Archive for February 2011
Latest Updates

Panduan Memberi Makanan Pelengkap

  • Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangkamasa yang lebih lama.
  • Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang bagi bayi perlu mengandungi bahan dari 5 kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin dan ubi-ubian, kumpulan ikan, daging dan telur, kumpulan sayur dan buah serta kumpulan minyak dan lemak.
  • Pelbagaikan makanan bayi. Berikan bayi pelbagai jenis makanan agar dapat semua zat yang diperlukan. Ini juga dapat mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.
  • Tambahkan minyak atau lemak di dalam makanan bayi. Bayi perlukan banyak tenaga untuk tumbesaran. Minyak dan lemak seperti marjerin atau mentega dapat menambahkan kandungan tenaga di dalam hidangan.
  • Tidak perlu tanbah garam, gula atau bahan perasa di dalam makanan. Beri peluang bayi menikmati rasa semulajadi makanan.
  • Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai untuk umur. Tekstur makanan hendaklah disediakan mengikut kebolehan bayi iaitu: (6 bulan - dikisar / 7 - 9 bulan - dilecek / 10 - 12 bulan - dicincang)
  • Mulakan dengan sedikit dan tambahkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut peringkat umur.
  • Jadikan masa makan yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika dia belum bersedia atau tidak mahu makan.

Tips

6 Bulan - Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang kecil selepas menyusukan bayi dengan susu ibu.

7 - 9 Bulan - Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan 2 - 3 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

10 - 12 Bulan - Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh bayi. Beri makanan 3 - 4 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

Penjagaan Selepas Bersalin

Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

Kebersihan Diri
  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering

Pemakanan
  • Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan
  • Minum 6 - 8 gelas air
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

Penyusuan Susu Ibu

  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap

Rehat Dan Senaman
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Rehat yang secukupnya

Amalan Bahaya Dan Pantang Larang
  • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai

Tanda-Tanda Bahaya
  • Demam Panas
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan
  • Anemia
  • Pening / Sakit Kepala
  • Sakit kaki atau bengkak
  • Sakit betis
  • Sesak nafas dan sakit dada
  • Meroyan
  • Sukar buang air kecil
  • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan
* dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas.


Perancangan Keluarga
  • Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan.

Rawatan Lanjut
  • Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang berhampiran.

Bayi:
  • Tentang Imunisasi :
Keperluan imunisasi bayi adalah mengikut jadual di dalam kad anak anda

  • Penjagaan Tali Pusat:
Cuci tali pusat bayi dengan cara yang betul
Kenalpasti tanda-tanda infeksi seperti kemerahan, bernanah dan berbau
Dapatkan rawatan segera di klinik-kinik kerajaan yang berdekatan
  • Keputusan G6PD:
Pastikan keputusan G6PD anak anda diketahui sebelum anda daftar keluar dari
hospital


* Sila maklumkan ke Klinik Kesihatan sebaik sahaja selepas bersalin.


Dapatkan Rawatan Segera Jika:

Ibu
  • Pendarahan yang berlebihan atau luar biasa
  • Demam
  • Lokia (Darah Nifas) berbau busuk
Bayi
  • Demam
  • Cirit Birit
  • Terdapat bau yang luar biasa atau pusat kelihatan berkilat dan bengkak
Tanda-Tanda Penyakit Kuning
  • Kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning
  • Bayi sentiasa mengantuk
  • Bayi kurang menyusu

Anatomi Tubuh Bayi Baru Lahir

Jangan kecewa jika bayi baru lahir kelihatan agak berbeza dari apa yang anda jangkakan. Dia mungkin kelihatan lebih kecil dan amat mudah tercedera. Saiz kepalanya yang kecil mungkin dilitupi bahan berminyak putih (verniks). Ikuti panduan lengkap anatomi tubuh bayi baru dilahirkan serta fungsinya.

Bahagian Kepala

Berbentuk Ganjil

Ia disebabkan oleh tekanan semas proses kelahiran. Kepalanya akan kelihatan kembali normal dalam masa dua minggu.

Fontanel
Terletak di bahagian atas kepalanya dan merupakan bahagian tompok yang kembut. Ini kerana tulang tengkoraknya masih belum bersambung. Pada usia bayi mencecah 18 bulan, tulang tengkorak di bahagian ini sepatutnya bersambung.

Kelopak Mata
Kelihatan membengkak kerana disebabkan tekanan semasa kelahiran. Seeloknya minta doktor atau bidan memeriksa mata bayi anda kerana ada kalanya bayi mungkin terkena jangkitan.


Tangan Dan Kaki

Berwarna Biru

Ia berlaku kerana peredaran darah bayi anda yang masih belum mampu berfungsi dengan sempurna. Jika anda mengalihkan bayi anda pada kedudukan lain, warna kebiruan ini mungkin akan bertukar menjadi merah jambu.

Kuku
Lazimnya kelihatan panjang ketika dilahirkan. Jangan dipotong kuku bayi anda sebaliknya cuba gigit kuku ini supaya ia pendek dan tidak mencalarkan kulit bayi.

Buah Dada
Buah dada bayi anda mungkin kelihatan membengkak malahan mengeluarkan sedikit susu. Ini merupakan perkara biasa bagi kedua-dua jantina. Bengkak ini sepatutnya susut dalam jangka masa dua hari. Ingat!! Jangan picit keluar susu itu.

Kemaluan
Bagi bayi yang baru dilahirkan, bahagian kemaluannya akan kelihatan besar (bayi lelaki dan perempuan). Mungkin juga terdapat lelehan dari faraj bayi perempuan kerana disebabkan oleh hormon ibunya. Bagaimanapun ia akan hilang tidak lama kemudian. Bagi bayi lelaki, zakarnya akan tertarik ke atas groinnya, jika anda bimbang berjumpalah dengan doktor.

Najis
Ketika dilahirkan, usus bayi mengandungi bahan gelap dan melekit. Ia dipanggil mekonium. Najis bayi akan berubah warna sebaik sahaja bayi mula makan.


Kulit

Kulit Mengelupas

Selain bintik dan ruam yang menjadi perkara biasa pada bayi, dia juga mengalami kulit mengelupas terutama pada bahagian kaki dan tangan. Ia sepatutnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

Lanugo
Bulu roma halus ini mungkin kelihatan agak ketara terutama pada bayi yang dilahirkan awal. Bagaimanapun lanugo akan tanggal dalam masa dua minggu.

Verniks
Berwarna putih dan berminyak. Ia merupakan bahan yang melindungi kulit bayi semasa di dalam rahim. Ia mungkin juga meliputi seluruh badan bayi, boleh dibersihkan (dilap) dengan mudah.


Tanda Lahir


Tanda Merah
Dikenali juga sebagai gigitan burung bangau. Biasanya terdapat pada kelopak mata, dahi dan belakang leher. Tanda ini mengambil masa setahun untuk hilang.

Tanda Lahir Strawberi
Tanda yang agak membimbangkan ibubapa kerana saiznya perlahan-lahan menjadi semakin besar. Tanda ini hilang apabila anak-anak anda mencapai usia lima tahun.

Tanda Biru
Dikenali juga sebagai tompok biru Mongolia. Biasanya ditemui di sekitar punggung bayi yang berkulit gelap.

Jangan Ambil Mudah Imunisasi Anak

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi yang baru lahir bertujuan untuk mencegah penyakit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan melalui otot di bawah kulit atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi. Selain itu, boleh juga diambil suntikan vaksin yang tidak disenaraikan. Dapatkan nasihat doktor mengenai kebaikan, keselamatan dan risiko vaksin tersebut.

Sebagai ibu bapa, pastikan anda menyimpan rekod mengenai vaksin yang telah diambil dan tarikhnya. Ini bertujuan untuk memudahkan anda mengingatkan tarikh berikut mengambil vaksin.

Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:
  • BCG - dos pertama ketika lahir.
  • Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
  • Measles-mump-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun.

Penyakit Yang Dapat Dielakkan Dengan Vaksin


1. Tuberculois (TB) - Penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meningitis otak.

2. Hepatitis B - Penyakit ini merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur dan air kencing. Ia menyebabkan kerosakan hati dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.

3. Diphteria - Memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.

4. Tetanus (Kancing Gigi) - Bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.

5. Pertussis (Batuk Kokol) - Bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.

6. Polio - Disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.

7. Penyakit Haemophilus Influenza Jenis B (Hib) - Disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis).

8. Campak - Disebabkan oleh virus yng disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

9. Mumps (Beguk) - Disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otok, pekak dan kematian.

10. Rubella (German Measles) - Merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.


Kesan Sampingan Dan Keselamatan Vaksin

Semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan ini:
  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat dan berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan.
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius.

1. Penjagaan Berikut Perlulah Diberi Perhatian:
  • Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi.
  • Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak.
  • Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38 darjah celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
  • Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku, suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.

2. Situasi Dan Tanda-TandaBerikut Jarang Berlaku Semasa Imunisasi :
  • Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
  • Kanak-kanak yang telah dikenal pasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis).

Tip Imunisasi
  • Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
  • Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.