Archive for September 2012
Latest Updates

Kenapa Kak Engku Suka Shaklee

Kenapa Kak Engku pilih Shaklee sebagai business online? Jawapannya adalah :

1. Sebelum Kak Engku jadi ahli Shaklee, ramai sangat pembaca blog Kak Engku yang mencari produk Shaklee, so maksudnye, produk Shaklee memang popular dan diketahui ramai, jadi pasarannya memang dah tersedia. Tu yang terbuka hati nak jadi ahli Shaklee. Untuk jadi ahli kita perlukan seorang upline, sebolehnya upline perlulah seorang yang berpengetahuan luas mengenai hal ehwal ubat dan vitamin, ini bagi memudahkan kita untuk membuat rujukan sekiranya customer bertanyakan hal ini (so bagi sesiapa yang nak jadi ahli Shaklee meh join group Kak Engku, insyaAllah akak boleh membantu). Dan selepas akak menjadi ahli Shaklee hasilnya memang memberangsangkan hehehe. Jgn jeles ye.

2. SHAKLEE - membenarkan ahlinya berniaga secara online, so memang mudah dan tak perlu berniaga secara berdepan dengan customer (dari rumah ke rumah). Bagi yang suka beronline, rugi kalau tak ambik peluang berbisnes ngan Shaklee, sambil beronline sambil buat extra money hehehe. Segalanye di hujung jari je.

Ok nie serba sedikit mengenai Syarikat Shaklee.

Company yg stabil sejak 1956- lebih 50 tahun di pasaran. Ia tertua di pasaran makanan tambahan dan pastinya kukuh dan hebat.

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

Produk yg berkualiti - Salah satu produknya yg pertama dicipta- Vitalized Mineral, dirumus pada 1915. Ia produk yg harmoni dgn alam semulajadi dan terbukti dgn ujian klinikal. Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja. Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

3. Pelan Jualan Menarik Shaklee

Anda berpeluang menikmati bonus yg shaklee tawarkan (utg runcit, bonus bulanan, bonus leader dsbnye), tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip2 international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes anda sendiri baik secara part time atau full time.

4. Support group Kak Engku memang penuh dengan caj2 positif, ukhuwah yg kuat...penuh dgn rahsia2 dan strategi utk  berjaya. Sebab tu lah Kak Engku minat sesangat ngan Shaklee nie hehehe.

Berminat? Jom joint Group Kak Engku.






Tengku Azmanira / ID : 908001
Shaklee Independent Distributor
019 2077 643 / bidanbersalin@yahoo.com

Shaklee Basic H

Harga : RM46.00
Code Product : 00015 (16oz / 473ml)

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Shaklee Energy Tea Mix


Harga : RM131.00
Code Product : 20345 (28 stik)

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Cinch Shake Mix


Harga : RM173.00
Code Product :
20339 (Cafe Latte) / 765g
20340 (Vanilla) / 765g
20341 (Chocolate) / 765g

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Performance Maximum


Harga : RM82.50
Code Product : 20496 (539g)

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee VitaLea For Children


  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
Harga : RM48.75
Code Product : 10100 (65 PIL)

Shaklee Meal Shake


Harga : RM113.75
Code Product :20321 (544g)

 Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Shaklee GLA Complex


Harga : RM91.25
Code Product : 10620 (60 kapsul)

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 


Shaklee DTX Complex


Harga : RM155.00
Code Product : 10330 (90 kaplet)

 Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee NutriFeron


Harga : RM181.25
Code Product : 10250 (30 stik x1.2g)

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Pepper Mint Ginger Plus


Harga : RM45.00
Code Product : 10126 (90 pil)

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Senarai Harga Produk Shaklee



Anda boleh merujuk kepada senarai harga di bawah untuk pembelian vitamin Shaklee di mana-mana cawangan Shaklee berdekatan. Jangan lupa untuk menggunakan ID 908001 (Tengku Azmanira), Telefon: 019-2077643untuk mendapatkan harga istimewa.

Pendaftaran ahli secara terus di cawangan Shaklee memerlukan penaja. Sudi-sudikanlah menamakan Kak Engku, ID 908001 (Tengku Azmanira), Telefon : 019-2077643sebagai penaja anda! Jangan lupa untuk memaklumkan kepada Kak Engku setelah mendaftar untuk perkongsian ilmu selanjutnya hehehe.

Produk Shaklee hanya boleh didapati di cawangan Shaklee atau pengedar individu yang sah sahaja. Berminat, sudikan hubungi Kak Engku ye.

ID : 908001 / Tengku Azmanira


Shaklee HerbLax


Harga : RM52.50
Code Product : 10622 (120 pil)

 Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Garlic


Harga : RM47.50
Code Product : 10127 (60 pil)

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

Shaklee OmegaGuard


Harga : RM136.00
Code Product : 10236 (90 kapsul)

 Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet


Harga : RM124.00
Code Product : 11004 (60 Pil)


Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Shaklee OsteMatrix


Harga : RM61.00
Code Product : 10128 (120 tablet)

 Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Carotomax


Harga : RM74.00
Code Product : 10113 (30 kapsul)

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Alfalfa


Harga : RM53.75 
Code Product : 10159 (330 pil)

Harga : RM97.50
Code Product : 10162 (700 pil)

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Lecithin


Harga : RM52.50
Code Product : 10163 (180 kapsul)

 Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Zinc Complex


Harga : RM33.75
Code Product : 10417 (120 tablets)

 Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee B Complex


Harga : RM53.75
Code Product : 10164 (120 pil)

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Vita E Complex

Harga : RM149.00
Code Product : 10112 (120 kapsul)

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee Chewable Vita C 100mg


Harga : RM37.50
Code Product : 10621 (90 pil) 

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Shaklee Vita-C 500mg


Harga : RM92.50
Code Product : 10104 (180 pil)

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Shaklee Vita-Lea


Harga :RM88.75
Code Product : 10131 (120 pil)

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee ESP - Soy Protein Isolate Powder


Harga : RM150.00
Code Product :11003 (850g)

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Shaklee Collagen Powder


Harga : RM298.00
Code Product : 11000 (15 paket)

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Shaklee Vivix

Revolusi Terbaru dari Shaklee





Harga : RM475.00
Code Product :10320 (150ml)

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Shaklee Set Diet


Shaklee Set Kesuburan (Suami)


Shaklee Set Keguguran / Kesuburan (Isteri)


Shaklee Set Kehamilan (Darah Tinggi)


Shaklee Set Kehamilan (Anemia / Kurang Darah / Darah Cair)


Shaklee Set Kehamilan (Kencing Manis)


Shaklee Kehamilan Normal


Shaklee Set Penyusuan


Shaklee Set Bersalin Czer


Shaklee Set Berpantang Bersalin Normal


Kehamilan Terancang

Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini. Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.

Fatwa mengenai perancang keluarga seperti dikemukakan ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi membenarkan umat Islam merancang keluarga atas alasan kukuh. Alasannya membabitkan kesihatan ibu serta bebanan anak hingga menyebabkan seseorang melakukan perkara haram untuk memenuhi keperluan hidup. Pengguguran bukan kaedah merancang keluarga apatah lagi perbuatan itu memang tidak dibenarkan di negara ini kecuali membabitkan kesihatan atau nyawa si ibu.

Lebih rendah bagi pasangan berumur 35 tahun ke atas dan masih ingin mendapatkan cahaya mata, perlu sedar bahawa peluang untuk hamil lebih rendah berbanding wanita muda serta berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi. Kesuburan berkurangan dengan peningkatan umur disebabkan beberapa perkara iaitu kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti, kekurangan sperma berkualiti, kekurangan kadar hubungan seks dan masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan masalah pada salur Fallopio.

Kehamilan selepas umur 35 tahun itu berisiko mendapat komplikasi. Malah peluang untuk melahirkan anak cacat seperti Sindrom Down juga meningkat dengan peningkatan umur. Dianggarkan insiden bayi Sindrom Down bertambah kepada satu kes bagi 100 kelahiran apabila umur ibu memasuki 40 tahun. Keguguran malah risiko keguguran juga agak tinggi iaitu 25 peratus jika ibu berumur 40 tahun. Biasanya masalah kesihatan seperti hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes mellitus (kencing manis) bermula apabila seseorang memasuki pertengahan 30-an atau awal 40-an. 

Adalah penting untuk anda pastikan penyakit ini dikawal sepenuhnya sebelum berusaha untuk hamil, kerana ia meninggikan risiko terhadap kesihatan ibu dan bayi. Rawatan yang optimum sebelum hamil dan semasa hamil akan mengurangkan komplikasi penyakit ini.

Walaupun perubatan moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita lebih muda. Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan juga tinggi di kalangan wanita berusia 35 tahun ke atas. Wanita berusia juga lebih cenderung melahirkan anak yang lebih kecil saiznya. Kelahiran secara pembedahan cesarean juga tinggi terutamanya di kalangan mereka yang hamil anak pertama.

Meskipun sering mendengar risiko kehamilan oleh wanita usia 40-an, nampaknya peringatan itu makin kurang diberi perhatian kerana ada juga berpendapat, berapa pun usia menjangkau, wanita boleh hamil selagi tubuhnya sihat. Ada juga berpandangan, hamil pada usia muda tidak semestinya lebih baik kerana ada kala berlaku juga keadaan di luar jangkaan. 

Justeru, ada yang tidak kisah untuk hamil dalam usia lewat walaupun kebanyakan rakan seusia dari awal-awal lagi sudah merancang 'tutup kilang' terutama apabila mencecah usia 35 tahun ke atas. Kaedah perancangan keluarga di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga dan antara yang popular adalah kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan. Kaedah halangan seperti kondom adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah, mudah dan dapat mengelak jangkitan penyakit seksual, pemandulan iaitu mengikat salur Fallopio bagi wanita, pil perancang (wanita), alat intrauterin (IUD), sistem intrauterin (IUS), implan (susuk), suntikan, tampalan (ditampal di atas kulit badan) dan cincin vagina (dimasukkan ke dalam vagina). Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya. 

Kaedah perancang keluarga dapat mencegah kehamilan dengan menghalang proses persenyawaan atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur. Pemilihan kaedah perancang keluarga yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak. Kaedah perancang keluarga yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah bergantung kepada kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut. 

Gaya Hidup Sihat Elak Buasir

SEORANG wanita yang baru saja melahirkan anak menderita penyakit buasir sejak hamil dan semakin parah apabila melahirkan anak secara normal. Wanita berkenaan menderita buasir kerana kandungannya yang besar menekan usus dan menyebabkan sembelit. Selepas bersalin, buasirnya semakin parah. Doktor menasihatkannya merendam buasir tadi di dalam air garam suam selama 10 hingga 15 minit untuk mengecutkannya.

Bagaimanapun jika buasir tidak kecut, pembedahan dengan bius separuh badan dilakukan. Biasanya pembedahan menggunakan laser bagi mengurangkan kesakitan dan darah. Terdapat juga pakar perubatan menggunakan dawai kokot atau stapler atau getah untuk mengikat buasir bagi menghalang perjalanan darah.
Teknik ini akan menyebabkan buasir tertanggal dengan sendiri dalam masa dua hingga empat minggu. 

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi di bahagian dubur. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Buasir boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira usia dan jantina. Biasanya tanda awal berlaku sewaktu meneran terutama apabila sembelit membuang air besar sehingga menyebabkan sel bengkak melapisi saluran dubur.

Sembelit boleh berlaku akibat jangkitan kuman dalam usus termasuk gastrik, mereka yang mengalami sembelit sejak kecil, diet kurang fiber, kanser usus dan penyakit luar biasa usus besar. Biasanya pesakit buasir yang berusia lebih 40 tahun perlu menjalani pemeriksaan usus besar untuk mengetahui keadaan di dalamnya. 

Kebarangkalian mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun lebih terdedah kepada buasir tetapi terdapat juga kes bayi menderita buasir kerana kelainan pada usus. Terdapat juga buasir yang bukan disebabkan oleh masalah usus tetapi saluran darah di hujung usus besar tersumbat. Apabila sembelit, pesakit perlu meneran setiap kali membuang air besar menyebabkan darah sukar kembali ke jantung.

Salur darah akan tersumbat dan bengkak menyebabkan tisu elastik darah longgar, nipis atau hilang hingga menyebabkan buasir yang parah. Terdapat empat peringkat buasir. Bagi peringkat pertama dan kedua pesakit boleh dirawat tanpa pembedahan. Pesakit perlu mengambil ubat pada dos yang betul untuk mengecutkan buasir, menghentikan pendarahan dan melawaskan buang air besar.

Pada peringkat tiga, biasanya 10 peratus pendarahan akibat buasir tidak boleh dihentikan dengan ubat. Biasanya buasir akan diikat dengan gelang getah untuk menyekat saluran darah dan buasir akan tanggal dalam masa dua minggu. Pada peringkat empat apabila keadaan semakin parah dengan pendarahan dan nanah tetapi tisu elastik masih ada, pembedahan tidak perlu dijalankan.

Bagaimanapun apabila keadaan semakin teruk kerana tisu elastik sudah hilang, pembedahan perlu dijalankan. Pesakit buasir perlu mengubah gaya hidup untuk sentiasa sihat. Pesakit perlu jaga pemakanan dengan kurangkan makanan di luar, lebihkan fiber, banyak minum air suam dan senaman. Seelok-eloknya hentikan merokok, minum arak dan kurangkan pedas dan gunakan tandas duduk. Jika masalah buasir berulang pesakit terus berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. 

Epidural

Penggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan. Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. 

Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi. 

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang.

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini. 

Pernafasan

Adalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat. 

Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.