bahagian puting payudara, dan bayi tidak akan mendapat susu yang cukup.

Tips Latihan Guna Botol (Susu Ibu Perahan)

Bayi sememangnya bijak! Struktur puting dan botol yang berbeza dengan kulit anda mungkin membuatkannya menolak untuk minum daripada botol. Jika anda mahu melatih bayi minum Susu Ibu Perahan sebelum kembali bekerja, biarkan orang lain melakukannya dan BUKANNYA anda! Ia akan membiarkan dirinya kelaparan.

Jika bayi masih menolak untuk minum Susu Ibu Perahan menggunakan botol, bawa dia berjalan perlahan-lahan sambil memujuknya. Ada baiknya tinggalkan tudung ataupun baju anda kepada pengasuh bagi menenangkannya ketika minum Susu Ibu Perahan.