Dermalah Darah Tali Pusat Bayi Anda
Bayi Dan Jaundis, Apa Yang Saya Perlu Tahu?
Bayi Dan Jaundis, Apa Yang Saya Perlu Tahu?
Penyakit Jantung, Ketahui Risikonya Semasa Hamil
Pelalian BCG
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi) Ketahui Risikonya Semasa Hamil
Diabetes Ketahui Risikonya Semasa Hamil
Kenali Keguguran Berulang
Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku. Ia berlaku dalam lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan kehamilan. Sekiranya seseorang wanita mengalami keguguran, bukan bermakna mereka tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan. Namun begitu, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi sesetengah wanita. Ada dalam kalangan wanita yang berjaya mengandung tetapi mengalami keguguran yang berulang kali.
Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya lumrah hidup. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut maka keguguran ini dikenal sebagai keguguran 'habitual'. Setiap kali wanita ini hamil, pengalaman keguguran yang lepas akan sentiasa menghantui pemikiran mereka. Masalah sebegini sudah tentu memberi impak yang negatif, khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat.
Malangnya, agak susah untuk kita ketahui dengan tepat kenapa wanita mengalami kejadian ini. Kenyataannya, lebih dari 50 peratus pasangan tidak akan mengetahui apa yang menyebabkan keguguran ini berlaku. Semasa keguguran berlaku, biasanya seseorang wanita akan mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan yang sedikit sahaja. Meskipun begitu, tak semestinya keguguran yang berlaku mengeluarkan darah.
Punca Keguguran
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor atau punca yang disabitkan dengan keguguran berulang, faktor utama adalah kerana kebanyakan keguguran dikaitkan dengan masalah dengan janin itu sendiri yang mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik. Janin memerlukan kromosom yang sihat dan tersusun dengan sempurna. Walau bagaimanapun, mungkin timbul keadaan di mana kromosom tersebut tertinggal atau tersalah kedudukannya semasa pembentukan janin sebaik sahaja selepas persenyawaan. Hasilnya, janin itu akan mati sejak dari awal lagi.
Ia juga mungkin berpunca dari penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan seperti endometriosis dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara empat hingga lima bulan.
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung adalah salah satu penyebab keguguran berulang. Wanita yang mengandung kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, malangnya mereka mengalami keguguran. Diagnosis dibuat dari darahnya yang diperiksa, didapati ia dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus, iaitu cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan juga rubella. Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Rawatan
Sebenarnya tiada perawatan khusus bagi masalah sebegini. Pada kebiasaannya, selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian yang dilakukan mendapati wanita tersebut mengalami masalah yang tertentu, contohnya diabetes yang tidak dikawal, maka beliau akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan diabetes dengan mengawal aras glukosa darah pada aras yang paling optimum sebelum mengandung.
Seseorang wanita yang ingin mengandung sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin dari usia awal kandungan. Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi atau mengambil cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stres dari segi fizikal dan mental. Wanita tersebut juga mungkin diberikan ubat progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
Mereka juga perlu mempunyai semangat yang kuat dan jangan melayani pemikiran negatif yang sudah tentu boleh menimbulkan kemudaratan. Jangan terlalu risau dan mereka perlu menenangkan fikiran kerana kemungkinan kehamilan akan berjalan seperti biasa dan berjaya melahirkan bayi yang sihat.
Mandian Herba

200 gram
Cara Penggunaan:
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk sehingga mendidih. Ambil tiga cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas / suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Khasiat:
Rempah Mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasukki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu, ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.
Ibu Mandi Jati Indah (2 paket) - RM24.00
Berfungsi membuang angin dan lenguh dalam badan, memanaskan badan ibu bersalin, mengembalikan kesegaran badan, meredakan keletihan dan stress.
Cara Penggunaan :
Rebus 1 bungkus ibu mandi bersama daun mandi, biarkan suam dan mandilah seperti biasa. Jika tidak ada daun mandi, rebus ibu mandi bersama 1 baldi air, ambil 3 jag campur dengan 1 baldi air biasa, mandilah sehingga ibu mandi yang direbus hilang bau dan warnanya.

Mandian Rempah Herba Tradisional - RM15.00
Berupa rempah ratus dan kayu-kayu herba

2 sachet x 40 gram
Digunakan semasa berpantang, ibu bersalin sering mengelak dari "mandi" sebab bimbang mengidap 'angin dalam badan' dan sakit kepala. Tetapi peluh yang terkumpul semasa bersalin menyebabkan bakteria merebak, oleh itu, penting untuk sentiasa menjaga kebersihan badan. Mandian Herba Bersalin TYT dapat membantu untuk membersih dan memulihkan kekuatan badan.
Mandian Herba Bersalin TYT disediakan khas mengikut formula tradisional. Ia mengandungi herba terpilih yang berfungsi meningkatkan edaran darah, menghilangkan angin badan dan mengukuhkan otot dan sendi.
Digunakan untuk:
- Mandi dan lapkan badan (semasa dalam pantang)
- Merendam badan selepas penat berkerja (untuk kaum lelaki juga)

Mandian Herba Biodex - RM25.00
Dalam Uncang

Herba Mandian Aura Inner - RM35.90
Bahan-Bahan:
Daun Capa / Sembung, Daun Serai Wangi, Daun Meringan, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Senduduk, Daun Cemumar Dan Lain-Lain Lagi.
Herba Mandian Aura dipek di dalam uncang yang lebih moden agar mudah digunakan. Penggunaan dedaun herba ini secara tradisional dapat membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, mengembalikan kesegaran dan meningkatkan aura dalaman serta berfungsi sebagai aromaterapi untuk mengurangkan stress. Amat sesuai bagi ibu selepas bersalin untuk mengendurkan urat dan saraf setelah melalui proses kelahiran. Boleh juga digunakan sebagai persediaan mandian bagi individu yang mengalami demam panas yang berterusan. Setiap uncang boleh digunakan lebih dari sekali atau sehingga pati / warna atau aromanya hilang.
Cara Penggunaan:
- Masukkan 1 uncang Herba Mandian Aura ke dalam 3 liter air.
- Rebuskan uncang hingga mendidih selama 15 hingga 30 minit.
- Campurkan air sejuk sehingga ianya mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi.
- Jirus air rebusan Herba Mandian Aura ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam badan.
Peringatan:
Elakkan menjirus kepala dan rambut denga air rebusan herba yang panas bagi mengelakkan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.

100 gram (Serbuk)
Dirumus dari bahan-bahan alami secara tradisional untuk memperlancarkan peredaran darah, mengurangi lemak-lemak di badan dan mengubati keputihan serta menghilangkan bau badan. Memberikan kesegaran fisik dan keharuman yang khas.
Cara Pemakaian:
Masukkan serbuk Rempah Harum Sari ke dalam baldi atau bath tub dan tuangkan air panas agar Sari yang berkhasiat dapat keluar dari Rempah Harum Sari kemudian tuangkan air dingin sehingga menjadi hangat sekuat badan. Siramlah keseluruhan tubuh atau rendamlah seluruh badan selamag 15-20 minit.Bagi yang mempunyai Sauna di rumah, anda boleh juga meletakkan di dalam periuk sauna dengan membuat seperti bunjut. Nikmati keharuman dan segaran sambil bersauna.
Set Asas Pengurusan Uri


Set Asas Pengurusan Uri - RM35.00
Grandma Secret, Meneroka Rahsia Tradisi
Mudah Dan Sempurna, Untuk ibu Selepas Bersalin
Kandungan :
- Periuk Tanah
- Asam Jawa
- Garam
- Kain
- Sarung Tangan Latex
Tungku Ibu


Bahan / Ramuan:
Halia Bara, Kunyit, Lengkuas, Limau Purut, Serai Wangi, Kapur Barus.
Cara Penggunaan:
Masukkan Pek Tungku Herba ke dalam periuk stim dan biarkan selama 5 - 15 minit. Setelah cukup panas, tuamkan ke seluruh badan yang diperlukan. Selepas setiap penggunaan, simpan di tempat kering atau di dalam peti ais. Boleh diulang pakai beberapa kali sehingga hilang bau & warna.
Kegunaan:
Untuk Wanita Lepas Bersalin.
Bahagian perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengeluaran darah kotor dan membakar lemak. Bahagian badan untuk mengurangkan ketegangan otot, menyegarkan badan dan melancarkan perjalanan darah.
Untuk Warga Tua.
Memanaskan badan, mengurangi ketegangan otot serta menghilangkan rasa sengal dan lenguh di badan.
Untuk Semua Golongan.
Melancarkan perjalanan darah, membuang angin dan toksin serta mengurangkan ketegangan otot.


Tungku Herba Jamu Mak Dara - RM50.00
Tungku Herba ini diperbuat daripada herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Cara Penggunaan:
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan 1 lapis kain sekiranya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan keringkan sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.
Tungku Tanah Liat + Sarung Tungku RM57.00
Dibuat menggunakan tanah liat, bentuknya yang padat dan berat dapat memberi keselesaan ketika bertungku. Juga mudah dipegang.
Cara Penggunaan :
- Keluarkan tungku dari sarung dan panaskan di atas api yang kecil selama 5 minit. Elakkan dari terkena api secara langsung.
- Setelah 5minit, matikan api, biarkan sebentar selama 10 saat.
- Pegang tungku menggunakan kain tebal dan masukkan ke dalam sarung yang disediakan.
- Mulakan proses bertungku. Jangan mulakan proses bertungku jika tungku terlalu panas.
- Digalakkan bertungku sehari sekali selepas mandi dan sebelum memakai bengkung.
Buasir Dan Kehamilan
Sebenarnya, buasir adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur. Orang ramai menggagap masalah ini adalah sesuatu yang kelakar, namum yang menghidapinya tahu masalah ini bukan sesuatu yang boleh dibawa bergurau kerana penghidapnya akan rasa tidak selesa sepanjang masa.
Buasir memang sering terjadi semasa hamil. sesetengah wanita mangalami masalah ini ketika hamil buat kali pertama. Pun begitu, sekiranya seseorang itu pernah mengalaminya ketika belum hamil, besar kemungkinan masalah ini akan berulang semasa hamil.
Wanita hamil berkecenderungan untuk mendapat buasir akibat daripada pengaruh hormon-hormon semasa hamil. Ketika itu, dinding dan injap urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.
Selain itu, saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Akibatnya saraf tersebut membengkak. Masalah lazim yang dialami oleh penghidap buasir ialah rasa penuh pada bahagian dubur, gatal, sakit ketika membuka dubur dan ada kalanya berdarah.
Jika berhadapan dengan masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Antaranya ialah:
- Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
- Rendam punggung anda dalam air suam.
- Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Anda juga boleh gunakan tisu berpelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
- Selain daripada itu, anda boleh juga dapatkan ubatan untuk melegakan buasir daripada doktor pakar.
Buasir boleh dielakkan dengan:
- Makan makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk mengelakkan sembelit.
- Semasa mengembangkan usus, cubalah untuk bertenang dan jangan meneran.
- Kerap melakukan senaman pelvik dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan tersebut.
- Jangan duduk terlalu lama. Jika di tempat kerja, berehat seketika dengan berjalan-jalan selepas duduk untuk satu tempoh masa yang lama. Sekiranya anda di rumah, baring secara mengiring semasa tidur, membaca ataupun menonton untuk mengurangkan tekanan pada bahagian usus dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian bawah badan.
10 Penyebab Sakit Bahagian Pelvik
Berikut adalah senarai punca rasa sakit pelvik. Jika anda ada mengalami 10 penyebab ini, pastikan anda mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai daripada doktor.
1. Apendisitis
Ini merupakan keradangan pada apendiks, iaitu tiub tisu yang bersambung pada usus besar. Gejala-gejalanya termasuklah sakit mencucuk pada bahagian bawah kanan abdomen, muntah-muntah dan demam. Apendiks yang telah dijangkiti perlu dibuang melalui pembedahan atau ia akan pecah, merebak di sekeliling abdomen. Keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi yang membahayakan.
2. Sindrom Usus Rengsa (IBS)
Sindrom Usus Rengsa adalah masalah pencernaan kronik yang menyebabkan sakit perut berulang, kekejangan, perut mengembung dan diarea atau sembelit. Terdapat cara untuk mengawal gejala-gejala ini. Termasuklah perubahan diet, pengawalan stres dan ubatan bagi merawat diarea atau sembelit.
3. Ovulasi Yang Sakit
Jika anda mengalami rasa sakit di antara waktu haid, mungkin tubuh anda sedang berovulasi. Semasa ovulasi, ovari melepaskan telur bersama dengan cecair dan darah yang boleh menyebabkan lapisan dalam merengsa.
Keadaan ini dipanggil mitterschmerz dalam bahasa Jerman bermaksud tengah dan sakit kerana ia berlaku dalam pertengahan kitaran. Rasa sakit ini boleh berubah tempat daripada bulan ke bulan. Ia tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dalam beberapa jam.
4. Sindrom Prahaid (PMS)
Sindrom Prahaid dikenali melalui perubahan mood dan keiinginan untuk makan. Ia juga boleh menyebabkan perut berasa kejang, sakit pada bahagian bawah belakang, sakit kepala, payudara rasa sakit ketika disentuh dan jerawat.
Perubahan hormon adalah penyebab masalah ini. Stres, kurang bersenam dan kekurangan vitamin boleh membuatkan gejala-gejala bertambah teruk. Jika PMS ini mengganggu aktiviti seharian, segeralah berjumpa doktor. Perubahan gaya hidup dan perubatan juga boleh membantu mengurangkan masalah ini.
5. Kekejangan Akibat Haid
Setiap bulan, uterus akan membina lapisan dalam tisu yang dikenali sebagai endometrium. Ini adalah kawasan embrio melekat dan membesar. Jika anda tidak hamil, lapisan ini akan pecah dan meninggalkan tubuh semasa haid. Kekejangan haid akan berlaku apabila uterus mengecut dan menolak keluar darah ini.
Rasa kejang ini selalunya akan dirasai pada bahagian bawah perut atau belakang dan berlanjutan dari satu hingga tiga hari. Tuaman panas dan ubat pelega sakit boleh mengurangkan rasa sakit.
6. Kehamilan Ektopik
Keadaan kecemasan yang membahayakan nyawa ini memerlukan rawatan segera. Ia berlaku apabila embrio mula tumbuh di luar rahim, selalunya di tiub fallopia. Gejala-gejalanya termasuk rasa sakit mencucuk atau kejang (selalunya pada satu bahagian), pendarahan vagina, loya dan kepeningan.
7. Penyakit Keradangan Pelvik
Satu daripada komplikasi serius oleh penyakit yang disebarkan akibat hubungan seksual (STD) adalah penyakit keradangan pelvik. Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada rahim (uterus), ovari dan tiub fallopia. Gejala-gejalanya termasuk sakit pada perut, demam, keluarnya cairan vagina abnormal, sakit ketika melakukan hubungan seksual atau ketika kencing. Penyakit keradangan pelvik boleh dirawat dengan antibiotik dan pembedahan bagi kes yang teruk.
8. Sista Ovari
Kelenjar kecil atau folikel menempatkan telur matang semasa kitaran haid dan melepaskan telur semasa berovulasi. Kadangkala, folikel tidak terbuka untuk melepaskan telur atau ditutup semula selepas mengeluarkan telur dan membengkak dengan cairan, membentuk sista ovari. Keadaan ini biasanya tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya. Tetapi sista yang besar boleh menyebabkan sakit pelvik, berat badan meningkat dan kekerapan untuk kencing. Sista ovari boleh dkenalpasti melalui pemeriksaan pelvik atau imbasan ultra.
9. Fibroid Pada Rahim
Fibroid boleh tumbuh dalam dinding rahim dan kadangkala dikenali sebagai tumor fibroid, tetapi ia bukanlah kanser. Fibroid adalah perkara biasa pada wanita dalam lingkungan umur 30an dan 40an dan selalunya tidak menyebabkan sebarang masalah.
Namum begitu, anda boleh mengalami rasa sakit pada perut, sakit pada bahagian bawah belakang, keluar haid dengan banyak, sakit ketika melakukan hubungan seks atau sukar untuk mengandung.
10. Endometriosis
Bagi sesetengah wanita, tisu endometrial tumbuh di luar rahim. Pertumbuhan boleh terbentuk pada ovari pada ovari, tiub fallopian, pundi, usus dan bahagian lain tubuh. Apabila tiba masa haid, kelompok ini akan pecah, tetapi tisunya tidak mempunyai cara untuk keluar daripada tubuh. Walaupun agak jarang berlaku tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan menghasilkan tisu berparut yang membuatkan anda sukar untuk mengandung. Terdapat rawatan untuk endometriosis tetapi tidak terdapat ubat menyembuhkannya.
