Archive for October 2012
Latest Updates

Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh Pengasuh

1. Elakkan memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian.

2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut bukannya mengikut jadual.

3. Berikan bayi minum secara men
egak dan kepalanya diampu menggunakan tangan bukannya lengan.

4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.

5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.

6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.

7. Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dalam botol.

8. Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.

Nota : Lubang puting botol susu akan mengeluarkan air susu lebih laju berbanding puting susu ibu, jadi berhati-hati agar bayi tidak tersedak susu.

Tip Memujuk Bayi Menyusu Pada Sebelah Payudara Yang Tidak Diminati

Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa. Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Anda boleh gunakan tip berikut:

1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

 2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payudara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh pratikkan posisi penyusuan yang lain.

3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.

4. Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.

5. Jika bayi lebih gemarkan payudara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payudara yang mana alirannya perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.

Sekiranya perbezaan saiz payudara merisaukan anda, di sini Kak Engku sertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan.

- Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut.

- Memerah payudara yang kecil selama 5 hingga 10 minit selepas sesi penyusuan.

Pembaca Setia Kak Engku

Hehehe Ini Adalah Statistik Pembaca Setia Blog Kak Engku Bidan Bersalin. Thanks Tak Terhingga Kepada Semua Pembaca Blog Kak Engku Kerana Memberi Sokongan Kepada Akak Di Dalam Menjayakan Perkongsian Ilmu Secara Maya. 
Thanks Again.


Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan

Masalah berat badan amat sensitif dalam kalangan wanita. Ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. 

Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Namun begitu, menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. 

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. 

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan aktiviti fizikal. Pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif. 

Ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.

Breast Pump & Aksesori


Medela Freestyle - Double Electric Breast Pump
Harga Promosi RM1,820.00
Free Postage + 1 Year Warranty



Medela Harmony - Manual Breast Pump
Harga Promosi RM190.00
Free Postage Semenanjung (Add RM5.00 Sabah & Sarawak)
+ 30 Days Warranty









Medela Swing - Single Electric Breast Pump
Harga Pasaran RM799.00
(Harga Boleh Runding)








Medela Mini Electric - Single Electric Breast Pump
Harga Pasaran RM450.00
(Harga Boleh Runding)








Medela Pump In Style (PISA) - Double Electric Breast Pump
Harga Pasaran RM1,799.00
(Harga Boleh Runding)




Spectra 3 Breast Pump - Single Electric Breast Pump
Harga Pasaran RM388.00
Extra Breast Shield
Harga Pasaran RM70.00
(Harga Boleh Runding)




Avent ISIS Breast Pump - Manual Breast Pump
Harga Promosi RM195.00









Avent IQ UNO - Single Breast Pump
Harga Promosi RM750.00









Avent IQ DUO - Double Electric Breast Pump
Harga Promosi RM1,650.00








Bumble Bee 10 Pcs Storage Bottle (BPA Free)
Harga RM38.90








Stylo Mama 10 Pcs Storage Bottle (BPA Free)
Harga RM38.90

Kak Engku Resources

Assalamualaikum, mulai 21 Oktober 2012, Kak Engku telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama Kak Engku Resources. No Pendaftaran 002169117-U. Hehehe akhirnya Kak Engku Ada Company Sendiri. Cai Yuk Cai Yuk Kak Engku.

Masalah Mati Putik Di Kalangan Wanita

KEGAGALAN fungsi seksual lelaki banyak dikaitkan dengan mati pucuk tetapi bagaimana pula dengan wanita? Sememangnya sejak dahulu dilema seks wanita amat jarang dibincangkan secara terbuka. Adakah wanita juga menghadapi masalah kegagalan fungsi seksual? 

Jika dulu persoalan mengenai seks boleh dikatakan 'taboo' dan tidak elok dibincangkan secara terbuka kerana ramai menganggapnya sesuatu yang memalukan. Tetapi kini ramai wanita semakin bersikap terbuka dan tidak segan meluahkan perasaan terutama kepada pakar perubatan. 
Menurut pakar runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran, kini semakin ramai wanita yang tampil menceritakan masalah berkaitan seksual. Beliau yang juga mengendalikan program kesuburan mendapati masalah kurangnya kekerapan melakukan hubungan intim menyebabkan pasangan berkenaan sukar hamil. 
"Ketika itu pesakit akan menjalani sesi kaunseling dan amat memeranjatkan apabila mereka mendedahkan mengadakan hubungan intim sekali dalam sebulan," katanya. Masalah kurangnya keinginan melakukan intim bersama-sama pasangan semakin meningkat di kalangan wanita. 
"Terdapat dua kategori besar yang menyumbang kepada masalah berkenaan iaitu fizikal dan psikologi," katanya. Masalah fizikal biasanya berkaitan dengan kesihatan seperti anemia atau kekurangan darah. Dr. Dharmini berkata, apabila seorang mengalami anemia, badan mereka mudah menjadi letih dan lemah."Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan keinginan untuk berhubungan intim dengan pasangan," katanya. Selain itu, jelas Dr. Dharmini, penyakit kronik seperti diabetes dan jantung juga bukan saja menyebabkan mati pucuk bagi lelaki tetapi juga pada wanita. 
Penyakit berkenaan akan menyebabkan gangguan kepada saraf di hujung anggota badan seperti hujung kaki dan juga kemaluan. "Biasanya hujung anggota akan menjadi kebas dan tidak lagi dapat menerima rangsangan," katanya. Selain itu trauma sakit selepas bersalin atau post baby coolness menyebabkan wanita kurang berminat untuk mengadakan hubungan intim. 
Sementara itu perubahan hormon semasa hamil dan selepas bersalin menyebabkan wanita tiada perasaan untuk hubungan intim dengan pasangan. Dr. Dharmini berkata, ubat-ubatan yang diambil seperti ubat sawan, ubat anti psikotik juga menyebabkan pesakit seperti tidak mempunyai 'perasaan' yang menjalinkan hubungan intim.
"Kajian menunjukkan kekurangan hormon tertentu dalam badan seorang wanita juga boleh menyebabkan keinginan seksualnya berkurangan. "Bagaimanapun ia masih lagi dalam kajian," katanya. Penyalahgunaan dadah. Selain itu penggunaan najis dadah dan ketagihan alkohol juga menyumbang kepada gangguan seksual wanita. 
"Jangan salah sangka kerana penagih najis dadah dan alkohol masih boleh melakukan hubungan intim tetapi tidak mempunyai sebarang perasaan," katanya. Dr. Dharmini menambah, adalah tidak benar mengatakan menopaus menyebabkan keinginan seksual wanita semakin menurun. Wanita yang telah menopaus, mengambil terapi hormon, sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan senaman ringan secara berterusan dapat mengembalikan keinginan seksual seperti wanita muda. 
Sementara itu penyumbang yang kedua adalah berkaitan dengan psikologi seperti stres, tekanan, penat bekerja, cemas, ketakutan, mempunyai sejarah penderaan seksual atau pasangannya yang mempunyai pasangan lain. Wanita bekerjaya yang sibuk dengan tugasan pejabat selain terpaksa melayan kerenah anak dan membuat pelbagai kerja rumah akan menolak permintaan pasangan. 
"Biasanya pada usia menopaus, pasangan suami isteri telah stabil dari segi kewangan selain kurang tanggungjawab terhadap anak-anak. "Ini memberikan lebih masa untuk bersama-sama pasangan," katanya. Dr. Dharmini berkata, wanita yang mempunyai masalah berkenaan perlu keluar daripada kepompong dan berbincang dengan keluarga, komuniti atau pakar perubatan. 
Jika masalah berkaitan dengan fizikal, pesakit perlu berbincang dengan doktor bagi mengatasi masalah yang dihadapi. "Jika disebabkan pengambilan ubatan akibat penyakit kronik, mungkin doktor boleh menasihatkan agar menukar atau mengurangkan pengambilan ubat. "Mereka juga boleh melakukan senaman ringan selain pasangan perlu menghadiri kaunseling bagi membincangkan masalah yang dihadapi," katanya. Dr. Dharmini berkata, terdapat juga wanita mati putik yang mengambil viagra dengan harapan meningkatkan fungsi seksual mereka. Menurutnya, viagra hanya berfungsi untuk meningkatkan pengaliran darah di alat sulit lelaki dan tidak berkesan kepada wanita. "Buat masa ini saintis masih menjalankan penyelidikan mencari penawar bagi meningkatkan libido wanita tetapi masih menemui jalan buntu," katanya. 
Ditanya sama ada mati putik boleh diubati, Dr. Dharmini berkata, masalah berkenaan boleh diubati apabila puncanya dapat dikenalpasti. Apabila punca telah dikenalpasti, jelasnya, maka penyelesaian akan menjadi lebih mudah. "Apa yang penting pesakit perlu datang jumpa doktor mendapat rawatan," pesan Dr. Dharmini.
Menurut beliau, mati putik boleh berlaku pada wanita tidak kira usia tetapi lebih kepada hubungan dengan pasangan. Biasanya hubungan akan menjadi hambar selepas usia perkahwinan lima tahun dan mungkin akan meningkat semula jika pasangan melakukan aktiviti bersama-sama seperti bercuti.

Hargai Setiap Kandungan

DI Malaysia pula, data daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2004, menunjukkan hanya 50 peratus daripada remaja Malaysia mempunyai pengetahuan yang cukup dan betul tentang organ reproduktif lelaki dan wanita, selain hanya 47 peratus tahu bagaimana cara bayi dihasil dan dilahirkan.

Dalam pada itu, hanya 52 peratus wanita berusia 15 hingga 49 tahun yang menggunakan kaedah merancang kehamilan. Jumlah ini merupakan paling terendah di rantau ini yang sekali gus menggambarkan beberapa persepsi iaitu sama ada wanita di negara ini sememangnya tidak memerlukan sebarang kaedah merancang kehamilan atau pun mungkin juga kerana kurang kesedaran mengenainya.

Presiden Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), Dr. Suresh Kumarasamy, berpendapat rakyat negara ini amat kurang kesedaran dan lemah pengetahuan bahawa kaedah kontraseptif adalah efektif dan selamat. "Isu seperti perancangan kehamilan memang tidak dibicarakan secara terbuka terutama di sekolah dan kalangan ibu bapa.

"Ibu bapa berpendapat ia terlalu sensitif untuk dibicarakan. Ada juga yang berpendapat bahawa mereka tidak akan mengandung dengan mudah dan berpegang hanya dengan kepercayaan tuah menyebelahi mereka semata-mata," jelasnya sempena sambutan Hari Kontraseptif Sedunia 26 September lalu. Dr. Suresh menambah, isu ini bukanlah hanya tertumpu di luar bandar malah di bandar pesat membangun keadaannya tidak jauh berbeza. 

Sebagai pengamal perubatan, beliau menyarankan setiap lelaki dan perempuan terutama yang telah berumah tangga patut mengambil tahu tentang kaedah-kaedah perancang kehamilan dan mempunyai ilmu tentangnya.
"Cara moden yang kita ada pada hari ini ialah kombinasi antara pil kontraseptif dan progesterone yang dimakan pada hari pertama haid datang. 

"Jika tidak yakin boleh berdisiplin dengan cara pil terdapat cara suntikan yang diambil sekali setiap tiga bulan. Kalau tidak mahu disuntik boleh memilih teknik implan di mana cara ini memerlukan bantuan para doktor bertauliah yang dilakukan sekali untuk tempoh tiga tahun. "Selain cara di atas terdapat juga cara di mana wanita boleh menggunakan cincin vagina yang dimasukkan ke dalam vagina sebelum memulakan hubungan seks. 

"Alat intrauterine yang akan dimasukkan oleh pakar juga salah satu cara yang boleh digunakan untuk merancang kehamilan selain kondom yang digunakan oleh lelaki. "Satu lagi cara ialah pensterilan lelaki dan wanita yang mana operasi tersebut dilakukan oleh doktor dan cara ini adalah cara yang kekal iaitu tidak akan memperolehi anak sampai bila-bila," ujar beliau.

Kaedah Kontraseptif

Kaedah perancangan keluarga perlu diambil tahu sebaik sahaja kali pertama berhubungan. Cara yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia ialah Intrauterine device (IUD) sebab ia mudah diaplikasikan. "Dengan hanya satu cara dilakukan oleh pakar, wanita tidak perlu susah mengingati bila waktu untuk makan pil atau menggunakan kondom setiap kali mengadakan hubungan seks. Ia juga satu kaedah yang murah," jelasnya.

Dr. Suresh berkata, memang ada pasangan yang selesa mengawal kehamilan dengan cara pancutan luar bagaimanapun ia tidak begitu efektif berbanding kaedah kontraseptif. "Ada juga yang mengira waktu subur dan tidak subur untuk mengawal kehamilan tapi cara tersebut mungkin tidak sesuai bagi wanita yang menghadapi kitaran haid tidak tetap."

Kebaikan Kontraseptif

Selain merancang kehamilan, perlu diketahui juga kaedah kontraseptif yang digunakan seperti pil merupakan salah satu cara untuk mengawal haid yang banyak. "Pil kontraseptif ini juga mampu membuatkan kitaran haid lebih ringan dan tetap. Ia sekali gus mengurangkan kes anemia di kalangan wanita yang menghadapinya setelah makan pil tersebut. 

"Ada juga wanita yang tidak lagi mengalami senggugut setelah makan pil kontraseptif malah jerawat juga boleh dikawal dengan pil ini. "Ada juga pil yang direka untuk merawat sindrom pra haid (PMS) dan kecelaruan pra haid dystrophic (sindrom yang lebih teruk dari PMS) di mana ia memberi kesan buruk kepada kualiti hidup wanita yang mengalaminya. "Ada yang mengalami radang pelvik menerusi jangkitan uterus dan tiub fallopio juga semakin kurang sakit sebanyak 50 peratus dengan pengambilan pil kontraseptif.
"Saya amat berharap agar kempen Hari Kontraseptif Sedunia ini memberikan impak buat rakyat Malaysia. Rakyat perlu tahu bahawa terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk merancang kehamilan dan pastinya ada satu cara yang sesuai dengan keadaan tubuh mereka.

Sumber : Utusan Melayu

5 Tips Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

Jangan menunggu sehingga benar-benar sakit untuk menangani masalah kesihatan wanita hamil. Bagi menangani masalah daya tahan penyakit, wanita hamil perlu ambil tahu tip yang sesuai agar diri tidak mudah diserang penyakit.

1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari, cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya mengangkat perabot, beban yang berat dan sebagainya.

2. Hindari diri daripada tekanan,. Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.

3. Bersenam boleh dipratikkan wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika hamil dalam trimester ketiga cuba lakukan senaman ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.

4. Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin cacat sehingga 70%. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan zat besi.

5. Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri. Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang terbuang di pagi hari tersebut.

Keperluan Penyusuan Mengikut Usia Bayi

Jangan khuatir apabila susu ibu yang keluar setelah anda melahirkan tidak seberapa jumlahnya. Biar berapapun yang mampu anda hasilkan, itulah kuantiti tepat yang diperlukan oleh bayi anda. Seiring pertambahan  usianya, jumlah susu ibu akan bertambah mengikut keperluannya. Dibawah adalah maklumat lanjut khusus untuk pengetahuan ibu semua.


Usia 1 Hari

Bayi yang berusia sehari hanya memerlukan lima hingga tujuh mililiter susu ibu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan . Pada usia ini, saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.


Usia 3 Hari

Di usianya 3 hari pula, bayi memerlukan kira-kira 22 hingga 27 mililiter bagi sekali sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan antara 200 mililiter hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pada usia sebegini adalah sebesar buah ceri atau anggur ukuran sederhana.


Usia 1 Minggu

Bayi yang berusia satu minggu pula dianggarkan memerlukan susu ibu di antara 45 hingga 60 mililiter bagi setiap sesi penyusuan. Dalam tempoh sehari pula, dia mampu menghabiskan kira-kira 400 hingga 600 mililiter ataupun satu setengah gelas air. Memandangkan growth sprut bayi semakin meningkat, jadi akan berlaku beberapa perubahan pada corak tidur dan penyusuannya. Hal ini terjadi hasil daripada perkembangan otak dan fizikalnya.


Usia 1 Bulan

Apabila bayi mencecah usia satu bulan, keperluan penyusuannya mula meningkat. Dia memerlukan kira-kira 80 hingga 150 mililiter susu ibu sekali penyusuan. Di bulan pertama, dia akan menyusu lapan hingga 12 kali sehari mengikut permintaannya. Pada usia ini juga, bayi sudah semakin mahir menyusu malah anda sendiri terutamanya yang baru bergelar ibu tidak lagi kekok untuk menyusukan si manja dengan selesa. Sekiranya anda akan kembali bekerja dalam tempoh terdekat, ini merupakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan memerah, memberi susu perahan dan menyimpan stok bagi kegunaan bayi ketika anda berpisah sementara dengannya nanti.


Usia 6 Bulan

Ketika ini, bayi anda sudah mula boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih diperlukan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Perlu anda ingat bahawa makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya di usia ini. Jadi, susu ibu masih perlu diberikan seperti kelazimannya. Pada usia ini, bayi memerlukan sekitar 720 mililiter susu dalam tempoh sehari. Anda digalakkan untuk menggunakan susu ibu perahan ketika menyediakan makanan pejal kepada bayi. Anda boleh mencampurkannya ke dalam makanan pejal. Oleh yang demikian, rasa makanan pejal yang diberikan kepada bayi lebih kurang sama dengan susu ibu. Di usia tujuh bulan pula, keperluan susu ibu terus meningkat sehingga mencapai 875 mililiter iaitu kira-kira 93% jumlah keseluruhan keperluan zat pemakanan si manja anda.


Usia 12 Bulan

Dalam usia 11 bulan ke atas, keperuan susu ibu oleh si cilik mula berkurangan kepada sekitar 550 mililiter sehari. Pada hari ulang tahun kelahirannya, anak anda semestinya sudah biasa dengan makanan yang disajikan kepada orang dewasa. Oleh yang demikian, anda perlu pastikan rutin pemakanan sehariannya adalah pelbagai agar semua keperluan zat makanan yang patut diterimanya adalah seimbang.

Promosi Shaklee Oktober 2012 - ESP

Shaklee Energized with ESP - Soy Protein Isolate Powder


PROMOSI Sepanjang Bulan Oktober dah mai.... Kepada semua pembaca blog Kak Engku sila contact Akak jika anda berminat untuk mendapatkan ESP.

















Terus terang cakap, rugi siapa yang tak grab this offer, sebab sudah lama dah Shaklee tak keluarkan offer nie. So kalau sape sape yang nak, hello Kak Engku ye. Stok nie expired Jun 2014. Tapi offernya hanya sampai 31 Oktober niesaje tau hehehe.

Sijil Halal Shaklee 2012