Archive for August 2012
Latest Updates

Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut

Jangan terlalu ghairah dengan pelbagai pakej yang ditawarkan semasa mencari tukang urut untuk melengkapkan rawatan berpantang anda. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tidak tertipu atau terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan.

1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya.

2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

3. Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengurangkan caj kos pengangkutan.

5. Pastikan pakej yang diambil di salon adalah telus iaitu tiada kos tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan dalam bil.

6. Bagi yang muslim digalakkan mengambil bidan beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

7. Untuk mengelakkan daripada ditipu, jangan mudah membayar deposit pakej yang diambil sebelum pertemuan dilakukan.

8. Jika memilih pakej salon, pastikan salon terbabit dikenali dan anda mengetahui lokasinya.

9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.

Info:

~ Seeloknya jamu diambil selepas 14 hari tempoh bersalin, ini bertujuan untuk memberi bayi pulih dari kuning sepenuhnya.

~ Sebenarnya rahim ibu boleh naik kembali secara semulajadi selepas tujuh hari bersalin. Amalan sengkak rahim untuk menaikkan peranakan hanya boleh dilakukan selepas tempoh tiga minggu bersalin.

~ Selepas 44 hari berpantang, ibu tetap digalakkan berurut dan bertungku sebulan sekali.

Tip Kawal Perilaku Anak-Anak Ketika Bertamu

Ibubapa bertanggungjawab mengawal perilaku anak-anak ketika berkunjung ke rumah terbuka atau berziarah. Perilaku anak-anak boleh dikawal dengan berbincang dan sentiasa mengingatkan mereka tentang batas-batas tata susila supaya kelakuan mereka tidak mengguris hati tuan rumah dan tetamu-tetamu lain. Ini boleh dilakukan melalui:

1. Mengadakan Mesyuarat Keluarga Sebelum berkunjung ke sesebuah rumah dengan berbincang mengenai acara ziarah harian, tujuan dan sunnah Nabi serta santun yang perlu dipelajari dan diamalkan oleh anak-anak.

2. Pembahagian tugas boleh dilakukan dikalangan anak-anak dalam amalan-amalan sunnah dan santun seperti siapa yang bertugas memberi salam kepada tuan rumah, siapa yang bertugas mengingatkan ahli keluarga menyusun kasut sebelum masuk ke rumah yang diziarahi, siapa yang bertugas menjadi penjaga masa, siapa yang bertugas sebagai bendahari atau penyimpan duit raya dan giliran untuk membantu tuan rumah untuk menuang air dan apa yang sepatutnya.

3. Pantau perilaku anak-anak dan bincang dalam sessi muhasabah kita dan anak-anak. Beri penghargaan pada usaha-usaha mereka yang cemerlang atau baru dipelajari seperti berjaya mengawal rasa malu mereka sewaktu mengangkat pinggan mangkuk kotor ke dapur tuan rumah.

4. Ibubapa juga perlu mengingatkan anak-anak tentang larangan-larangan di rumah orang seperti tidak memasuki mana-mana ruang tanpa izin dan tidak menggunakan perkakas atau permainan tanpa izin tuan rumah.

Tips Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

1. Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

2. Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah 1/2 jam sebelum berbuka atau selepas makanan yang dimakan hadam.

3. Minum banyak air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.

4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

1. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

2. Hadkan pengambilan air manis seperti sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

3. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

4. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

5. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Set Bersalin Jati Indah




Set Bersalin Jati Indah

RM250.00 (Boleh Tawar Harga)

Produk kesihatan tradisional yang lengkap untuk kegunaan wanita lepas bersalin. Ramuan herba yang terdiri daripada herba untuk dimakan, minyak urut, barut berherba, herba mandian dan juga herba bawahan. Sudah digunakan sejak ratusan tahun lagi. Ramuan herba yang diwarisi sejak ratusan tahun ini digunakan oleh masyarakat Pattani sebelum sampai ke Kedah melalui warisan keluarga.

Sudah 30 tahun bertapak di Kedah

Mula dijual secara tradisional sejak 1981 . Kini sudah berpuluh tahun digunakan oleh wanita lepas bersalin di serata Kedah.

Keluaran ROHDANI ENTERPRISE

Kini ramuan herba turun-temurun ini sudah berada dalam pasaran dengan nama "Set Bersalin Jati Indah" keluaran Syarikat Rohdani. Lengkap dengan semua kelulusan yang selayaknya sebagai produk farmaseutikal moden.

dengan kelulusan GMP (No MAL : 10110100TC) , Set Bersalin Jati Indah dijamin selamat dan bersih untuk digunakan.

Set Bersalin Jati terdiri daripada:

1. Tablet jati Indah (100 biji pil untuk dimakan setiap hari semasa berpantang)

2. Bengkong Jati Berherba (Dipakai setiap masa semasa berpantang)

3. Losyen Jati Emas (Losyen urut untuk kegunaan ibu)

4. Losyen Jati Embun (Losyen urut untuk kegunaan bayi)

5. Harum Bawahan (Ramuan herba )

6. Ibu Mandi (Herba mandian yang direbus dan dicampur dengan air untuk mandi)

Kenapa pilih "Set Bersalin Jati Indah"?

Set yang lengkap untuk kegunaan ibu bersalin

Dengan 6 produk dalam "Set Bersalin Jati Indah" ini sudah cukup untuk mengembalikan tenaga zahir dan batin, serta membuatkan susuk tubuh ibu bersalin kembali ramping. Anda tak perlu lagi membeli produk-produk lain lagi.

Selesa di pakai sewaktu berpantang

Herba yang terkandung dalam set bersalin adalah dalam bentuk moden seperti tablet dan krim, mudah dan selesa untuk disapu.

Set berserta bengkong berherba

Bengkung yang dibekalkan adalah bengkong berherba, adalah bengkong yang sangat istimewa kerana herba yang digunakan akan membuatkan perut ibu bersalin kempis dengan cepat dan tak perlu menungku.

Anda boleh elakkan pembaziran.

Oleh kerana barangan yang terkandung di dalam set ini adalah pelbagai guna, ia juga boleh di pakai untuk kesihatan dan kecantikan anda walaupun anda telah habis tempoh berpantang. Jangan membazir!


Keanggunan anda pasti terserlah

Anda pasti kelihatan lebih muda dan bergaya dengan set bersalin Jati Indah kerana anda mendapat khasiat penjagaan dan pemakanan yang tinggi selepas bersalin.

Bolehlah anda menggayakan baju kebaya yang telah lama anda gantung dalam almari.


Pasangan anda pasti kagum

Beliau pasti lebih menyayangi anda kerana mendapat seorang isteri yang mementingkan kesihatan dan kecantikan walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak.

Keterangan terperinci 6 produk "Set bersalin Jati Indah"

1. Tablet jati Indah (100 Biji) – RM80.00

Terdiri daripada gabungan 8 herba yang setiap satunya mempunyai khasiat yang cukup tinggi untuk kegunaan wanita lepas bersalin, malahan boleh juga digunakan oleh wanita tidak mengandung. Gabungan 8 Herba tersebut adalah; (Jintan Hitam, Biji Buah Pala, Manjakani, Bunga Keduduk putih, Biji Melada, Bunga Bakawali, Halia dan Ibu kunyit).

a. Khasiat Bunga Senduduk Putih

Berfungsi untuk:

Merawat ibu lepas bersalin dari segi;

1. pendarahan dalaman selepas bersalin

2. faraj berbau lepas bersalin

3. badan masuk angin lepas bersalin

4. Merawat darah penyakit pada wanita

5. Merawat keputihan

6. Kencing tidak lawas

7. Merawat lemah tenaga batin

8. Merawat kaki keras lepas bersalin

9. badan letih lepas bersalin

Juga bunga senduduk putih boleh merawat;

1. Berak berdarah

2. Buasir

3. Berak Berdarah

b. Khasiat Jintan Hitam juga dikenali sebagai Habbatus sauda

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain gunakanlah Habbatus Saudakerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)(HR.Bukhari, Muslim)

Memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan. Meningkatkan daya tahan penyakit (Immunity). Antiseptik, mengubati bau mulut.

Anti-bakteria - berkesan untuk penyakit seperti cirit-birit dan masalah perut lain. Anti-Histamine - sangat sesuai untuk penghidap asma.

c. Khasiat Biji Buah Pala

Melegakan Kembung Perut dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.

d. Khasiat Manjakani

Awet Muda - Sifat astrigen manjakani akan menegangkan dan mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat

Mencegah barah rahim dan payudara – Antioksidan dalam manjakani juga mencegah barah payudara dan barah rahim

Menegangkan otot-otot dalam faraj - Sifat astrigen manjakani yang berfungsi untuk menegangkan semula tisu dan otot akan menegang dan mengetatkan semula otot-tot faraj.Terutamnya selepas bersalin.

Menegangkan payudara - Sifat astrigen manjakani juga boleh menegangkan semula payudara yang hilang sifat keanjalannya.

Mengawal lelehan dan lendir dalam faraj - Manjakani mempunyai sifat astrigen yang akan menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang menyebabkan bau tidak selesa.

Menyucikan lelehan haid dan nifas - Sifat astrigen manjakani juga boleh menyerap lebihan darah haid dan nifas.

Mencegah bau yang tak diingini - Sifat astrigen manjakani boleh membunuh kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

Menguatkan gigi dan tulang - Manjakani mempunyai kalsium yang akan menguatkan gigi dan tulang.

Melawaskan pembuangan air - Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.

Menjamin kesihatan tubuh badan - Manjakani kaya dengan zat galian, vitamin, karbohidrat dan protein.

e. Khasiat Bunga Bakawali

Bunga yang misteri kerana hanya kembang pukul 12 malam dan layu kembali pukul 3.00 pagi. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night. Mempunyai ciri analgesik yang dapat memberhentikan pengaliran darah pada luka.

f. Biji Melada

Menyembuhkan luka, merawat selesema dan sakit tekak

g. Halia

Merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirirt-birit , sakit perut dan reumatisme. Melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan

h. Ibu Kunyit

Awet muda, mempunyai sifat analgesik (Penahan sakit), Merawat luka luaran dan dalaman, mempunyai sifat anti-bakteria (membunuh kuman), Melancarkan pengaliran darah dan menghilangkan muka pucat terutamanya ibu-ibu dalam pantang.

2. Bengkong Jati Berherba – RM55.00

Dengan cara pemakaian yang mudah, Bengkong Jati Berherba akan mengembalikan bentuk tubuh anda kepada asal dalam masa yang singkat.

Kenapa anda perlu menggunakan Bengkong Jati Berherba?

  • Bengkong ini akan mengempiskan dan mengembalikan bentuk tubuh badan yang asal
  • Membantu mengecutkan saluran peranakan
  • Memulihkan tenaga selepas bersalin
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut

Mudah Dan Selesa Dipakai

Bengkong ini menggunakan sistem tali zigzag dihadapan yang mudah dan kejap. Boleh dipakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Barut ini juga dibuat dengan kain belacu yang berkualiti

Kain bengkong yang tebal dan tahan lama

Kain yang digunakan adalah kain belacu yang tebal dan berkualiti. Tak mudah terkoyak, boleh digunakan pada kelahiran akan datang. Anda akan dapat jimat!

3. Losyen Jati Emas – RM35.00

Kandungan Herba -Halia bara, lengkuas, gendong rusa, bawang putih dan serai wangi. Fungsinya memanaskan perut(rahim) selepas bersalin, ia meresap dibawah kulit (Tidak panas semasa diatas kulit) lalu mencairkan lemak, membuang angin, melancarkan peredaran darah, menguatkan rahim dan mengempiskan perut.

4. Losyen Jati Embun – RM15.00

Kandungan Herba -Halia bara, lengkuas, gendong rusa, bawang putih dan serai wangi (Ramuan yang sama dengan Losyen Jati Emas cuma dengan kepekatan yang lebih rendah). Fungsinya meredakan masalah kembung dan kesejukan, menghindarkan ruam dan kegatalan.

5. Harum Bawahan (4 paket) – RM48.00

Berfungsi menghindarkan keputihan, mengecutkan rahim dan kulit bermasalah, menghindarkan angin meroyan, menghindar bau hanyir bersalin dan haid.

Cara guna:

Rebus 1 paket harum bawahan dengan 5 jag air, biarkan ia suam dan gunakan 3 kali sehari. Guna hingga herba hilang warnanya.

6. Ibu Mandi (2 paket) – RM24.00

Berfungsi membuang angin dan lenguh dalam badan, memanaskan badan ibu bersalin, mengembalikan kesegaran badan, meredakan keletihan dan stress.

Cara guna:

Rebus 1 bungkus Ibu mandi bersama daun mandi, biarkan suam dan mandilah seperti biasa. Jika tidak ada daun mandi, rebus Ibu mandi bersama 1 baldi air, ambil 3 jag campur dengan 1 baldi air biasa, mandilah sehingga IbuMandi yang direbus hilang bau dan warnanya.

Kenapa pilih "Set Bersalin Jati Indah"?

Ramuan 8 jenis herba yang cukup berkesan dan juga boleh digunakan sebagai Supplement (Bersifat dwi-fungsi)

Ramuan 8 herba Jati Indah yang sangat berkhasiat, malahan 2 daripada herba Jati Indah ini; Habbatus sauda dan manjakani memang terkenal sejak dulu lagi sebagai herba yang cukup berkhasiat untuk kesihatan zahir dan batin wanita, ditambah lagi 6 herba tambahan untuk menjamin kesihatan zahir dan batin wanita setiap masa jika diamalkan sebagai suplemen.

Barut yang berkualiti, berkesan, selesa dan mudah dipakai

Bengkung berherba dengan ramuan herba yang diwarisi turun temurun ini memang sudah terbukti keberkesanannya, dibuat dengan kain belacu yang tebal dan berkualiti supaya selesa dipakai dan tak mudah rosak

Lengkap dengan losyen dan herba mandian untuk kegunaan luaran dan bayi

Harum bawahan, Ibu mandi, losyen Jati Emas dan Losyen Embun akan memastikan anda tidak stress, tenang selalu, kulit anda terjaga dengan baik dan membuang angin dan menghindar keputihan

Senang hati dan tenang dalam tempoh berpantang

Anda tak perlu risau memikirkan kesihatan anda sepanjang tempoh berpantang kerana dengan mengamalkan "Set Bersalin Jati Indah" dengan ramuan herba yang cukup berkhasiat akan memberi anda keyakinan yang tinggi untuk menjalani tempoh berpantang tanpa masalah dan badan anda akan kembali ramping selepas berpantang

Boleh dibeli secara berasingan

Jika anda ingin mencuba "Tablet Jati Indah" sebagai suplemen tidak ada masalah untuk membeli "Tablet Jati Indah" sahaja. Malahan jika anda ingin membeli Ibu mandi atau losyen ataupun harum bawahan sahaja pun boleh dibeli secara berasingan.

Harga yang cukup berpatutan berbanding dengan kualiti produk

Anda boleh mendapatkan "Set Bersalin Jati Indah" keluaran Syarikat Rohdani dengan harga yang cukup berpatutan dari pengedar-pengedar yang dilantik.

Memberi Ubat

Ada dua cabaran yang bakal anda hadapi sekiranya anak sakit. Pertama, cabaran menjaga kerenahnya yang terlebih cerewet daripada biasa, disamping anda sendiri sentiasa bimbang akan kesihatannya. Cabaran kedua ialah sewaktu memberinya makan ubat... suatu pergelutan yang menuntut kesabaran anda!

Bagi memudahkan anda memberi ubat kepada anak-anak, gunakankah peralatan yang sesuai dengan usia anak dan keupayaannya untuk menelan ubat antaranya:

~ Penitis berukuran - untuk bayi dan kanak-kanak kecil
~ Picagari - kanak-kanak kecil
~ Sudu dos - kanak-kanak yang belum boleh minum dengan cawan.
~ Cawan ubat - kanak-kanak yang boleh minum dengan cawan.

Ubat untuk bayi dan kanak-kanak biasanya diberikan dalam persediaan cecair. Ada masanya ubat kunyah diberikan untuk kanak-kanak yang berusia lebih setahun.


Cara Memberi Ubat

Bayi Yang Baru Lahir Hingga Usia 1 Tahun
Jenis Ubat : Persediaan Cecair

1. Kenal pasti ubat dan dosnya. Gunakan peralatan yang sesuai (penitis atau picagari) untuk mengambil dos yang diperlukan.

2. Ampu kepala bayi dan dongakkan sedikit kepalanya anggaran 45 darjah.

3. Pegang sedikit rahang bayi dan picit ubat itu perlahan-lahan ke dalam mulut bayi dengan menghalakannya ke bawah lidah. Jangan halakan ubat itu terus ke tekak (bayi mungkin tersedak) atau atas lidah (bayi mungkin meluahkan ubat itu keluar).

4. Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau botol jus.


Kanak-Kanak 1 Tahun Hingga Pra-Sekolah
Jenis Ubat : Persediaan Cecair, Ubat Kunyah Atau Tablet Yang Boleh Dipecahkan / Dihancurkan.

1. Gunakan sudu dos untuk memberikan ubat cecair. Bagi ubat tablet, campurkan ubat yang telah dipecahkan / dihancurkan itu dengan puding atau sedikit air.

2. Berikan minuman kegemaran anak anda selepas dia mengambil ubat.

3. Jangan marah atau mendenda anak anda jika dia mengeluarkan semula ubat itu.

4. Puji dan peluk anak anda selepas dia makan ubat.

Jika anak anda memuntahkan ubat itu:

1. Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama - ulang pemberian ubat dengan dos yang sama.

2. Berulang kali - berhenti dan hubungi doktor.


Cara Menghancurkan Ubat Tablet

Bila ubat diperlukan untuk jangka masa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas. Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangka masa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat.

Mendidik Anak Menjaga Kebersihan

Apabila anak anda sudah pandai ke tandas, seharusnya dia sudah memiliki tabiat menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan bukan sahaja penting untuk penjaga, malah kepada kanak-kanak itu sendiri. Badan yang bersih boleh mengelakkan kita daripada terkena jangkitan.


Membasuh Tangan

Didik anak anda untuk sentiasa membasuh tangannya sebelum makan atau semasa menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas bermain, selepas menyentuh haiwan atau benda yang kotor. Dia juga harus segera membasuh tangannya apabila terbersin atau terbatuk bagi mengelakkan jangkitan.


Penjagaan Diri


1. Badan

Masa untuk mandi menjelang malam boleh menjadi rutin waktu tidur yang menyeronokkan buat anak anda. Berikan dia mainan semasa mandi, tapi anda perlulah sentiasa berada bersamanya. Jangan sesekali membiarkan anak anda mandi bersendirian. Ajar anak anda cara untuk membersihkan kemaluannya sendiri, sebagaimana dia menjaga kebersihan badannya.


2. Rambut

Syampu rambut bila perlu dan sikat rambut selepas mandi. Jaga kebersihan rambut bagi mengelakkan masalah kutu.


3. Pakaian

Pastikan anak anda menukar pakaiannya setiap hari, terutamanya pakaian dalam dan stokingnya.


4. Kasut

Peluh boleh menyerap ke dalam kasut. Oleh itu, pastikan kasut yang dipakai dianginkan dahulu dan telah kering sebelum menyimpannya. Ini bagi membunuh bakteria dan mengurangkan bau.


5. Mengelap

Selepas mandi, lapkan badan anak dengan tuala yang bersih. Pastikan bahagian yan berlipat seperti ketiak, kemaluan, kelangkang dan punggung, dilap kering sebelum memakai pakaian.


6. Gigi

Amalkan memberus gigi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Selain dapat mencegah kerosakan gigi, ia juga dapat mengelakkan masalah nafas berbau.