Archive for November 2010
Latest Updates

Penyusuan Menerusi Botol

Sebelum kembali bekerja, anda perlu mengajar bayi menyusu susu botol. Jika tidak, anda perlu menggunakan alternatif lain seperti sudu, picagari ataupun jari. Seringkali masalah bayi yang tidak mahu menyusu susu ibu menggunakan botol merisaukan para ibu yang akan kembali bekerja. Jangan putus asa! Cabaran ini boleh diatasi jika anda mendapat bimbingan yang betul berkenaan cara untuk memberikan botol kepada bayi. Setiap perkara yang baru perlukan latihan dan dalam hal ini anda tidak terkecuali.

Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara empat hingga enam minggu. Ini dapat memastikan penghasilan susu anda sudahpun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payu dara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.

Dalam pada itu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ia dijadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi! Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payu dara. Anda tidak seharusnya memberikan botol sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan mempengaruhi penghasilan susu.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol anda dinasihatkan untuk memberikannya botol sekurang-kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu. Contohnya, jika anda sedang bercuti panjang.

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya walau apa pun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang mempunyai leher lebar (wide neck) dikatakan paling sesuai untuk bayi yang menyusu badan. Perhatian! Jangan tinggalkan bayi menyusu seorang diri, kerana banyak kes bayi tersedak susu sering berlaku sehingga boleh mengakibatkan kematian, jadi berhati-hati ye.

Antara tip yang dapat dikongsi ialah:
  • Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa atau baunya.
  • Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.
  • Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Anda digalakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada bayi. Ini dapat mengalihkan perhatiannya.
  • Posisi yang disyorkan apabila anda cuba untuk memberikannya botol adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda dan bukan posisi cradle yang biasa.
  • Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya.
  • Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya ketika baru bangun tidur atau hendak tidur.
  • Sekiranya bayi tidak mahu menyusu botol, minta bantuan suami atau ahli keluarga lain untuk memberikan susu botol kepadanya. Ini adalah kerana bayi sudah terbiasa dengan bau ibunya.
Paling penting! Jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberi botol lebih daripada 10 minit setiap masa. Jika bayi marah dan menangis anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.

Ketahuilah! Jika bayi menolak botol sama sekali anda boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder (meletakkan tiub halus di jari anda). Ok Selamat mencuba!

8 Persediaan Sebelum Hamil

Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh anda bersedia untuk menempuh kehamilan. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.

Asid Folik

Asid folik merupakan satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Oleh itu, setiap pasangan hendaklah prihatin tentang keperluan asid folik ini. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan ketika minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi, klinik atau melalui makanan supplemen yang terdapat di pasaran.

Sayuran Dan Buahan

Buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C. Jika ingin hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa yang sama, buahan dan sayuran turut berperanan untuk menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayuran dan buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buahan dan sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

Makan Banyak Ikan

Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan murah. Selain itu, protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh. Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.

Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang ataupun digoreng. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tidak menjejaskan kesihatan.

Karbohidrat Lawan Lemak

Sewaktu hamil, tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekurangan kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil kelak.

Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwich.

Zat Besi Elak Anemia

Melahirkan bayi adalah satu proses yang rumit. Untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar, persediaan awal mestilah dibuat. Dan antara yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan darah semasa hamil. Ketahuilah bahawa ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 peratus. Jadi untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia, anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan tersebut ialah daging merah (akan tetapi elakkan daripada makan hati), sayuran hijau, kekacang dan buahan yang sudah dikeringkan.

Pun begitu, harus diingat bahawa penyerapan zat besi tidak akan berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya. Ibu hami yang mengalami anemia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi akan memburukkan keadaan.

8 Gelas Air

Tubuh sangat memerlukan air sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil. Malah, sepanjang tempoh kehamilan kelak terutamanya pada peringkat permulaan, gejala-gejala seperti loya dan muntah sering berlaku. Akibatnya air banyak keluar. Jadi, anda digalakkan minum air yang banyak bagi mengantikan air yang hilang itu.

Untuk pengetahuan, hormon progestron dalam tubuh seseorang wanita itu akan meningkat semasa hamil. Keadaan ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat. Akibatnya ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sembelit dan buasir.

Keadaan akan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika trimester ketiga, uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagaian bawah uterus bersama-sama pundi kencing. Akibatnya najis menjadi keras dan proses membuang air besar menjadi sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis tersebut, ibu hamil ini terpaksa meneran. Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan yang tinggi boleh menyebabkan buasir.

Untuk mengelakkan terjadinya masalah seperti yang telah disebutkan itu, minumlah banyak air. Umumnya anda digalakkan minum sebanyak 8 gelas air masak setiap hari. Akan tetapi, adalah lebih baik jika anda mampu minum lebih daripada itu.

Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia, apatah lagi bagi ibu hamil. Ketika trimester pertama, ibu hamil sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi. Jadi, ambillah sedikit sarapan agar rasa lesu dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan. Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual. Dan ketika inilah, morning sickness menyerang. Oleh itu, bersarapanlah. Akan tetapi, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.

Beriadah

Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan. Hasilnya tubuh anda akan lebih langsing dan mantap. Bagi yang tidak biasa berlari atau ke gimnasium, lakukanlah senaman yang sesuai dengan keupayaan anda. Salah satu daripadanya ialah berjalan. Jika anda suri rumah sepenuh masa, luangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar kediaman anda sambil membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan laman ataupun menyiram pokok bunga.

Bagi yang bekerja pejabat, banyakkanlah berjalan. Jika pejabat anda terletak di tingkat atas dan pejabat mempunyai lif, jangan gunakannya. Sebaliknya, naik ataupun turun menggunakan tangga. Pastinya lebih menyihatkan. Walaupun nampak mudah, aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Malah, ini adalah senaman yang tidak memerlukan kos.

Diet Dan Kehamilan

Bayi anda bergantung pada anda untuk mendapatkan nutrien penting bagi menjamin tumbesarannya yang sihat. Fetus mendapat semua khasiat yang diperlukannya melalui apa yang anda makan. Pada peringkat awal kehamilan, fetus menerima zat makanan melalui uri dan seterusnya cecair amnion membekal khasiat tambahan. Pemilihan makanan seimbang dan mencukupi sangat penting. Amalan pemakanan sebegini dapat menjamin pertumbuhan bayi yang sihat dan mempunyai berat badan yang normal.

Jika kekurangan zat, bayi dalam kandungan boleh terjejas tumbersarannya. Bagi mencapai matlamat pemakanan seimbang yang diperlukan, anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang mengandungi kahsiat seperti karbohidrat, kalsium, protein, lemak, mineral vitamin dan sebagainya.

Nutrien Penting

Kalsium


Anda memerlukan dua kali ganda kalsium berbanding biasa. Badan anda menyerap 50 peratus kalsium terutamanya pada enam bulan pertama. Ini bagi memastikan keperluan kalsium anda dan bayi seimbang. Apatah lagi, tulang dan gigi bayi mula terbentuk pada minggu kelapan. Dengan itu, sudah pastilah bayi memerlukan kalsium yang secukupnya untuk perkembangan yang sihat.

Jika anda kurang mendapat bekalan kalsium, badan anda akan "mencuri" keperluan kalsium daripada tulang. Hal ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari kerana kekurangan kalsium di dalam tubuh akan meningkatkan risiko osteoporosis. Kekurangan pengambilan kalsium sewaktu hamil juga akan menyebabkan kekejangan otot. Dalam pada itu, kalsium yang mencukupi akan membantu anda mengatasi tekanan darah tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil.

Anda boleh memperoleh sumber kalsium melalui keju, susu, dadih dan produk tenusu yang sememangnya kaya dengan bekalan kalsium yang baik untuk tubuh. Namum begitu, produk tenusu memang terkenal dengan lemaknya yang tinggi. Jadi, anda digalakkan memilih bahan makanan yang rendah lemak seperti susu tanpa lemak. Antara lain sayuran berdaun hijau dan pelbagai jenis ikan seperti sardin, tuna dan ikan bilis.

Protein

Sewaktu hamil, anda perlu mengambil banyak makanan yang kaya dengan protein. Sumber protein boleh diperoleh melalui ikan, daging, ayam, kerang, kekacang, makanan berasaskan kacang soya dan hasil tenusu. Begitu juga dengan telur.

Bagi anda yang sememangnya menggemari telur, sepanjang hamil anda perlu mengelak daripada mengambil telur mentah atau separuh masak. Telur yang mentah atau separuh masak tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi. Pastikan telur yang dibeli adalah segar sebelum dimasak.

Vitamin C

Zat yang terdapat dalam makanan yang mengandungi vitanin C membantu anda membina plasenta yang kuat, mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Kebanyakkan buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C.

Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana zat makanan ini tidak dapat disimpan di dalam badan. Ini kerana vitamin C mudah hilang apabila dimasak atau disimpan terlalu lama. Oleh itu, pastikan anda hanya memakan bahan makanan yang segar agar tidak kehilangan khasiat yang diperlukan.

Serat

Masalah sembelit biasa berlaku ketika hamil. Bagi mengelakkan masalah ini, anda perlu mengambil lebih banyak serat. Makanan yang mengandungi serat termasuklah roti, kekacang, nasi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Akan tetapi jenis makanan berserat selain daripada buahan dan sayuran boleh menghalang penyerapan nutrien lain. Jadi, anda digalakkan untuk memakan lebih banyak sayuran dan buahan. Amalan meminum air yang banyak juga dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit.

Asid Folik

Asid folik ialah vitamin B yang penting untuk mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Dalam beberapa minggu yang pertama, bahan ini amat diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi. Ini kerana, kekurangan asid folik akan mengganggu perkembangan otak bayi.

Asid folik penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan anda mengalami anemia yang berkemungkinan menyebabkan anda melahirkan bayi kurang berat badan ataupun keguguran.

Tubuh badan manusia tidak mampu untuk menyimpan nutrien ini dalam tempoh yang lama. Jadi, anda perlu mendapatkan bekalan asid folik yang dimasukkan ke dalam menu seharian. Sayuran berdaun hijau seperti brokoli, bayam, sawi, kangkung dan banyak lagi merupakan sumber yang baik bagi asid folik.

Selain itu, buahan segar, susu, bijirin dan oat juga tergolong dalam sumber asid folik. Asid folik mudah rosak ketika dimasak. Jadi anda digalakkan memakan sumber asid folik secara mentah.

Ferum

Darah tambahan yang dihasilkan oleh badan anda memerlukan ferum untuk mengangkut oksigen. Selain daripada itu, bayi perlu membina bekalan bekalan ferum selepas dia dilahirkan. Ferum daripada sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding sumber makanan yang lain. Ini termasuklah hati. Namum yang demikian, anda perlu menghadkan pengambilan hati kerana vitamin A yang berlebihan di dalam hati boleh merosakkan bayi yang sedang berkembang.

Zat Besi

Tubuh anda memerlukan besi untuk membina sel darah merah. Zat makanan jenis ini penting kerana ketika hamil, anda memerlukan bekalan besi dua kali ganda. Kekurangan zat besi semasa hamil boleh menyebabkan anda menghadapi masalah anemia. Memakan daging merah merupakan cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapatkan bekalan zat besi. Dalam pada itu, anda perlu mengelakkan meminum teh beberapa jam sebelum makan. Hal ini kerana kandungan yang terdapat di dalam teh akan menyerap kebaikan yang ada dalam zat besi.

Asid Lemak (EFA)

Asid lemak amat penting sewaktu hamil kerana bahan ini membantu dalam perkembangan otak bayi, mata dan sel sarafnya. EFA mengandungi asid linolec dan asid alpha-lilolenic. Minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak matahari, kekacang adalah sumber baik untuk membekalkan EFA yang diperlukan oleh tubuh anda.

Buahan Dan Sayuran

Buahan dan sayuran segar serta salad yang dicuci bersih merupakan sumber mineral dan vitamin yang baik. Sayuran sangat penting dalam diet anda terutamanya sayuran berdaun. Hal ini kerana makanan jenis ini rendah lemak dan mengandungi mineral, vitamin dan asid folik.

Begitulah dengan buahan. Selain daripada kaya dengan mineral dan vitamin, makanan jenis ini juga mempunyai serat yang penting untuk anda yang mengalami masalah sembelit ketika hamil.

Air

Apabila anda disahkan hamil, perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke kulit akan membuatkan akan mudah berpeluh. Air yang diminum dalam jumlah yang banyak akan mengantikan cecair yang hilang itu. Air membantu anda mengatasi simptom-simptom haemorrhoids yang kebiasaannya berlaku ketika anda hamil.

Selain air kosong anda boleh bertukar citarasa dengan meminum jus buahan yang digemari. Dalam pada itu, anda perlu mengelak daripada mengambil minuman manis ataupun minuman berkarbonat. Walau bagaimanapun, anda berkemungkinan menderita oedema bengkak di bahagian kaki jika mengambil air berlebihan. Oleh kerana itulah, setiap wanita hanya digalakkan mengambil sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sahaja dalam sehari.

Bahaya Pemakanan Tidak Betul

Banyak penyakit ketika hamil disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang. Ini kerana makanan yang seimbang dapat melindungi anda dan bayi daripada mengahadapi masalah yang membahayakan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pakar perubatan mendapati bahawa amalan pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan gejala-gejala penyakit. Jadi, anda perlu memberi perhatian kepada apa yang dimakan. Antara kesannya ialah:

Bayi :
  • Mati dalam kandungan
  • Lahir pra matang
  • Kecacatan otak yang akan menyebabkan bayi yang dilahirkan kurang cerdas.
  • Hiperaktif
  • Mudah dijangkiti penyakit
Ibu :
  • Anemia
  • Tumpah darah sebelum melahirkan bayi kerana carikan uri berlaku terlalu awal. Dianggarkan 50 peratus bayi mati akibat kekurangan darah.
  • Jangkitan pada organ tubuh seperti paru-paru, buah pinggang dan hati.
  • Keguguran kerana pertumbuhan uri tidak sempurna yang tidak berupaya untuk menampung fetus.
Makanan Tambahan

Pengambilan zat makanan tambahan seperti asid folik tambahan digalakkan pada tiga bulan pertama kehamilan. Zat tambahan ferum pula mungkin diperlukan jika anda menghidap anemia. Namum begitu, sekiranya anda memakan pelbagai jenis makanan segar, zat makanan tambahan tidak lagi diperlukan kerana makanan yang diambil sudah cukup membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi.

Vegetarian

Jika anda merupakan seorang yang mengamalkan vegetarian, anda perlu meningkatkan pengambilan susu sekurang-kurangnya 600 ml setiap hari. Sumber khasiat dalam susu boleh diperolehi daripada susu yang dipasteur, susu soya, keju, yogurt dan apa sahaja makanan yang berasaskan susu. Selain itu, anda perlu menemui pakar pemakanan untuk membincangkan diet yang sepatutnya diamalkan. Anda berkemungkinan kekurangan zat besi, kalsium dan vitamin B12 yang biasanya diperolehi dalam makanan yang berasal daripada haiwan.

Berat Badan

Penambahan berat badan pada peringkat awal kehamilan adalah disebabkan simpanan tisu badan. Berat badan anda akan bertambah dari semasa ke semasa. Pada dua bulan terakhir pula, tenaga diperlukan untuk penambahan berat badan janin. Selain itu, anda juga perlu menyimpan bekalan lemak bagi membolehkan anda menyusu secara eksklusif di kemudian hari. Berat badan yang seimbang dengan kandungan bayi penting sepanjang kehamilan bagi menjamin perkembanagn fetus yang sihat. Walau bagaimanapun, jika berat badan anda berlebihan atau berkurangan, berat badan anda akan dipantau dan yang pastinya anda memerlukan diet yang sesuai dengan berat badan anda dan juga berat kandungan. Jadi, anda perlu dapatkan panduan dan nasihat daripada pakar perubatan.

Mengidam

Anda mengidamkan sesuatu kerana berlakunya perubahan hormon. Perubahan imbangan hormon menyebabkan lidah menjadi tawar atau kurang upaya untuk merasa makanan. Keadaan inilah yang mendorong anda mengidam makanan yang lebih manis, masin atau masam. Namum yang demikian, anda perlu mengawasi amalan pemakanan keseluruhannya.

Pastikan diri anda dan kandungan mendapat bekalan zat yang secukupnya. Hal ini kerana zat makanan yang disalurkan kepada bayi akan berkurangan jika anda hanya kenyang memakan makanan daripada jenis zat yang tidak diperlukan. Akibatnya, pertumbuhan kandungan akan terganggu.

Makanan Larangan

Setiap budaya mempunyai idea tersendiri tentang diet semasa hamil. bagi sesetengah kebudayaan, wanita hamil dilarang mengambil makanan tertentu. Makanan tersebut termasuklah buahan, sayuran dan rempah ratus. Walaupun tiada laporan perubatan yang dapat membuktikan makanan tersebut boleh memudaratakan ibu hamil, namum kebanyakan daripada anda cuba mengelak daripada makanan tersebut.

Itu terpulanglah pada anda, namum anda perlu menukar makanan yang dilarang kepada jenis makanan alternatif (supplemen) bagi mendapatkan bekalan makanan seimbang yang secukupnya. Walau bagaimanapun, sesetengah makanan laut boleh mendatangkan mudarat kepada anda terutamanya yang mengandungi merkuri yang tinggi.

Makanan Supplemen

Makanan supplemen merupakan kaedah alternatif yang sangat popular bagi ibu hamil. Ini disebabkan oleh ketidakseragaman di dalam pengambilan diet harian, maka makanan supplemen memainkan peranan penting bagi membekalkan nutrien penting seperti kalsium, vitamin C, serat, asid folik, ferum, zat besi, asid lemak dan sebagainya. Supplemen sangat mudah diamalkan di samping dapat membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Pengambilan supplemen dapat membekalkan ibu hamil dengan nutrien yang diperlukan tanpa ibu hamil perlu bersusah payah memikirkan makanan-makanan yang perlu dimakan bagi tujuan tersebut. Ini menyebabkan makanan supplemen merupakan makanan yang sangat dititikberatkan oleh hamil bagi memenuhi keperluan zat dan nutrien yang diperlukan semasa kehamilan.

klik sini untuk mendapatkan makanan supplemen yang disyorkan oleh Kak Engku.

Keguguran Saat Yang Memilukan

Keguguran memang banyak berlaku pada tiga bulan awal kandungan, kajian menunjukkan bahawa sebanyak 10 hingga 30 peratus wanita hamil berhadapan situasi tersebut. Pn. A baru sahaja mengalami keguguran. Kandungannya yang baru memasukki bulan kedua tidak dapat diselamatkan. Beberapa hari Pn. A termenung memikirkan sebab kandungannya gugur. Dia cuba membuat andaian bahawa ada kemungkinan hal itu berpunca daripada senaman yang dilakukannya? Atau mungkin berpunca daripada makanan yang diambilnya sebelum itu.

Keguguran memang banyak berlaku pada tiga bulan awal kandungan. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 10 hingga 30 peratus wanita hamil berhadapan situasi tersebut. Lebih dari setengah keguguran yang terjadi di awal kehamilan ini diakibatkan oleh kelainan kromosom janin atau genetik yang membantu perkembangan janin.

Faktor Penyebab

Penyebab keguguran ada pelbagai. namum, unumnya ia boleh terbahagi kepada beberapa faktor iaitu genetik, masalah hormon, jangkitan, masalah rahim dan beberapa faktor yang tidak diketahui. Selain itu terdapat juga sebab lain yang menjadi faktor seseorang ibu itu keguguran seperti radang pada saluran telur (jarang terjadi), penyakit kronik atau hormon tidak seimbang. Oleh yang demikian boleh disimpulkan bahawa punca masalah ini adalah beragam. Bukan hanya disebabkan pemakanan atau aktiviti fizikal sahaja. Antara penyebabnya ialah:

Faktor Genetik

Sel-sel manusia normal mengandungi 46 kromosom. Sel telur atau ovum mengandungi sel kromosom XX, sedangkan sperma mengandungi kromosom X dan kromosom Y. Oleh yang demikian, ada kalanya terjadi ketidaksempurnaan seperti jumlah yang kurang misalnya 45 kromosom atau berlebihan sehingga menjadi 47 kromosom. Keadaan ini menyebabkan janin tidak normal. Janin yang tidak normal tidak mudah untuk matang tetapi mudah untuk gugur.

Faktor genetik selalunya melibatkan 60 peratus berpunca dari ibu manakala selebihnya iaitu 40 peratus datang daripada bapa. Maka dengan itu, boleh disimpulkan bahawa masalah keguguran bukan disebabkan oleh ibu sahaja. Bapa berpotensi menyumbang kepada masalah itu.

Faktor Hormon

Sekitar 10 peratus keguguran disebabkan oleh faktor hormon. Hal ini mungkin disebabkan oleh jumlah hormon prolaktin yang berlebihan atau mungkin terlalu sedikit hormon prolaktin pada tubuh ibu. Sekiranya jumlah hormon tersebut melebihi sepatutnya, ia akan mengganggu perkembangan telur yang baru disenyawakan begitu juga sebaliknya. Hal ini disebabkan hormon tersebut diperlukan sebagai pembantu mematangkan janin dan plasenta.

Faktor Jangkitan

Bagi ibu yang dijangkiti virus TORCH, mereka perlu lebih berhati-hati. Hal ini kerana virus tersebut terdiri daripada masalah tosoplasmosis, rubella, CMV (cytomegalovirus) dan HSV (herpes simpleks virus). Apabila jangkitan tersebut menyerang janin, pertumbuhan janin akan tidak normal lalu menyebabkan keguguran.

Masalah Rahim

Rahim yang bermasalah boleh menyebabkan keguguran. Misalnya masalah endometriosis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid. Kedua-dua masalah ini sering kali dikaitkan dengan masalah keguguran berulang. Rahim yang mempunyai banyak kecederaan atau parut juga boleh mendatangkan masalah. Hal ini kerana, kecederaan pada dinding rahim menjadikan dinding rahim kesukaran mengikat janin dengan kuat. Ibu yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan. Begitu juga masalah kecederaan pada rahim.

Faktor Lain

Faktor-faktor lain menyumbang 5 peratus daripada penyebab keguguran. Misalnya masalah kekurangan zat, radiasi, kecederaan fizikal dan sebagainya.

Tidakan Pencegahan

Lazimnya, masalah kegugran ditunjukkan dengan tanda pendarahan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku pendarahan terutamanya ketika tiga bulan pertama kehamilan, ibu digalakkan mendapatkan rawatan yang sewajarnya, walaupun jumlah darah yang keluar itu sedikit.

Jika perkara ini berlaku, anda digalakkan berehat. Ubat-ubatan juga perlu diambil agar janin dalam plasenta lebih kuat. Pemeriksaan imbasan juga perlu dilakukan bagi melihat sama ada janin dalam kandungan masih ada atau sebaliknya. Sekiranya masalah kandungan anda disebabkan jangkitan, nasihat dan rawatan daripada doktor diperlukan. Hal ini kerana, doktor mempunyai kepakaran dalam mengesan dan mengubati jangkitan tersebut. Misalnya dengan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dan multivitamin E.

Dengan sebab itu, ibu yang baru hamil digalakkan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti asid folik dan vitamin lain sehingga kandungan berusia 3 bulan. Waktu tiga bulan ini juga ibu hamil digalakkan banyak berehat dari sebarang kerja yang melibatkan aktiviti fizikal.

Kesihatan mental juga penting. Hal ini disebabkan sebilangan kecil keguguran disebabkan oleh masalah stress atau tekanan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya ibu hamil ini banyak berehat, berbaring dan bertenang. Disamping itu, jauhkan aktiviti persetubuhan kerana ada kalanya persetubuhan pada masa ini menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

Peranan Suami

Jika berlaku keguguran, tentunya ibu hamil lebih tertekan. Jadi, suami digalakkan sentiasa berada di sisi isteri. Banyak bantuan yang boleh anda berikan. Antaranya:
  • Teman isteri ketika berada dalam keadaan sedih dan kecewa akibat keguguran. Sebaiknya ambil cuti bekerja agar anda boleh berada di sisi isteri sepanjang masa. Dengan itu, isteri akan berasa lebih selesa, selamat dan lebih tenang apabila mendapat perhatian dan kasih sayang daripada orang yang dikasihi.
  • Hiburkan isteri dengan membawa makanan kegemaran atau apa sahaja yang disukai. Jika isteri gemar membaca, bawakanya buku agar masa luangnya dapat disi dengan membaca. Jangan biarkan masa terluang isteri dibiarkan begitu sahaja kerana hal tersebut akan memberi ruang kepada isteri memikirkan perkara sedih yang menimpanya.
  • Masa baru menerima berita buruk isteri mungkin tidak mahu berbicara dengan sesiapa malah tidak mahu diganggu. Oleh yang demikian anda perlu berikan raung dan masa kepada isteri. Walau bagaimanapun, jangan biarkan perkara itu berlarutan untuk beberapa hari. Sebaiknya, segera berbicara dengan isteri dan memujuknya agar lebih tabah. Berikannya kekuatan dan sokongan untuk terus menjalani kehidupan normal.
  • Seringkali masalah keguguran menyebabkan isteri rasa bersalah. Oleh yang demikian, anda perlu menerangkan kepada isteri bahawa kesalahan bukan terletak kepada sesiapa termasuk dirinya. Kejadian yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Maka, kejadian tersebut perlu diambil perhatian serius kerana kebanyakkan ibu hamil yang keguguran mudah murung dan menyalahkan diri sendiri.
  • Yakinkan kepada isteri bahawa kejadian tersebut bukan hanya dialami oleh anda berdua. Katakan kepada isteri bahawa keguguran sememangnya sering berlaku. Nyatakan juga bahawa 10 - 30 peratus kehamilan boleh mengalami keguguran. Yakinkan isteri bahawa semua itu ketentuan-Nya. Ajak isteri berdoa agar dikurniakan zuriat pada masa akan datang.
  • Minta bantuan daripada keluarga untuk turut sama menyokong isteri bagi meneruskan kehidupan seperti sediakala. Cegah keluarga membahaskan perkara yang terjadi kerana ia mungkin akan menimbulkan konflik yang lebih parah.

Ujian Khas Kehamilan

Anda berhak meminta doktor melakukan ujian khas sekiranya terdapat masalah terhadap tahap kesihatan bayi anda. Anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan sebagai sebahagian daripada rutin pemeriksaan antenatal. Dalam keadaan tertentu seperti bayi berkeadaan tidak normal, doktor akan melakukan beberapa ujian khas. Jika masalah yang dialami oleh anda dan kandungan dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan anda melahirkan bayi dengan selamat adalah tinggi.

Ujian AFP (Penyaringan Serum)

Kebanyakkan wanita hamil digalakkan menjalani ujian darah pada minggu 16 untuk mengetahui kemungkinan anda menghadapi risiko melahirkan anak sindrom Down atau kecacatan tiub neural terbuka seperti spina bifida.

Bagi wanita yang mendapat keputusan positif, mereka lazimnya akan melahirkan bayi normal. Berlainan pula dengan mereka yang mendapat keputusan negatif. Keputusan tersebut biasanya menunjukkan kemungkinan kecil bayi yang dikandung mengalami keabnormalan. Ujian AFP tidak dapat mengesahkan sepenuhnya kemungkinan yang diperolehi, jadi ujian-ujian lain seperti ujian imbasan ataupun amniosentesis akan dilakukan.

Amniosentesis

Ujian ini digunakan untuk mengesan beberapa keabnormalan pada bayi terutamanya bagi anda yang datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah keabnormalan genetik. Ujian ini mempunyai risiko kecil menyebabkan keguguran. Anda mungkin perlu menjalani ujian ini jika:
  • Berumur lebih 37 tahun (risiko mendapat bayi sindrom down adalah tinggi)
  • Mempunyai sejarah penyakit keturunan seperti spina bifida.
  • Mempunyai tahap AFP yang lebih tinggi daripada biasa.
Berpandukan ujian imbasan, sebatang jarum berongga diselitkan ke dalam rahim melalui lapisan dinding perut dan satu sampel cecair yang mengelilingi bayi serta mengadungi sedikit selnya diambil. Sel ini kemudian diuji untuk mengesan keabnormalan pada bayi.

Pensampelan Vilus Korionik (CVS)

Ujian ini dilakukan pada minggu ke 11 untuk mengesan sindrom down ataupun keabnormalan genetik atau kromosom yang lainnya. Gangguan keturunan dapat diketahui dengan memeriksa secebis jalur tisu yang membentuk bahagian plasenta.

Sampel ini diperolehi samada melalui bukaan rahim atau dengan memasukkan jarum terus ke dalam rahim melalui dinding abdomen. Kelabihan CVS ialah jika terdapat sebarang masalah, tindakan untuk menyelamatkan anda dan kandungan dapat dilakukan jika masalah tersebut dikesan pada peringkat awal. Ujian ini mempunyai risiko sama seperti amniosentesis.

Kaunseling Genetik

Jika anda khuatir bayi anda mewarisi penyakit keturunan ataupun cacat, anda boleh berbincang dengan doktor anda. Kaunseling adalah berdasarkan kepada segala maklumat berkaitan penyakit yang pernah dialami oleh ahli keluarga ataupun analisis kromosom yang didapati daripada sampel darah.

Doktor akan menerangkan kepada anda sebarang penyakit yang mungkin dihadapi oleh bayi dan menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum mengambil keputusan untuk hamil agar anda tidak terlibat dengan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Menentukan Saiz Bra (Coli)

Langkah Menentukan Saiz Coli

1) Ukur bahagian bawah payudara dari tengah dada hingga ke bahagian tengah tulang belakang dalam inci. Ukuran ini didarab dua dan ditambah 5. Contohnya jika ukuran itu 14 inci, maka :

A = (14 x 2) + 5 = 33

2) Ukur tengah dada melalui puting payu dara hingga ke bahagian tengah tulang belakang dalam inci. Darabkan ukuran ini dengan dua. Contohnya jika ukurannya ialah 17 inci, maka :

B = (17 x 2) =34

Kira B - A = 34 - 33 = 1

Ukuran cup mengikut kiraan B - A :

Jika B - A = -1, cup size AA
Jika B - A = 0, cup size A
Jika B - A = 1, cup size B
Jika B - A = 2, cup size C

Jadi mengikut kiraan di atas, saiz coli adalah 33B (jika bra disaizkan dalam cm, kira dulu kiraan dalam inci. Dah dapat jawapan baru convert to cm)

Masalah Ketidaksuburan

Ketidaksuburan atau kemandulan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor penyakit, gangguan atau tekanan emosi dan psikologi yang biasanya boleh dirawat.

Kaedah rawatan tercanggih untuk meningkatkan kesuburan dan reproduktif manusia, boleh didapati di beberapa hospital dan pusat pakar di negara kita. Oleh itu, bagi mereka yang tidak subur atau mandul, peluang masih ada tetapi mereka perlu berusaha serta membelanjakan wang untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Siapa yang paling sesuai mendapat rawatan ini? Rawatan ini sesuai untuk pasangan muda yang gagal hamil setelah dua tahun berkahwin atau pasangan yang kahwin lambat (misalnya selepas umur 30 tahun) yang masih tidak hamil selepas enam bulan atau setahun berkahwin.

Pasangan yang pernah hamil atau sudah mendapat anak pertama tetapi masih gagal hamil untuk kali kedua pun wajar mendapatkan pemeriksaan dan rawatan oleh pakar ginekologi. Namum, ada kes yang melibatkan kedua-dua pihak (suami isteri) yang telah menjalani pelbagai jenis siasatan (keputusan-keputusannya normal), mereka masih gagal mendapat kehamilan walaupun setelah pelbagai cara rawatan diberi. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan yang tidak serasi atau immunologically incompatible.

Dalam kebanyakkan kes mandul, pihak isterilah yang sering mengambil daya inisiatif untuk menjalani siasatan dan rawatan manakala suami enggan datang, kononnya kerana ini akan menjatuhkan maruah atau egonya. Sebenarnya antara 30 hingga 40 peratus daripada kes-kes kemandulan adalah disebabkan oleh kemandulan lelaki.

Kesan Seks Waktu Haid

Dari sudut kesihatan, hubungan seksual ketika haid memberi pelbagai kesan buruk kepada individu. Ia tidak terhad kepada isteri tetapi juga kepada suami. Ini kerana golongan yang aktif seks seperti pelacur memiliki potensi yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan kerana melakukan hubungan seks ketika haid.

Daripada kajian pakar, darah haid mengandungi monotoksid. Vagina pada masa haid sangat lembut dan lebih senang dijangkiti penyakit STD (sexually transmitted disease) seperti genital warts, herpes, gonorrhea dan chlamydia.

Kebanyakan pasangan yang melakukan hubungan seksual ketika haid mengadu mengalami kesakitan dua kali ganda daripada biasa. Darah haid atau rembesan dari faraj sangat mudah mendedahkan pasangan dengan pelbagai penyakit. Meskipun kesannya kepada lelaki ketara tetapi impaknya kepada perempuan lebih hebat.

Tahap kesuburan STD memungkinkan perempuan tidak mampu hamil. Gonorrhea misalnya disebabkan oleh bakteria yang dipanggil neisseria gonorrhea. Bakteria ini mudah disebarkan menerusi hubungan seksual termasuk seks oral. Ada banyak kes, gonorrhea tidak menunjukkan simptom tertentu, tetapi ada simptom yang ditunjukkan tidak dapat dikesan oleh pesakit.

Lazimnya, bagi perempuan yang mengalami gonorrhea, ia akan berasa sakit (burning sensation) ketika membuang air kecil atau keluarnya rembesan hijau kekuningan dari vagina. Jika jangkitan merebak, ia akan masuk ke rahim dan tiub fallopio yang akan mengakibatkan sakit perut, demam dan bengkak-bengkak pada badan.

Keadaan ini turut menyebabkan seseorang itu tidak subur. Jangkitan gonorrhea ketika hamil akan mendatangkan masalah kepada janin dan bayi yang baru lahir pula mungkin akan buta dan terdedah pada meningitis.

Lelaki yang terdedah pada gonorrhea akan mengalami simptom yang hampir sama, rasa sakit ketika kencing dan keluarnya cair kehijauan. Gonorrhea boleh tersebar pada epididymis (struktur yang membantu membawa sperma). Keadaan ini akan menyebabkan tisu berparut yang mengakibatkan kemandulan.

Satu lagi jangkitan yang boleh merebak ialah genital warts atau dikenali juga sebagai venereal warts. Ia boleh tersebar kerana hubungan seksual termasuk oral. Sesetengah orang mengesan genital warts pada bahagian tangan dan ada juga di kakinya. Biasanya ia kecil, warnanya seakan kulit dan gatal. banyak kes genital warts kelihatan seperti kubis bunga. Bagi perempuan, genital warts biasanya tumbuh di bahagian bawah pintu vagina atau bibir vagina di bahagian serviks atau sekeliling punggung. Bagi lelaki, warts tumbuh berhampiran zakar dan kawasan sekitarnya.

Chlamydia pula adalah penyakit seksual yang paling biasa. Ia akan menyebabkan seseorang itu berasa sakit di bahagian perut, sakit ketika melakukan hubungan seksual kadang-kadang ia menyebabkan demam. Lelaki yang terdedah pada chlamydia akan berasa gatal atau burning sensation di sekitar zakar. Malah ada yang turut mengalami masalah zakar membengkak walaupun kes sebegini jarang berlaku. Pasangan mungkin terdedah dengan genital herpes, satu lagi penyakit STD.

Genital herpes boleh muncul dan hilang begitu saja kerana tidak ada penawar untuk herpes. Ia akan kekal di dalam tubuh pesakit dan merebak menerusi hubungan kelamin. Genital herpes meningkatkan risiko terkena jangkitan HIV.

Ini kerana virus HIV boleh memasuki tubuh dengan mudah setiap kali berlakunya luka pada badan. Jika perempuan hamil menghidap herpes, kemungkinan untuk menjangkiti janin sangat tinggi dan mendedahkan bayi dengan meningitis malah kerosakan otak.

Bolehkah Perempuan Haid Hamil?

Hal ini tidak mungkin berlaku kerana ketika haid, tubuh wanita mengeluarkan telur yang tidak subur dan lapisan tubuhnya bersedia untuk telur yang subur jadi ia agak mustahil untuk hamil pada ketika ini. Begitupun, ia bukan lesen menghalalkan hubungan seksual ketika haid. Islam melarang pasangan melakukan hubungan kelamin ketika haid kerana tindakan itu akan memberi kemudaratan kepada kesihatan mereka. Ramai pakar perubatan turut berpendapat bahawa tindakan ini tidak baik untuk kesihatan.

Menentukan Waktu Subur

Sebelum membuat pemeriksaan untuk menentukan kehamilan, sebaiknya anda perlu tahu mengenai waktu subur berdasarkan kitaran haid anda. Berikut adalah huraian mengenai kitaran haid. Huraian ini sangat jelas dan ringkas berbeza dengan sumber-sumber lain.

Ada dua sebab utama mengetahui waktu subur iaitu untuk mendapatkan zuriat dan mengelakkan mendapat zuriat. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan anda hamil tanpa dirancang. Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum membuat keputusan untuk hamil.

Secara umumnya kitaran haid setiap wanita ialah antara 28 hingga 30 hari. Tetapi ada yang mempunyai kitaran masing-masing iaitu seawal 25 hari atau lambat sehingga 35 hari. Jadi anda perlulah sentiasa mencatatkan kedatangan haid anda setiap bulan di dalam kalendar atau diari untuk memudahkan anda mengiranya. Jika anda pelupa atau terlalu sibuk, minta bantuan suami untuk membantu mencatatnya.

Ingat, ini adalah soalah yang pertama doktor apabila anda membuat ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan. Sama ada anda memahaminya sebagai HARI PERTAMA HAID TERAKHIR atau FIRST DAY LAST PERIOD, ia sangat penting bagi permulaan hidup baru anda.

Fasa Kitaran Haid

Hari 1 - 4

Fasa pengeluaran haid (menstruation). Ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah permulaan fasa ini. Hari pertama hingga akhir perlu ditandakan di dalam kalendar pada setiap bulan jika anda merancang untuk hamil.

Hari 5 - 13
Fasa follicular yakni hormon estrogen meningkat. Darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15 - 28
Fasa luteal atau secretory. Selepas telur dikeluarkan dari tempatnya, sejenis hormon dipanggil progestrone dirembes daripada tempatnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagai haid. Maka berlakulah lagi kitaran haid yang bermula pada hari pertama.

Bilakah Waktu Subur?

Waktu yang terbaik untuk mengadakan hubungan kelamin ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada tempatnya. Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 HARI daripada HARI PERTAMA HAID BERIKUTNYA atau ketika fasa luteal bermula.

Jika kitaran haid anda selama 28 hari bermakna 28 - 14 iaitu hari ke 14. Jika kitaran anda 30 hari bermakna 30 - 14 iaitu hari ke 16. Begitulah selanjutnya. Ini adalah kerana fasa luteal biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Cara Lain Untuk Mengetahui Waktu Subur
  • Perubahan Suhu Basal Badan
  • Pemeriksaan Bendalir Pangkal Rahim (Serviks)
  • Pemeriksaan Posisi Pangkal Rahim
  • Pemeriksaan Dengan Menggunakan Alat Clear Plan.
Anggar Waktu Sesuai Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka kebarangkalian untuk mendapatkan zurait adalah amat terhad. Oleh itu Allah swt mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap lelaki adalah jutawan), ia boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 16 selepas hari haid pertama untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Panduan Dan Suplemen Pemakanan

Anda juga boleh mendapatkan bahan bacaan sebagai panduan, di sini terdapat 2 ebook yang sangat berguna bagi wanita yang ingin mendapatkan zuriat.

1. Ebook Senang Hamil
2. Ebook Rahsia Mudah Hamil

Disamping itu suplemen tambahan juga digalakkan kepada wanita-wanita yang ingin merancang kehamilan antaranya:

1. Iron Folic
2. Protein
3. Multivitamin


Elak Kehamilan Dengan Kiraan


Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kelandar adalah berisiko dan tidak berapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira atau kedatangan haid yang tidak berapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan ada;ah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain. Ada yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri.

Cadangan Diet Ibu Hamil Kembar

Apabila anda disahkan hamil kembar, pasti anda akan teruja dan panik. Dalam kepala anda pasti akan membayang yang perut anda akan membesar dua kali ganda dan sebagainya. Sebenarnya saiz anda tidaklah akan sampai menjadi dua kali ganda daripada orang yang hamil tunggal. Cuma ia akan lebih besar sedikit. Yang penting, anda perlu menjaga diet agar peningkatan berat badan anda tidak bertambah secara mendadak.

Tetapi semestinya anda memerlukan lebih bekalan asid folik untuk membantu kecerdasan otak anda termasuk zat besi dan kalsium. Anda pun perlu banyak berehat dan perlu kerap bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan.

Resipi Diet

1. Bergedel Tauhu


Bahan-Bahan:
  • 10 keping tauhu (ditumbuk lumat)
  • 600gm udang (direbus dan ditumbuk halus)
  • 5 biji cili merah (dikisar)
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya (dimayang)
  • 4 biji telur
  • 2 cawan minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-Cara:
  • Gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali telur.
  • Bentukkan adunan menjadi bulat
  • Pukul telur sehingga kembang. Celupkan bahan yang telah dibulat-bulatkan tadi ke dalamnya.
  • Goreng sehingga garing.

2. Bebola Roti

Bahan-Bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 100 gm ibu roti
  • 4 gelas air
  • 10 biji telur (dipukul)
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 tangkai cili merah dan cili hijau (dihiris nipis)
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
  • Pukul telur bersama serbuk lada sulah, garam, cili hijau, bawang besar dan cili merah.
  • Panaskan minyak di dalam kuali kemudian goreng telur sehingga hancur dan ketepikan.
  • Tepung diayak dan diuli bersama air, garam dan ibu roti. Biarkan hingga tepung naik.
  • Kemudian bulat-bulatkan tepung dan goreng hingga kuning.
  • Apabila roti telah sejuk, potong melintang ditengah-tengah dan letakkan inti telur tadi.

3. Sup Cendawan Old Trafford

Bahan-Bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 300gm cendawan butang segar
  • 2cm halia (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 2 camca besar minyak
  • Sebatang serai
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Garam
  • 500ml air
  • 2 camca besar sos tiram
Cara-Cara:
  • Tumis sehingga naik bau bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  • Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam.
  • Masukkan air, serai dan ayam, biar sehingga mendidih.
  • Masukkan cendawan, renihkan selama 5 minit.
  • Akhir sekali masukkan garam dan lada benggala.

4. Kebab Ikan

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan tenggiri
  • 1 kg minyak sapi
  • 1 biji kelapa (diparut dan digiling halus)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh jintan manis (digiling halus)
  • 1 sudu besar lada putih (digiling halus)
  • 2 inci halia (digiling halus)
  • 1 sudu teh jintan putih (digiling halus)
  • 10 ulas bawang merah (digiling halus)
  • 10 ulas bawang putih (digiling halus)
  • 1 batang daun ketumbar (digiling halus)
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara:
  • Isi ikan dicincang halus.
  • Campurkan ikan bersama halia, jintan manis dan lada putih, bawang putih, bawang merah, kelapa parut dan daun ketumbar.
  • Masukkan garam.
  • Pecahkan telur ke dalamnya dan gaul sebati.
  • Kepal bulat-bulat sebesar telur ayam dan goreng sehingga kuning.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Untuk Renungan Bersama

Surah Al-Baqarah: Ayat 216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


Plasenta Abrubtion (Uri Lekang)

Plasenta yang lekang terlalu awal dari uterus sememangnya mengundang bahaya. Masalah yang berlaku pada trimester ketiga kehamilan ini perlukan perhatian yang serius. Plasenta abrubtion atau juga dikenali sebagai uri lekang cukup berbahaya pada ibu dan bayi dalam kandungan. Tidak kiralah sama ada lekang separuh atau sepenuhnya. Plasenta yang berpisah terlalu awal iaitu ketika bayi belum pun lahir adalah satu masalah yang serius kerana ketika itu bayi masih bergantung pada plasenta untuk mendapatkan bekalan makanan dan oksigen.

Ketahuilah bahawa, pada plasenta ada banyak salur darah yang berfungsi membawa masuk segala nutrien yang diperlukan oleh bayi daripada tubuh ibu. Dan jika uri ini terpisah semasa bayi masih dalam kandungan, maka zat-zat makanan tersebut tidak dapat disalurkan pada tempat yang sepatutnya. Akibatnya, berlakulah pendarahan. Semakin besar kawasan yang lekang itu, semakin banyak darah yang akan keluar. Ini bermakna, ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Plasenta abrubtion juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan kematian dalam kandungan. Dianggarkan kejadian ini berlaku sekali dalam setiap 200 kehamilan. Walaupun masalah ini kerap terjadi pada trimester terakhir kehamilan, namum anda haruslah berhati-hati kerana plasenta abrubtion boleh berlaku seawal minggu ke 20.

Sebenarnya, punca kepada masalah ini masih tidak diketahui. Cuma, yang paling nyata dan boleh digunapakai ialah akibat kemalangan. Walau bagaimanapun, dipercayai ada beberapa keadaan yang boleh menjadi penyumbang kepada masalah plasenta lekang ini. Antaranya, ialah masalah yang sama pada kehamilan lalu, tekanan darah tinggi, mengambil dadah terutamanya jenis kokain, merokok dan kehamilan kembar.

Plasenta abrubtion sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak, komplikasi darah beku (Disseminated Vascular Coagulation - DIC) pengaliran darah yang lemah dan akan merosakkan otak dan buah pinggang, pendarahan teruk selepas bersalin dan kematian dalam kandungan.

Anda mungkin mengalami masalah ini jika berlaku pendarahan pada vagina bersama dengan rasa sakit. Ketahuilah bahawa plasenta abrubtion akan menyebabkan darah yang keluar itu berwarna gelap. Selain keluar ketika sebelum bersalin, darah boleh juga keluar semasa proses kelahiran. Pun begitu, simptom-simptom yang berlaku sangat berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

Antara Simptom-Simptomnya:
  • Pendarahan pada bahagian vagina.
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Kontraksi pada uetrus.
  • Darah dalam kantung amniotik.
  • Muntah-muntah.
  • Dahaga.
  • Rasa hendak pitam.
  • Pergerakan bayi semakin lemah.
Sehingga kini tiada ubat yang boleh diberikan untuk menghalang daripada berlakunya plasenta abrubtion ataupun mencantumkan kembali plasenta yang sudah lekang itu. Jika anda dikesan mengalami masalah ini, rawatan akan terus diberikan. Pun begitu, semuanya bergantung penuh kepada keseriusan pendarahan, usia dan keadaan bayi dalam kandungan. Dalam kebanyakan kes, pembedahan caesarean adalah cara penyelesaian terbaik. Sekiranya pendarahan berlaku terlalu banyak, pemindahan darah akan dilakukan.