Archive for January 2011
Latest Updates

Bersenamlah Agar Ibu Hamil Sihat

Tahun Baru 2011 telah bermula, bagi wanita yang baru disahkan hamil pasti tahun ini memberi makna yang cukup besar buat diri anda. Bagi melalui fasa-fasa kehamilan tahun baru ini eloklah kiranya wanita hamil bersiap sedia untuk menikmati saat kehamilan yang sihat dan selamat. Salah satu caranya adalah dengan bersenam.

Saat hamil bukanlah masa yang sesuai untuk mengurangkan berat badan atau memulakan rutin senaman untuk membuang lemak di badan. Namum jika anda bukan berada dalam kategori wanita hamil yang berisiko tinggi anda masih boleh terus mengamalkan rejim senaman yang sederhana dan lembut yang tidak memudaratkan.

Sebelum itu, rakamlah saat-saat indah kehamilan yang anda lalui di sepanjang tahun baru ini. Bagi anda yang mahu memulakan senaman, cubalah dengan tempoh masa antara 15 ke 20 minit pada kadar tiga hari seminggu. Sebaik-baiknya sehari bersenam dan berehat pada keesokkan hari lalu mulakan senaman sekali lagi.

Namum, bersenamlah berpada-pada, elakkan daripada bersenam hingga membakar lemak atau melakukannya sehingga anda keletihan. Sedikit panduan untuk anda, ketika bersenam sebaik-baiknya perlahankan rentak senaman sekiranya anda berasa tidak selesa.

Perlu diingatkan juga, pemakanan seimbang dan teratur serta jumlah air yang mencukupi dalam tubuh wanita hamil begitu penting sekali sepanjang mengamalkan rutin senaman yang sederhana ini.

Ketika hamil inilah wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 300 lebihan kalori sehari bergantung kepada berat badan ibu sewaktu hamil. Pastikan juga wanita hamil perlu berada dalam keadaan yang tenang sewaktu memulakan senaman.

Pakai topi yang dapat mengelakkan kepanasan dan baju yang selesa tatkala bersenam di luar rumah. Sentiasa pastikan anda memilik sebotol air mineral bagi menggantikan air yang telah hilang dari tubuh anda.

Permulaan Yang Baru

Bagi wanita hamil yang belum pernah melakukan senaman sebelum ini dan baru belajar untuk bersenam di sepanjang kehamilannya, mereka sebenarnya perlu mengambil kira beberapa perkara penting seperti berikut:

1. Berjalan

Aktiviti sebegini sentiasa mendapat keutamaan di kalangan wanita yang baru disahkan hamil. Apatah lagi, kaedah ini paling selamat, mudah dilakukan dan memperbaiki kecergasan kardiovaskular dalam tubuh. Bagi wanita yang belum disahkan hamil, berjalan kaki merupakan langkah terbaik yang boleh mereka amalkan.

2. Kelas Aerobik

Pastikan anda memilih kelas mahupun DVD yang menawarkan senaman untuk wanita hamil.

3. Berenang

Merupakan salah satu kaedah senaman yang terhebat kerana ia menggunakan seluruh tubuh anda dan memberi sedikit ketegangan kepada sendi tubuh. Air pula dapat menyokong berat badan anda dan memberi keselesaan sementara kepada bahagian perut yang semakin membesar.

Aktiviti Yang Perlu Dielakkan

Senaman berisiko tinggi seperti menyelam dan aktiviti yang berpontensi untuk membuatkan anda terjatuh misalnya menunggang kuda, bermain ski dan sebagainya adalah tidak digalakkan. Senaman seperti menunggang basikal seharusnya dilakukan dengan berhati-hati atau ditangguhkan sehingga bayi anda selamat dilahirkan. Sesetengah pakar berpendapat menunggang basikal pada trimester kedua dan ketiga adalah berbahaya kerana kurangnya keseimbangan tubuh wanita hamil pada ketika itu malah ia memudahkan ibu hamil terjatuh.

Hamil juga bukanlah tempoh masa yang terbaik untuk berlumba lari. Walau bagaimanapun anda masih boleh melakukan aktiviti berjogging sebelum disahkan hamil. Selepas trimester pertama, elak melakukan bangkit tubi dan senaman lain yang memerlukan anda berbaring. Ia boleh membuatkan anda pening dan mengurangkan aliran darah ke dalam uterus.

Senaman yang melibatkan angkat berat dan senaman lain yang memerlukan tempoh masa yang panjang juga akan mengurangkan perjalanan aliran darah ke janin anda. Sentiasa bergerak dengan kerap mengubah posisi tubuh dan bergerak sedikit-sedikit ke hadapan dan belakang.

Tanda Amaran

  • Berhenti bersenam sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut. Segera berjumpa doktor untuk mengetahuinya.
  • Sakit di mana-mana terutama di bahagian belakang atau sekitar pelviks.
  • Pening kepala sewaktu bersenam.
  • Rasa mahu pengsan.
  • Nafas laju.
  • Pendarahan pada vagina.
  • Sukar berjalan.
  • Kontraksi.
  • Keluar cecair dari vagina.
  • Pergerakkan janin berkurangan.
  • Jantung bergerak pantas saat bersenam.

Sumber : Mingguan Wanita.

Seks Setiap Hari Tapi Isteri Belum Hamil Lagi

Masalah ini mungkin sedang dihadapi oleh ramai pasangan suami isteri baru. Impian bersama insan dicintai sudah terlaksana namum misi seterusnya mencipta benih cinta iaitu zuriat masih belum jua kesampaian.

Sejak hari pertama sah sebagai suami isteri, hubungan intim tidak pernah "miss" dilakukan kecuali pada hari "cuti" isteri tetapi hairannya benih masih jua belum lekat. Selalunya jika isteri masih belum hamil selepas lima bulan, kerisauan mula bersarang di jiwa. Akibatnya seks yang sepatutnya mendatangkan kenikmatan berakhir menjadi satu tekanan buat suami isteri baru. Jika ini yang dialami oleh anda dan suami maka ia mungkin petanda sesuatu yang kurang dalam hubungan seksual anda berdua.

Sperma Lembam

Kesuburan 40 peratus daripadanya dipengaruhi oleh faktor sperma sama ada yang berkualiti ataupun yang sebaliknya. Jika sperma berkualiti, mungkin tiada masalah untuk hamil. Tapi jika sperma yang dihasilkan lembam anda mungkin berhadapan dengan sedikit kesukaran untuk mendapatkan cahayamata. Biarpun begitu masih ada cara untuk membolehkan si isteri hamil.

Caranya jika sperma yang masuk dapat bergenang di tempat yang paling tepat, maka cara perjalanannya menuju ke saluran telur boleh dipermudahkan. Tapi di mana tempat yang strategik itu? Ketika sperma masuk dari vagina, sperma bergenang tepat mengarah ke belakang rahim yang mana akan memudahkan sperma mengarah ke saluran telur.

Untuk memastikan kaedah ini dapat dilakukan maka posisi hubungan intim harus diberi perhatian. Selain dari sperma yang lembam, posisi leher rahim wanita juga penting untuk membolehkan kehamilan. Seperti yang diketahui 70 peratus rahim wanita mempunyai posisi antefleksi iaitu leher rahimnya lebih mengarah ke belakang.

Dalam posisi normal ini, setelah pasangan selesai melakukan hubungan intim maka sperma akan bergenang di sana dan memudahkan perjalanan sperma menuju ke sel telur. Tapi ada sekitar 30 peratus wanita yang posisi rahimnya terbalik atau disedut retrofleksi ataupun rahim terbalik.

Jika kebetulan sperma dari suaminya lembam dan keadaan rahim isteri pula terbalik ia memang menyukarkan kehamilan. Pada keadaan rahim yang terbalik, sehabis hubungan intim biasanya cairan sperma (yang memang sudah lembam) seolah-olah tumpah keluar tanpa sempat dibuahi.

Kedudukan Rahim

Dalam keadaan-keadaan sebeginilah posisi hubungan intim yang tepat sangat diperlukan untuk membolehkan kehamilan berlaku. Bagi memastikan sperma yang lembam dapat bergenang di tempat yang strategik maka posisi missionary (lelaki di atas) adalah posisi yang terbaik. (Pelajari Teknik dan Posisi Yang Sesuai - Klik Sini).

Ia akan memungkinkan penetrasi yang dalam untuk menghantar sperma sedekat yang mungkin ke leher rahim. Tapi posisi ini sesuai untuk isteri yang mempunyai rahim yang normal.

Ramai pakar yang mengatakan bagi mereka yang kebetulan mempunyai sperma lembam dan posisi rahim isteri terbalik maka sebaiknya posisi ini dihindari. Logiknya bagi mereka yang ingin punya anak dan spermanya pula kurang berkualiti posisi ini hanya akan menyebabkan spermanya banyak keluar atau terbuang dan tidak mencapai sasaran. Tapi dalam keadaan normal pula setelah hubungan intim kadang-kadang ada sebahagian sperma yang tumpah namum pembuahan boleh juga berlaku. Sebabnya jika spermanya bagus dan keadaan leher rahimnya juga normal sekalipun ejakulasi dilakukan di luar vagina tapi jika ada sedikit saja cairan awal sperma keluar dan kebetulan terbawa hingga bertemu sel telur maka ia sudah mampu menyebabkan kehamilan.

Selain itu satu tip yang mungkin boleh dipraktikkan oleh isteri yang mahu menjadi ibu adalah dengan diam atau berbaring sejenak setelah melakukan hubungan intim. Tidak perlu terburu-buru turun dari tempat tidur. Sebaliknya berbaringlah antara setengah atau satu jam. Cara ini mudah-mudahan sperma suami sempat bergenang cukup lama di tempat yang strategik dan mencapai tujuannya.

Tungku Baby & Barut Baby











Tungku Baby (RM15.00)

Cara Penggunaan:

Tuam pada "iron" bagi suam-suam kuku atau tuam pada tudung periuk yang diletakkan pada dapur, bagi suam-suam kuku jugak. Tuam pada baby selepas mandi atau bila-bila sahaja yang dirasakan perlu. Sesuai dituam pada perut, ari-ari, buah bayi lelaki, pinggang, tapak kaki, perut betis.

Juga boleh digunakan untuk menuam tempat baby kena cucuk, bagi pecah ubat, untuk mengelakkan baby demam. Petua bagi bayi lelaki kalau bengkak buah atau dapat angin pasang, tuam dulu terlebih dahulu tungku bayi bagi panas, kemudian tekap daun sirih pada tungku.











Barut Baby (RM25.00 - 5 Helai)

Kain flanel serta terdapat pelbagai corak dan warna.












Bedung Baby (RM18.00 - 1 Helai)

Kain flanel serta terdapat pelbagai corak dan warna.





Bedung Baby Moden (RM39.00)

100% kain cotton.
Size : 100 x 98.5cm


Minyak Telon Baby

Minyak Telon

Minyak Telon Nyonya Meneer 30ml
Harga: RM4.50







Minyak Telon Bebiku 30ml
Harga: RM5.00

Minyak Telon Bebiku 75ml
Harga: RM8.50




Minyak Telon Mustika Ratu 60ml
Harga: RM10.00








Minyak Telon Mestika bayini 60ml
Harga : RM10.00










Minyak Telon Leesa Formula 20ml
Harga: RM12.00








Losyen Jati Embun
Harga : RM15.00










Minyak Telon Sendayu Tinggi 55gm
Harga: RM17.00







Minyak Telon Tropical Herbs 60ml
Harga: RM28.00

Bersedia Untuk Seks Selepas Melahirkan

Sememangnya wanita yang baru melahirkan bayi tidak dibolehkan melakukan hubungan seks kerana keadaan wanita itu sendiri yang masih belum pulih sepenuhnya yakni hormon estrogen dalam tubuh belum kembali normal.

Ketika ini juga isteri akan melalui tempoh nifas. Ia juga disebut sebagai waktu pembersihan atau pemulihan sel-sel dan hormon-hormon dalam tubuh wanita yang akan berlaku antara enam hingga tujuh minggu selepas seseorang wanita bersalin.

Bagaimanapun selepas tempoh nifas berakhir dan tamat tempoh berpantang selama 44 hari hingga 100 hari, maka hubungan seks sudah boleh dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Pun begitu ramai isteri yang berasa nyeri malah takut untuk melakukannya.

Selain trauma kesakitan bersalin ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya vagina masih belum sepenuhnya pulih seperti sediakala akibat proses penyembuhan, adanya infeksi, keadaan mental pihak wanita yang belum sedia dan juga trauma.

Meskipun begitu, aktiviti seks memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan rumahtangga. Oleh kerana tidak boleh dielakkan maka urusan ranjang juga kerap kali menjadi masalah dalam rumah tangga.

Bagi isteri yang mengalami situasi ini anda tidak perlu khuatir kerana masih boleh melakukan langkah-langkah penyesuaian agar kehidupan sekssual bersama suami pulih dan rumahtangga berlangsung dengan harmoni.

Terus Terang Dengan Pasangan

Komunikasi adalah cara paling berkesan untuk membuat hubungan anda dan pasangan tetap harmoni. Oleh itu bicarakan kekusutan hati anda perihal hubungan intim dengan suami untuk mencari jalan penyelesaian. Terangkan tentang ketakutan atau trauma anda dan bincangkan cara mengatasinya. Cara ini lama kelamaan akan membuatkan diri lebih bersedia dan selesa untuk kembali melakukan seks.

Berfikiran Positif

Keluhan-keluhan seperti bentuk tubuh berubah, gemuk dan kerisauan tidak dapat memberikan lagi kepuasan kepada suami memang selalu diluahkan oleh wanita yang baru melahirkan. Ia memang lumrah kerana sebagai anda tentu ingin selalu memberikan yang terbaik di hadapan suami.

Sebenarnya jika perkara seperti itu terus dipasak dan tidak cuba dihindari maka lambat laun ia akan mengikis kepercayaan diri. Jadi, sebaiknya jangan fokuskan fikiran anda pada perubahan secara fizikal, tetapi sebaiknya cubalah untuk membangun kepercayaan diri dengan selalu berfikiran positif.

Pemanasan

Mulakanlah acara ranjang dengan pemanasan secukupnya. Sekiranya suami terus mahu masuk ke peringkat seterusnya sedangkan anda belum bersedia maka jelaskan pada suami. Biasanya suami tidak akan menolak sekali gus memastikan diri ada bersedia untk melakukan hubungan seks yang berkualiti.

Aku Masih Seksi

Tanamkan dalam diri bahawa anda masih seksi dan memiliki daya tarik yang sama seperti sebelum melahirkan cahaya mata. Laukan perkara ini sewaktu mandi, cubalah sentuh tubuh dengan perlahan-lahan dan bayangkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan rasa seksi supaya kepercayaan diri akan muncul semasa berhadapan dengan suami di ranjang.

Nota: Peringatan! Sekiranya ingin menjarakkan kehamilan, jangan lupa untuk mula menggunakan kaedah-kaedah perancangan kehamilan. Ini adalah kerana ramai pasangan yang lupa untuk merancang bagi menjarakkan kehamilan mereka. Nasihat akak jangan ter "eksiden" ye hehehe....


Stretch Marks Perlu Dicegah Lebih Awal

Setiap wanita berhak untuk tampil dengan kulit sihat dan cantik, tidak terkecuali ketika sedang berbadan dua. Namum ketika hamil berlaku pelbagai perubahan pada diri seseorang wanita. Selain daripada alahan, stretch marks atau kesan regangan kulit akan membelenggu wanita hamil.

Ia bermula dalam tempoh empat atau lima bulan kehamilan. Stretch marks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan atas, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.

Ia muncul disebabkan pengaruh hormon kehamilan atau dengan kata lain ia terbentuk apabila terjadi peregangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan yang terdapat di dalamnya sehingga kulit mengalami peregangan berlebihan.

Bagi wanita hamil, strecth marks yang muncul biasanya bewarna merah jambu dan agak lebar, lama-kelamaan ia berubah menjadi garisan tipis berwarna keputihan atau kecoklatan.

Selain faktor kehamilan, masalah ini juga terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti streoid pada ubat gemuk atau asma. Justeru, rawatan awal perlu untuk mengatasi masalah stretch marks supaya ia tidak berlanjutan sehingga selepas bersalin.

Usah Risau

Bagi yang mengalami masalah ini usah risau kerana ia tidak berbahaya. Namum, jika ia dibiarkan sedikit sebanyak boleh menurunkan keyakinan diri terutama bagi mereka yang sentiasa tampil menarik.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu menghilangkan atau mengurangkan stretch marks. Anda mungkin boleh mempraktikkan tiga cara berikut:

1. Pilihlah Krim Anti Stretch Marks

Ia mengandungi kolagen atau pelembap, vitamin A dan E, serta minyak kelapa dara untuk menjaga keanjalan dan kekenyalan kulit serta mengurangkan kekeringan pada kulit yang mengalami peregangan. Sapukan krim setiap hari pada kulit yang terdapat stretch marks. Lakukan urutan ringan di sekitar perut dengan cara mengarah ke atas bagi membantu melancarkan peredaran darah pada lapisan epidermis.

2. Kaedah Microdermabrasi

Jika penggunaan krim sukar untuk menghilangkan stretch marks, anda boleh mencuba kaedah kedua iaitu melalui Microdermabrasi. Kaedah ini dilakukan dengan cara proses pengelupasan sel kulit mati untuk menegangkan dan menghaluskan kulit. Nampak menyakitkan namum ia bukan seperti yang dibayangkan. Pun begitu, pastikan anda mendapat khidmat pakar sebelum melakukannya.

3. Jaga Pemakanan

Menjaga pola pemakanan boleh membantu untuk mengurangkan masalah stretch marks. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan perbanyakkan pengambilan serat terutama dari buah-buahan dan sayur-sayuran serta banyakkan mengambil air putih. Di samping itu, pastikan makanan yang diambil turut mengandungi vitamin E dan C serta kaya dengan zat besi.