Archive for October 2010
Latest Updates

Memahami Kehamilan

Memiliki cahaya mata yang sihat, sempurna dan pintar adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Namum, sebelum impian menjadi realiti, banyak yang perlu dihadapi oleh insan yang bernama ibu mahupun bapa.

Kehamilan dan kelahiran lazimnya tidak menimbulkan masalah. Pun begitu, banyak faktor perlu diperhatikan bagi memastikan kehamilan itu berjaya dan proses kelahiran berjalan lancar. Pasangan suami isteri terlebih dahulu perlulah memahami perubahan fizikal dan emosi yang akan berlaku semasa proses kehamilan. Fizikal dan emosi bakal ibu mesti berada pada tahap yang baik sebelum mengambil keputusan untuk hamil.

Untuk itu banyak perkara diambil berat. Antaranya ialah tentang pemakanan, senaman, tabiat dalam kehidupan seharian, memahami proses kehamilan dan kelahiran sebaiknya, dan menjalani pemeriksaan kesihatan semasa hamil. Selain isteri , suami pun perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Suami perlu peka terhadap sebarang perubahan fizikal dan emosi yang bakal berlaku kepada isteri.

Seelok-eloknya, jika anda berhasrat untuk hamil, jumpalah doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda benar-benar sihat dan tubuh bersedia untuk hamil. Dapatkan kepastian daripada doktor tentang tahap kesihatan anda dan pastikan diri bebas daripada sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi mahu pun penyakit jantung. Lakukan pemeriksaan pap smear untuk memastikan anda bebas daripada sebarang masalah pada sistem reproduktif. Jika anda ingin mengambil pelalian pencegah Rubella, ambillah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.

Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan, darah akan turut diperiksa. Pemeriksaan darah sangat penting untuk mengesan penyakit kelamin seperti sifilis kerana boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Selain itu, pemeriksaan darah ini dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella atau german measles. Jika sudah mendapat pelalian sebelum hamil, anda mungkin terselamat daripada masalah kecacatan pada bayi yang dikandung sekiranya semasa mengandung, anda diserang demam rubella. Demam rubella jika berlaku pada peringkat awal kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis kecacatan pada bayi seperti jantung berlubang, pekak dan bisu.

Selain tahap kesihatan, faktor umur pun penting untuk memastikan kehamilan anda tidak menghadapi banyak masalah. Umur yang paling sesuai untuk hamil ialah di antara 20 hingga 35 tahun. Akan tetapi, ini bukanlah beerti, wanita yang sudah melewati usia tersebut tidak boleh hamil. Cuma, mereka perlukan penjagaan yang lebih rapi.

Untuk hamil persediaan mental pun penting. Pastikan kehamilan tersebut benar-benar dikehendaki dan bukan terjadi secara kebetulan. Kehamilan yang tidak disengajakan lazimnya akan menimbulkan banyak masalah pada anda mahupun pasangan.

Sebelum hamil, anda perlulah tahu serba sedikit tentang kehamilan dan kelahiran sebagai persediaan agar anda tidak terkejut dengan segala perkara baru yang berlaku. Tanpa ilmu pengetahuan yang secukupnya, kehamilan boleh menyebabkan perasaan tertekan. Bukan itu sahaja, tubuh akan turut rasa terbeban dengan keadaan barunya itu.

Ketahuilah bahawa ada di antara wanita mengalami masalah kemurungan yang teruk selepas bersalin. Wanita ini mengalami tekanan jiwa yang amat sangat sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal keadaan. Keadaan seperti ini dikenali sebagai pueperal psychosis. Masalah ini jika tidak dikawal dan diberikan rawatan segera, penghidapnya boleh bertindak membunuh diri. Oleh yang demikian, persediaan mental perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Akan tetapi, persediaan itu bukan hanya bagi isteri tetapi juga pada suami. Suami perlulah sentiasa berada di sisi isteri untuk memberikan sokongan moral. Ketahuilah bahawa sepanjang tempoh kehamilan selama 40 minggu itu, banyak dugaan yang akan datang. Muntah-muntah, demam, lesu, tidak selera makan, bengkak pada kaki, dan susah hendak tidur adalah lumrah bagi wanita hamil. Ketika inilah pentingnya kehadiran suami di sisi.

Ketahuilah perkongsian hidup bagi pasangan suami isteri bukan hanya sekadar berkongsi tempat tidur malah lebih daripada itu. Tanggungjawab sebenar setelah bergelar suami isteri akan terbina sedikit demi sedikit sejajar dengan peningkatan usia sesebuah perkahwinan.

Maklumat Penting Kehamilan

Kehamilan adalah satu fenomena yang sudah terlalu biasa dalam kehidupan kita. Akibatnya ramai yang malas untuk mengambil tahu tentang hal ini. Ketahuilah bahawa sangat penting bagi anda untuk tahu dengan terperinci tentang kehamilan agar bayi yang dikandung sihat dan selamat.

Keputusan untuk hamil adalah satu keputusan yang penting kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.

Ketahuilah bahawa tempoh kehamilan bagi manusia secara umumnya adalah selama 40 minggu. Kehamilan dibahagikan kepada tiga tahap yang dikenali sebagai trimester. Tiga tahap tersebut ialah trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Terdapat banyak perubahan pada diri sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Perubahan itu adalah pada fizikal dan emosi.

Trimester Pertama

Perubahan Fizikal

  • Rasa mual pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu.
  • Sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
  • Kerap buang air kecil.
  • Payudara semakin membesar. Pada masa yang sama, warna pada aerola menjadi lebih gelap.

Perubahan Emosi
  • Mulai dingin terhadap pasangan.
  • Emosi semakin tidak stabil.
  • Sering berfikir tentang keselamatan bayi dalam kandungan.
  • Perubahan bentuk badan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik.

Peringatan

  • Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epileps, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
  • Jangan merokok atau minum minuman keras.
  • Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
  • Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Trimester Kedua

Perubahan Fizikal

  • Rasa mual dan kerap ke bilik air semakin berkurangan.
  • Dari masa ke semasa, nafsu makan mula bertambah.
  • Payudara yang semakin membesar sudah tidak lagi menyakitkan.
  • Hubungan seksual dengan suami semakin baik.
  • Mulai bulan keenam, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal.
  • Denyutan jantung semakin meningkat.
  • Kaki dan tumit mula membengkak.

Perubahan Emosi
  • masih rasa sensitif walaupun emosi semakin kurang terganggu.
  • Mula dapat merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak.
  • Ketika ini fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandungi.
  • Rasa cemas semakin menguasai.

Peringatan

  • Untuk pengetahuan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah dua minggu selepas tidak datang haid.
  • Mengingat tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
  • Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Trimester Ketiga

Perubahan Fizikal
  • Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar.
  • Suhu tubuh semakin meningkat.
  • Mula sukar untuk tidur.
  • Bengkak pada kaki bertambah.
  • Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrum mulai keluar.
  • Bulan-bulan terakhir kehamilan, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental.

Perubahan Emosi
  • Perasaan gembira bercampur takut mulai menguasai diri.
  • Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran.
  • Mula memikirkan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul setelah bergelar ibu.

Peringatan

Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada tiga tahap:


Tahap Pertama
  • Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.
  • Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah.
  • Rasa sakit ketika saat kelahiran hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.

Tahap Kedua
  • Bayi akan mula keluar.
  • Kontraksi dirasai setiap dua hingga dua setengah minit.
  • Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya.
  • Jika bayi masih belum keluar dalam tempoh satu jam setelah kontraksi berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan.

Tahap Ketiga
  • Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks.
  • Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah.

Tip Diet Untuk Wanita Lepas Bersalin

Kenaikan berat badan yang mendadak setelah bersalin merupakan satu perkara yang normal. Namum ia menjadi perkara yang paling digeruni oleh wanita yang pastinya mereka mahu bentuk tubuh ideal selepas melahirkan anak.

Ramai ibu ini merasakan jika berdiet bimbang anak tidak mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya pula. Tentunya, ini menjadikan si ibu serba salah. Dalam pada itu banyak pula program pelangsingan yang ditawarkan di pasaran.Bagi yang ingin mengambil suplemen untuk mengurangkan berat badan, dinasihatkan mengambil setelah 6 bulan bersalin. Dinasihatkan juga untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan dengan apa-apa suplemen.

Hati-hati. Jangan mudah mempercayai program diet yang menjanjikan kesan langsing yang cepat tanpa perlu mengelakkan makanan kegemaran dan melakukan aktiviti fizikal. Lebih penting lagi, ambil kira kesihatan diri agar dapat menyusui anak dengan baik. Berikut beberapa tip sederhana yang mungkin boleh membantu anda:
  • Susui bayi dengan teratur kerana hal ini dapat mempercepatkan proses penyusutan rahim, ditambah lagi jika anda bersedia memberikan susu di malam hari.
  • Mengurus bayi sendiri dan elakkan daripada memberikan tanggungjawab tersebut kepada pengasuh.
  • Atur kembali pola pemakanan anda. Makan mengikut jadual iaitu makan tepat pada waktunya, sebanyak tiga kali sehari.
  • Lakukan senaman ringan dengan melakukan gerakan menaikkan kedua belah kaki perlahan-lahan setinggi 45 darjah, tahan sehingga bilangan ketiga, dan turunkan kaki perlahan-lahan. Amalkan gerakan ini selama 10 minit sebanyak tiga kali sehari. Gerakan ini akan mengencangkan kembali otot perut dan rahim anda.
  • Lakukan olahraga teratur berlari ritmik, 15 bilangan berlari, 15 bilangan berjalan dan diulang kembali berlari selama 20 minit sehari. Kalori yang dibakar jauh lebih banyak berbanding berlari selama 30 minit.
Rajin-Rajinlah Naik Tangga

Menurut Colin Boreham, Professor dari Universiti College Dublin, menaiki tangga mampu menjaga kesihatan dan membuat tubuh lebih cergas dan segar. Hal ini dirumuskan menerusi sebuah kajian menganalisis manfaat gerakan menaiki tangga sebanyak 1-2 kali sehari setiap hari.

Kunci sihat daripada aktiviti menaiki tangga adalah aktiviti ini mudah secara sambilan di samping kegiatan sehari-hari sama ada diselang seli kegiatan berat mahupun ringan. Selain itu, menaiki tangga juga tidak memerlukan alat tambahan dan ia dapat dilakukan bila-bila masa sahaja. Oleh itu, janganlah berasa malas ataupun malu untuk melakukannya.

Dalam kajian yang dilakukan, sebanyak lapan orang responden wanita diminta menjalani program selama lapan minggu dengan menaiki sebanyak 189 anak tangga dua kali sehari, selama lima hari seminggu. Mereka juga diminta dapat menaiki 90 anak tangga dalam masa seminit.

Hasilnya menunjukkan, kecergasan dan kesegaran dan kesegaran para responden meningkat sebanyak 17 peratus dan kadar kolesterol LDLnya berkurang sehingga 8 peratus. Di akhir ujian para responden mula terbiasa dengan aktiviti menaiki tangga sebanyak lima kali sehari dan aktiviti tersebut sebenarnya setanding dengan latihan berat selama 10 minit. Menurut Dr. Boreham lagi, kadar intensitinya yang tinggi membuatkan setiap responden dapat menyesuaikan diri dengan menaiki tangga dengan kegiatan sehari-hari.

Rubella Dan Kehamilan

Congenital Rubella Syndrome (CRS) yang menyebabkan kecacatan pada pendengaran, jantung dan mental bayi baru lahir adalah antara masalah yang sering berlaku sebelum vaksin rubella diperkenalkan.

Rubella atau juga dikenali sebagai German Measles ini adalah penyakit yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus. Penyebaran virus ini berlaku melalui udara iaitu apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Penyakit ini biasa menyerang orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi kedua-dua kelompok itu, serangan tersebut mudah pulih. Akan tetapi, jika rubella menyerang ibu hamil, kesannya sangat buruk. Hal ini adalah kerana yang terlibat dan menanggung penderitaan ialah bayi dalam kandungan.

Serangan penyakit ini biasanya akan menunjukkan beberapa simptom. Kesemua gejala ini biasanya muncul selepas 12 hingga 23 hari dijangkiti. Simptom peringkat pertama serangan rubella ialah demam, pembengkakan dalam tempoh satu hingga lima hari selepas dijangkiti virus. Kemudian, itu barulah ruam mula kelihatan.

Ruam

Ruam biasanya akan hilang selepas beberapa hari. Lazimnya ruam akan mula kelihatan pada muka dan kemudian barulah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Pembengkakan kelenjar dan sakit sendi akan dirasai untuk tempoh beberapa minggu.

Penyebaran virus mula berlaku setelah ruam muncul dengan banyaknya. Pun begitu, tidak dinafikan bahawa ada kalanya individu yang diserang penyakit ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda.

Sememangnya, kemungkinan bagi seseorang itu mendapat rubella sangat kecil. Akan tetapi, adalah penting untuk mengetahui adakah anda sudah mempunyai ketahanan badan terhadap penyakit itu ataupun tidak, demi untuk menyelamatkan bayi sekiranya anda hamil kelak.

Ketahuilah bahawa ibu yang dijangkiti rubella pada peringkat awal kehamilan berkemungkinan melahirkan bayi cacat sehingga 80%. Masalah kesihatan yang menyerang bayi yang dijangkiti rubella ini dikenali sebagai Congenital rubella syndrome (CRS). Kecacatan yang bakal dialami mereka adalah pada mata, pendengaran dan jantung. Selain itu, bayi tersebut mungkin akan terencat otak dan mengalami celebral palsy.

Jangkitan

Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini lazimnya mengalami perkembangan yang lambat seperti lambat berjalan. Selain masalah kesihatan, jangkitan virus ini boleh mengakibatkan keguguran dan kematian semasa masih dalam kandungan. Pun begitu, jika jangkitan berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan, peratusan bayi yang mengalami kecacatan sangat kurang.

Diakui, ada sesetengah bayi yang dijangkiti mengalami masalah kesihatan hanya untuk tempoh yang singkat. Mereka mungkin lahir dengan berat badan yang kurang, ada masalah untuk menyusu, mengalami cirit-birit, pneumonia, meningitis ataupun anemia. Tanda lebam juga mungkin kelihatan pada muka dan badan bayi tersebut. Keadaan ini adalah akibat ketidaknormalan sementara pada darah. Selain itu, hati dan limpa bayi tersebut mungkin membesar.

Bagi kebanyakan bayi yang diserang rubella semasa masih dalam kandungan, mereka lazimnya tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara ketika dilahirkan. Akan tetapi, semua bayi ini perlu diberikan pemantauan rapi kerana masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan tingkah laku sukar dikesan pada peringkat awal. Kanak-kanak yang diserang CRS turut berpotensi untuk mendapat diabetes sama ada ketika masih kanak-kanak ataupun setelah dewasa.

Vaksin

Sebenarnya tidak ada ubat spesifik yang boleh digunakan untuk merawat masalah kesihatan yang wujud akibat serangan penyakit tersebut. Hal ini adalah kerana masalah kesihatan yang timbul itu pelbagai. Biasanya bayi ini akan dirawat berdasarkan sakit atau masalah kesihatan yang dialaminya ketika itu. Jika masalah yang dihidapi ialah ketidaknormalan pada darah dan hati, lazimnya masalah tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa rawatan tertentu. Dan kecacatan lain seperti pada mata dan jantung biasanya boleh dirawat. Paling tidak pun pembedahan akan dilakukan. Pembedahan pada peringkat awal selalunya menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi.

Serangan rubella ini boleh dielakkan jika seseorang itu telah mendapatkan vaksin pencegahan sebelum hamil. Vaksin yang dikenali sebagai MMR (Measles-Mumps-Rubella Vacine) ini penting bukan sahaja pada seseorang wanita itu, tetapi juga pada bayi yang bakal dikandungi. Pun begitu, bagi wanita yang belum lagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut tetapi telah hamil, mereka dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada individu yang menghidapi rubella. Pengambilan vaksin rubella sangat TIDAK digalakan ketika hamil. Seseorang wanita itu perlu tunggu sehingga sekurang-kurangnya 4 minggu selepas mendapat suntikan vaksin rubella sebelum mengambil keputusan untuk hamil.

Set Bersalin TH




Harga : RM308.00

Set Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru selepas melahirkan anak. Merupakan produk yang mendapat pengiktirafan HALAL. Set bersalin Tropical Herbs menawarkan penyelesaian yang menyenangkan untuk penjagaan selepas bersalin. Ia dibuat dariipada herba-herba tropika yang terkenal dengan khasiat pemulihan yang dicari-cari di seluruh dunia kerana faedah-faedahnya. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka, kerana set ini tidak memberi kesan panas badan terhadap si pemakainya.

Set ini mengandungi 10 produk campuran herba yang dirumus khas untuk menguatkan dan mengukuhkan tubuh dan mempercepatkan proses penyembuhan bagi ibu-ibu selepas bersalin. Herba-herba yang digunakan dalam Set Lepas Bersalin Tropical Herbs telahpun diguna secara tradisional dan terbukti secara saintifik dan keselamatannya. Sangat sesuai bagi ibu ibu yang bersalin normal mahupun secara pembedahan caesarean.

Antara ciri keistimewaan set Tropical Herbs adalah:
  • Menyenangkan - disukat terlebih dahulu dan dipek dalam uncang yang menyenangkan dengan penyediaan yang kurang rumit.
  • Keberkesanan terbukti - herba-herba yang digunakan telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik menguat dan mengukuhkan tubuh, juga mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Herba berkualiti - menggunakan ekstrak herba yang distandardkan dan herba berkualiti seperti manjakani, kunyit, tahi angin dan halia.
  • Ramuan semulajadi - tiada bahan kimia, pengawet atau haruman tiruan digunakan.
  • Pengilang herba bertauliah - dikeluarkan oleh syarikat bertauliah yang mempunyai sijil GMP.
  • Kapsul sayuran - sesuai untuk semua bangsa dan agama.
  • Arahan dan carta penggunaan ada disertakan - panduan langkah demi langkah diberi dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Kandungan

Produk Untuk Dimakan
  • Teh Herba (10 uncang)
  • Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
  • Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)
Produk Untuk Kegunaan Luaran
  • Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
  • Herba Mandian (20 uncang)
  • Campuran Peramping Perut (20 paket)
  • Campuran Penghangat - Param (15 paket)
  • Campuran Penenang - Pilis (15 paket)
  • Minyak Urut Herba (60 ml)
  • Minyak Bayi (60ml)
  • Bengkung Diberi Percuma.

Toxoplasmosis Dan Kehamilan

Risiko kematian bayi dalam kandungan tinggi sekiranya jangkitan toxoplasmosis berlaku dalam tempoh tiga bulan pertma kehamilan.

Toxoplasmosis terjadi disebabkan oleh sejenis parasit protozoa satu sel yang menghabiskan separuh daripada kitaran hidupnya dalam haiwan dan separuh lagi dalam manusia. Organisma seni ini dikenali sebagai toxoplasma gondii. Perumah utama bagi parasit ini ialah kucing. Dan parasit ini kemudiannya dikeluarkan daripada tubuh kucing menerusi najisnya. Selain kucing, toxoplasma gondii boleh disebarkan menerusi haiwan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu.

Bagi kebanyakan orang, jangkitan ini tidak membahayakan. Akan tetapi jika jangkitan berlaku ketika hamil, kesannya sangat buruk. Berdasarkan kajian terbaru, semua ibu hamil dan bayi baru lahir diperlukan menjalani ujian toxoplasmosis. Untuk pengetahuan, ibu hamil berisiko untuk menyebarkan penyakit ini kepada bayi dalam kandungan sehingga 40 peratus. Dan sememangnya bayi dalam kandungan tidak mampu melindungi diri mereka daripada jangkitan toxoplasmosis.

Ketahuilah bahawa parasit ini boleh menjangkiti bayi sehingga tempoh dua bulan selepas seseorang ibu itu dijangkiti. Pun begitu, hanya lebih kurang 10 peratus sahaja yang mengalami jangkitan serius akan menunjukkan tanda-tanda serangan toxoplasmosis ketika lahir. Hal ini adalah kerana kebanyakan daripada mereka hanya akan menunjukkan gejalanya beberapa bulan ataupun beberapa tahun selepas itu.

Kebanyakan ibu hamil yang dijangkiti masalah ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Ini bermakna anda sukar untuk mengetahui adakah anda sudah dijangkiti ataupun tidak.

Pun begitu, ada sesetengah mereka akan mengalami simptom biasa seperti selesema, sakit kepala, sakit tekak, sakit otot, kelesuan, pembengkakan kelenjar limfa dan berkemungkinan timbul ruam selepas kira-kira satu hingga tiga minggu dijangkiti. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan itu, segeralah berjuma doktor.

Ibu hamil yang terkena jangkitan akan disarankan agar mengambil antibiotik untuk mengelakkan bayi daripada dijangkiti. Risiko untuk bayi turut sama dijangkiti semakin tinggi sekiranya ibu hamil tersebut dijangkiti ketika kandungan masih diperingkat awal. Jangkitan awal boleh menyebabkan bayi mengalami kerosakan pada mata dan otak, pembengkakan hati, kecacatan mental dan jaundis. Selain itu, bayi juga mungkin akan buta atau mengalami sawan. Sekiranya bayi terkena jangkitan semasa proses kelahiran, lazimnya mereka akan diberikan antibiotik untuk tempoh satu tahun. Cara ini dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit kronik.

Dalam pada itu, kajian mendapati jangkitan toxoplasmosis semasa hamil hanya akan berlaku sekali. Hal ini adalah kerana setelah dijangkiti, tubuh wanita tersebut sudah mempunyai sistem ketahanan terhadap toxoplasma gondii.

Nota

Toxoplasmosis berlaku sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah pada toxoplasma gondii yang terdapat dalam:

Najis Kucing

Toxoplasma gondii sangat mudah disebarkan dalam bentuk telur dan telur ini hanya boleh hidup dalam usus kucing. Dan apabila telur-telur ini dikumuhkan, ia boleh berjangkit selepas satu hingga lima hari.

Daging Yang Tidak Dimasak Dengan Sempurna

Ketahuilah bahawa anda boleh terkena jangkitan sekiranya menyentuh mulut, hidung atau mata dengan tangan selepas mengendalikan peralatan masakan yang tercemar turut memudaratkan.

Tanah Kebun

Memakan sayuran yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan jangkitan terutamanya jika tanah tersebut mengandungi najis kucing.

Toxoplasmosis Boleh Dielakkan Dengan:
  • Makan hanya makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
  • Minum susu yang sudah dipasteur.
  • Tidak mengambil daging kering.
  • Menjauhkan diri dari najis kucing.
  • Gunakan sarung tangan semasa berkebun dan basuh tangan dengan sempurna.
  • Tidak makan telur mentah.
  • Membasuh bersih-bersih buahan dan sayuran yang ingin dimakan secara segar.
  • Membersihkan tangan dan peralatan yang digunakan selepas mengendalikan makanan mentah seperti daging, hasil tenusu, makanan laut, buahan dan juga sayuran.
  • Menutup makanan.
  • Tidak bermain dengan kucing ketika hamil.

Komen Anda

Assalamualaikum, khas untuk pembaca setia blog Kak Engku. Tetiba je terlintas di fikiran nie untuk mengadakan ruangan "komen anda". Sekiranya pembaca blog Kak Engku ingin memberi komen mengenai blog Kak Engku, mutu perkhidmatan dan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan kepada Kak Engku, silalah tinggalkan komen anda di ruang ini ye.

Kak Engku harap setiap komen biarlah komen yang membina ye, agar mana yang baik bolehlah diteruskan dan jika terdapat sebarang kekurangan, InsyaAllah Kak Engku akan cuba perbaikinya sebaik mungkin. Jadi marilah kita semua memanfaatkan ruangan ini sebaiknya ye.

Terlebih dahulu Kak Engku minta maaf sekiranya terdapat salah dan silap dari Pembaca Setia Kak Engku, kerana yang baik itu datangnya dari Allah swt, manakala yang kekurangan itu adalah kealpaan dari Kak Engku sendiri, InsyaAllah Kak Engku akan perbaikinya dari masa ke semasa...InsyaAllah.

Akhirkata dari Kak Engku.....Selamat Mengomen ye hehehe....Bye N Jumpe Lagi.

Panduan Memilih Doktor Dan Hospital Bersalin

Bagi menghadapi saat kelahiran, ibu hamil perlu membuat banyak persediaan. bukan sekadar persediaan kelengkapan bayi tapi yang paling utama adalah pemilihan doktor dan juga hospital tempat anda bersalin.

Perkara ini sebenarnya harus anda tentukan sebaik saja disahkan hamil kerana anda memerlukannya sepanjang tempoh lebih sembilan bulan hamil. Sebagai panduan, tip yang boleh digunakan oleh ibu hamil dalam memilih dua doktor yang bakal mengendalikan pemeriksaan kehamilan dan serta menyambut kelahiran bayi anda.

Keputusan untuk membuat pertimbangan kesesuaian memilih doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) terletak di tangan anda sendiri. Bagi anda yang telah mempunyai senarai lengkap, anda boleh menghubungi pihak hospital untuk bertanyakan soalan yang terbuku dihati.

Sejarah Kesihatan

Sebelum membuat keputusan untuk memilih pakar O&G yang bersesuaian pastikan dahulu adakah anda mempunyai latar belakang atau sejarah kesihatan penyakit kronik misalnya tekanan darah tinggi, epilepsi, serangan jantung atau kencing manis mahupun komplikasi terdahulu yang memerlukan penjagaan rapi. Sekiranya anda pernah mengalami keadaan begitu, anda perlu memilih doktor pakar O&G yang akan menjaga anda dengan baik sepanjang proses kehamilan dan bersalin.

Jika sebelum ini anda pernah melahirkan secara pembedahan dan kali ini anda mahu berusaha melahirkan secara normal. Perkara utama yang anda perlukan adalah sokongan daripada doktor dan pihak hospital.

Pandangan Doktor

Sebenarnya anda tidak dapat menjangka situasi yang bakal anda hadapi sepanjang kehamilan namum setiap jawapan yang doktor pakar O&G anda berikan mampu memberi anda gambaran bagaimana pendekatan doktor tersebut akan menjaga dan mengendalikan anda sepanjang kehamilan dan kelahiran kelak.

Anda juga mungkin ingin mengenal pasti pandangan doktor mengenai kehadiran orang ketiga iaitu pasangan anda sewaktu berada di dalam bilik bersalin. Adakah doktor anda menyokong proses bersalin normal? Begitu juga dengan penyusuan susu ibu, adakah doktor anda itu menyokong sepenuhnya atau sebaliknya?

Kesesuian

Kehamilan dan kelahiran merupakan satu pengalaman yang menyeonokkan. Namum, ia boleh jadi sesuatu yang memberi tekanan perasaan. Maka adalah penting anda mencari doktor pakar O&G yang benar-benar serasi dan selesa untuk berkomunikasi dengan tenang dan mudah. Cuba tanyakan beberapa soalan ini sebelum memilih.
  • Adakah anda selesa dengan doktor tersebut?
  • Mudahkah anda bertanyakan soalan kepada doktor tersebut?
  • Adakah penerangan doktor jelas dan lengkap?
  • Adakah doktor anda prihatin dengan keadaan anda?
  • Adakah doktor anda dapat melayan hasrat yang anda luahkan kepadanya?
Keselesaan

Selain berpuas hati dengan doktor yang akan menyambut kelahiran bayi, anda juga perlu berasa selesa dengan hospital yang anda kunjungi. Kebanyakan pakar Obstetrik hanya bertumpu terhadap satu-satu hospital dan ada pula pakar yang tugasnya melawat banyak hospital dalam satu-satu masa. Oleh sebab itu, sewaktu anda memilih doktor yang akan merawat anda pastikan anda memilih hospital tempat untuk bersalin juga.

Kemudahan bersalin berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya bukan semua hospital mempunyai pakar bius yang boleh bersedia sepanjang masa dan hanya beberapa tempat sahaja yang mempunyai unit rawatan rapi neonatal (sekiranya anda mempunyai kehamilan berisiko).

Sebaiknya memilih hospital bersalin biarlah di awal-awal kehamilan. Sesetengah wanita berbuat demikina setelah kehamilannya memasuki trimester ketiga. Memilih tempat bersalin lebih awal membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik langsung memudahkan anda berkomunikasi dan bertoleransi. Cara ini apabila anda berhadapan dengan satu-satu masalah berkaitan kehamilan, mudah bagi anda untuk memaklumkannya kepada doktor.

Listeriosis Dan Kehamilan

Memakan makanan yang tercemar sememangnya membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada anda tetapi juga pada bayi dalam kandungan. Dan salah satu daripada masalah yang akan timbul ialah listeriosis.

Listeriosis terjadi akibat memakan makanan yang tercemar. Bakteria yang menyebabkan masalah ini dikenali sebagai listeria monocytogenes. Walaupun pada dasarnya listeriosis hanyalah jangkitan baketria biasa, ketahuilah bahawa masalah ini boleh menjadi kronik.

Diakui, setiap individu berpotensi untuk dijangkiti. Namum, jangkitan yang berlaku pada ibu hamil, bayi baru lahir dan orang dewasa yang mempunyai sistem ketahanan badan lemah adalah lebih berisiko. Untuk pengetahuan, ibu hamil berisiko 20 kali ganda daripada orang dewasa yang sihat untuk mendapat jangkitan. Dan daripada kes yang dilaporkan, satu pertiga daripadanya berlaku ketika hamil. Jangkitan yang berlaku semasa hamil adalah antara punca keguguran semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan atau kematian dalam kandungan.

Ibu hamil biasanya akan mendapat listeriosis akibat makan makanan yang telah dicemari bakteria dan bayi yang dilahirkan berkemungkinan untuk turut menghidap masalah tersebut kerana mendapatnya daripada ibu yang makan makanan tercemar semasa hamil.

Berjaga-Jaga

Pada dasarnya, jangkitan listeriosis bukanlah seburuk yang disangkakan. namum, masalah ini boleh jadi serius jika langkah berjaga-jaga dan rawatan rapi tidak diberikan. Bagi ibu hamil, bakteria listeria monocytogenes boleh menjangkiti plasenta, cecair amniotik dan bayi itu sendiri.

Bayi yang dijangkiti tetapi dapat melawannya berkemungkinan lahir pra matang. Dan kebanyakan mereka akan lahir dengan penyakit yang kronik atau akan menghidapi pelbagai penyakit serius selepas dilahirkan seperti masalah jangkitan pada darah, kesukaran bernafas, demam, meningitis dan perubahan pada tubuh yang membahayakan. Lebih malang lagi apabila ada sesetengah di antara bayi ini mati akibat masalah yang dihidapinya.

Untuk pengetahuan, bakteria listeria monocytogenes boleh didapati dalam tanah dan air. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang anda makan boleh dicemari oleh bakteria tersebut yang datangnya daripada tanah atau baja yang digunakan sebagai agen penyuburan.

Selain sayuran, haiwan turut menjadi mangsa bakteria ini. Haiwan boleh dijangkiti bakteria listeria monocytogenes, namum tidak akan menyebabkan kesakitan padanya. Akibat jangkitan, daging dan hasil makanan yang didapati daripadanya mungkin tercemar.

Bakteria ini juga wujud dalam makanan mentah seperti daging yang tidak dimasak dan sayuran. Selain itu, makanan yang sudah dimakan juga boleh tercemar dengan bakteria ini. Antaranya ialah keju dan makanan segar. Susu segar yang tidak berpasteur berkemungkinan mengandungi listeria monocytogenes. Bakteria ini boleh dihapuskan dengan pempasteuran dan memasak. Akan tetapi, bagi sesetengah makanan yang sedia untuk dimakan, seperti pizza, pau dan sosej, pencemaran mungkin berlaku selepas dimasak dan sebelum proses pembungkusan.

Demam

Anda berkemungkinan menghidap listeriosis jika anda mengalami demam, sakit otot, loya dan cirit-birit. Jangkitan kemudiannya akan menular ke sistem saraf lalu mengakibatkan sakit kepala, kebingungan, hilang keseimbangan dan leher menjadi tegang. Ibu hamil yang terkena jangkitan akan mengalami simptom selesema yang ringan. Untuk pengetahuan, jangkitan semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran pramatang, kematian sebelum dilahirkan dan jangkitan pada bayi dalam kandungan.

Pun begitu, sehingga kini, masih belum ada ujian ataupun pemeriksaan khusus untuk mengesan masalah ini semasa hamil. Sekiranya anda ada simptom seperti demam atau leher tegang, segeralah berjumpa doktor. Ujian darah mampu menunjukkan kehadiran bakteria tersebut.

Risiko Untuk Berhadapan Dengan Listeriosis Boleh Dikurangkan Dengan:
  • Memasak semua jenis makanan mentah yang berasal dari haiwan.
  • Basuh bersih sayuran sebelum dimakan.
  • Pastikan daging haiwan yang belum dimasak diletakkan jauh daripada sayuran dan makanan yang sudah dimasak.
  • Elakkan daripada minum susu atau makan makanan yang dihasilkan daripada susu tidak dipasteur.
  • Cuci bersih tangan, peralatan memasak seperti pisau dan senduk selepas memasak atau selepas mengendalikan bahan mentah.
Sekiranya jangkitan berlaku ketika hamil, antibiotik akan diberikan untuk mengelakkan bakteria tersebut disebarkan kepada bayi dalam kandungan. bayi yang menghidapi listeriosis juga akan diberikan antibiotik sama seperti yang diberikan kepada orang dewasa. Selain itu, ultrasound akan dilakukan bagi memastikan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.

Walaupun dengan rawatan yang rapi, jangkitan listeria monocytogenes boleh membawa maut. Keadaan seperti ini selalunya berlaku pada orang tua dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Info
  • Individu yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini ialah ibu hamil. Selain itu, individu yang mempunyai sistem ketahanan badan yang rendah juga tidak terkecuali. Kepada mereka, ada tambahan, elakkan makan keju yang lembut seperti Mexican Style Cheese dan Camembert. Keju yang keras dan sudah diproses, keju krim dan yogurt boleh dimakan.
  • Jika ingin makan makanan yang tidak habis atau makan makanan yang sedia dimasak, pastikan anda kukusnya sehingga benar-benar panas atau panaskan sehingga mendidih sebelum dimakan.
  • Jangan makan sembarangan makanan terutamanya yang mungkin terdedah kepada jangkitan bakteria.

HIV Dan Kehamilan

Ibu hamil yang telah dijangkiti HIV berupaya menyebarkannya kepada bayi dalam kandungan. Jadi, berhati-hatilah. Secara umumnya, HIV ialah human immunodefiency virus yang boleh melumpuhkan keupayaan semula jadi badan dalam melawan penyakit (acquired immune defiency syndrome - AIDS). Acquired bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu yang lain dan bukan daripada keturunan. Immunodefiency pula menerangkan tentang keupayaan semula jadi badan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit berjangkit. Jangkitan menyebabkan tubuh menjadi sangat lemah dan tidak mampu melindungi diri daripada sebarang jangkitan dan barah. Syndrome adalah gambaran klinikal tentang satu-satu penyakit berdasarkan tanda dan gejalanya.

Diakui, ramai di kalangan individu yang dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda serangan ketika pertama kali dijangkiti. Pun begitu, tanda-tanda awalnya masih boleh dikesan. Antaranya ialah demam, sakit kepala, sakit tekak, lesu dan mengalami pembengkakan nodus limfa terutamanya pada leher, ketiak dan kelengkang. Kesemua tanda-tanda ini selalunya akan mula muncul dalam tempoh beberapa minggu selepas dijangkiti.

HIV boleh merebak daripada individu yang telah dijangkiti kepada individu lain menerusi darah, air mani dan cecair vagina. Selain itu, HIV juga boleh menjangkiti bayi ketika masih dalam kandungan, semasa proses kelahiran dan ketika menyusukan dengan susu ibu. HIV turut boleh menjangkiti seseorang melalui proses pemindahan darah. Akan tetapi, dengan pemantauan rapi dan pemeriksaan lengkap terhadap semua darah yang didermakan, kemungkinan bagi seseorang itu dijangkiti HIV melalui proses pemindahan darah adalah sangat kecil.

Individu yang dijangkiti AIDS akan terdedah kepada semua jenis kuman termasuklah yang biasanya tidak membahayakan kesihatan. Antara jangkitan yang biasanya tidak menyebabkan penyakit bagi individu yang sihat ialah:
  • Jangkitan pada otak yang akan menyebabkan sawan, sakit kepala yang teruk dan loya, demam dan hilang penglihatan.
  • Jangkitan paru-paru yang akan mengakibatkan batuk, sesak nafas dan sakit dada.
  • Jangkitan candida yang menyebabkan wujudnya lapisan putih nipis dalam mulut atau jangkitan dalam tekak atau faraj.
Selain itu, mereka turut terdedah kepada beberapa jenis barah yang jarang berlaku. Misalnya sarkoma kaposi iaitu sejenis barah kulit yang dapat dikenal pasti dengan wujudnya bintil atau tompok-tompok berwarna ungu atau merah jambu pada kulit.

Disebabkan penghidap AIDS sudah lumpuh sistem imun tubuhnya, mereka lebih mudah jatuh sakit. Komplikasi yang berlaku ialah:
  • Cytomegalovirus retintis. Ini adalah sejenis penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.
  • Pneumocystis carinil pneumonia, penyakit radang paru-paru yang akan memusnahkan paru-paru penghidap AIDS.
  • AIDS wasting syndrome ialah satu keadaan yang akan melibatkan penurunan berat badan yang ketara, demam yang berpanjangan, cirit-birit yang kronik dan badan rasa lemah.
Hamil Dan HIV Positif

Hamil dan menghidap HIV pada masa yang sama akan meletakkan anda dalam keadaan paling berisiko. Antara yang mungkin akan berlaku ialah kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan tumbesaran bayi dalam kandungan terhalang. Tanpa rawatan sewajarnya, ibu hamil yang menghidap AIDS berpotensi untuk menyebarkannya kepada bayi sehingga 25 peratus.

Akan tetapi, peratusan tersebut boleh dikurangkan hingga serendah 2 peratus jika anda mendapatkan rawatan yang sesuai semasa hamil. Antara yang akan diberikan perhatian sepanjang tempoh kehamilan ialah jumlah virus yang masuk ke dalam tubuh bayi, pengambilan ubat-ubatan yang bersesuaian, elakkan sesetengah prosedur kehamilan, bersalin melalui kaedah pembedahan jika kandungan virus terlalu tinggi dan tidak menyusukan bayi dengan susu badan.

Oleh yang demikian, pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa sangat penting bagi memastikan diri anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutamanya jika anda ingin hamil. Hal ini adalah kerana sekiranya ubat-ubat tertentu diberikan sepanjang tempoh kehamilan, ketika proses kelahiran dan dalam tempoh 6 minggu pertama bayi.

Sebenarnya, jangka masa diambil untuk AIDS berkembang selepas dijangkiti virus HIV sangat lama. Paling cepat ialah sepuluh tahun dan boleh jadi lebih lama daripada itu. Akan tetapi, ada kalanya, AIDS menyerang dengan lebih cepat. Namum, semua itu bergantung penuh kepada rawatan yang didapati oleh penghidapnya.

Sehingga kini, tiada ubat yang mampu menghapuskan HIV atau menyembuhkan AIDS. Pun begitu, ada beberapa ubatan yang mampu mengawal dan memperlahankan virus tersebut daripada merebak dan merosakkan sistem pertahanan badan dalam tempoh yang singkat.

Sekiranya anda penghidap AIDS dan telah disahkan hamil, jangan berhenti daripada mengambil ubat-ubatan yang telah diberikan doktor. Mungkin pemberhentian ubat akan memburukkan keadaan. Sebaiknya, beritahu keadaan anda kepada doktor yang merawat anda dengan kadar segera supaya mereka dapat mengambil tindakan sewajarnya.

AIDS

AIDS adalah masalah kesihatan yang disebabkan oleh virus HIV 1 dan HIV 2. Penyakit ini merebak melalui darah dan cecair badan tetapi bukan air liur. AIDS boleh berjangkit melalui:
  • Hubungan seksual yang individu yang telah dijangkiti.
  • Hubungan sejenis.
  • Berkongsi jarum suntikan.
Tanda-Tanda Serangan AIDS
  • Berat badan menurun.
  • Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak.
  • Sering batuk, selsema dan mengalami jangkitan paru-paru.
Oleh kerana AIDS menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Sehingga setakat ini, tiada vaksin dapat merawatnya.

Genetial Herpes

Perkara yang paling penting dan perlu diketahui jika anda menghidap genital herpes ketika hamil ialah tentang kemungkinan bayi yang bakal dilahirkan itu turut terkena jangkitan. Walapun dilaporkan dalam jangka masa setahun, hanya kira-kira 1500 kes bayi dijangkiti herpes selepas dilahirkan, penyakit tersebut boleh mengganggu kesihatan bayi. Oleh yang demikian, adalah penting bagi anda belajar bagaimana caranya untuk mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah tersebut.

Didapati kebanyakan bayi mendapati jangkitan dari ibunya semasa proses kelahiran. Akan tetapi, itu bukanlah satu-satunya cara jangkitan. Ada juga bayi yang dijangkiti herpes semasa masih berada dalam kandungan ibu iaitu melalui plasenta. Pun begitu, kes seperti ini sangat jarang berlaku. Dan sekiranya perkara ini berlaku, kesannya sangat teruk dan bayi berkemungkinan mengalami kecacatan.

Beberapa kajian turut mendapati, jangkitan genital herpes yang berlaku semasa trimester pertama kehamilan akan meningkatkan risiko keguguran. Manakala jangkitan ketika trimester kedua dan ketiga berpotensi menyebabkan kelahiran pramatang. Jangkitan virus ini secaranya amnya akan menyebabkan tumbuhnya lepuh yang sangat sakit pada kemaluan. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai herpes simplex virus type 2 (HSV2). Walaupun masalah ini boleh diredakan dengan ubat, penawarnya masih belum ditemui.

Gejala

Gejala genital herpes sangat berbeza antara individu dengan individu yang lain. Dan lazimnya serangan pertama kali adalah serangan yang teruk kerana ketika itu anda masih belum mempunyai antibodi melawan virus tersebut. Di antara 2 hingga 14 hari selepas dijangkiti HSV2, orang yang dijangkiti akan mengalami bengkak pada vagina atau kawasan sekitarnya. Bengkak tersebut kemudiannya akan bertukar menjadi lepuh dan pecah. Keadaan ini sememangnya menyakitkan.

Bagi yang dijangkiti buat pertama kali, lepuh yang dialami itu mungkin berpanjangan iaitu sehingga 3 minggu. Selain rasa sakit, anda mungkin juga akan rasa gatal dan terbakar pada kawasan genital. Pada masa yang sama, anda akan rasa sakit semasa membuang air kecil.

Selain lepuh, individu yang dijangkiti herpes akan demam, sakit kepala dan sakit otot. Bagi ibu hamil, simptom serangan genital herpes yang mereka alami lebih teruk dan perlu dirawat dengan memasukkan ubat antiviral menerusi salur darah mereka.

Sama ada anda perlu melahirkan bayi menerusi kaedah pembedahan caesarean ataupun tidak selepas disahkan menghidapi genital herpes, semua itu bergantung pada bilakah anda mendapat jangkitan tersebut dan tahapnya. Sekiranya herpes menyerang ketika air ketuban pecah ataupun ketika anda sudah hampir hendak bersalin, dan pada ketika itu simptom-simptomnya nyata seperti lepuh kecil berisi cecair yang kelihatan pada serviks, vagina ataupun bahagian luar alat kelamin, besar kemungkinan anda perlu melahirkan dengan cara pembedahan.

Antibodi

Sekiranya anda dijangkiti buat pertama kali ketika trimester pertama kehamilan ataupun semasa belum hamil, dan pada masa yang sama tiada simptomnya, anda boleh bersalin secara normal. Jika ini kaedahnya, kemungkinan untuk bayi itu anda sudah pun ada antibodi terhadap herpes.

Untuk pengetahuan, pembentukan antibodi akan berlaku dalam tempoh antara 6 hingga 12 minggu selepas pertama kali dijangkiti. Secara tidak langsung, bayi anda turut mempunyai antibodi terhadap penyakit tersebut yang dipindahkan kepada bayi melalui plasenta. Untuk meningkatkan peluang melahirkan secara normal, pakar menyarankan agar ibu hamil yang menghidap herpes mengambil ubat antiviral daripada minggu 36 hingga bersalin bagi mengawal serta mengurangkan serangan penyakit ketika proses kelahiran.

Dianggarkan lima peratus daripada kes herpes yang menyerang bayi baru lahir adalah disebabkan oleh jangkitan selepas dilahirkan yang mana bahayanya sama seperti jangkitan yang didapati semasa proses kelahiran. Pun begitu, masalah ini boleh diatasi jika pemantauan rapi dibuat. Antara yang paling umum dan perlu dilakukan oleh semua orang ialah cuci tangan sebelum memegang bayi. Ini adalah kerana virus penyakit herpes boleh disebarkan dari tangan ke mulut. Selain itu, elakkan individu yang selesema dan batuk daripada mencium atau menyentuh bayi anda. 45 peratus daripada bayi yang dijangkiti herpes lazimnya hanya akan menunjukkan kesannya pada kulit, mata dan mulut. Tanda serangan herpes pada bayi ialah lepuh sama ada kecil atau besar sekitar tubuh.

Virus herpes sangat mudah berjangkit dan berpotensi untuk merebak. Oleh yang demikian, langkah sewajarnya perlulah diambil:
  • Basuh tangan bersih-bersih setiap kali menyentuh lepuh atau kudis.
  • Jangan menggaru lepuh atau membuang kupingnya.
  • Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan kawasan lepuh.
  • Jangan berkongsi tuala.
Nota : Jangkitan primer ialah jangkitan kali pertama. Jangkitan semula boleh berlaku kepada 40 hingga 60 peratus individu yang pernah mendapat jangkitan primer tetapi selalunya tidak teruk kerana tubuh telah membentuk sistem ketahanan badan terhadap virus tersebut.

Set Bersalin Atika Beauty




Set Bersalin Atika Beauty






Harga : RM 300.00
(Boleh Tawar Harga)

Kos Penghantaran : PERCUMA

Set Bersalin Ini Mengandungi :

a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

Jamu Bersalin 1

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.


Jamu Bersalin 2

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.


Teh Herba Tampang

Sebagai minuman selepas bersalin.

Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.


Minyak Herba

Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.


Minyak Bayi

Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.


Rempah Pembersih Wanita


Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.

Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.


Param

Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.


Tapal

Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.


Pilis

Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.


Urutan Bayi

Urutan bayi mampu merangsang dan menenangkan bayi. Bahkan baik untuk sistem peredaran darah, penghadaman dan perkumuhannya.

Kaki


Langkah 1 : Lakukan Indian Milking. Sebelah tangan pegang bahagian tapak kaki bayi dan tangan sebelah lagi memegang lembut pangkal paha bayi (jauhkan dari lutut bayi) dan picit lembut dari paha hingga ke arah pergelangan kaki.

Langkah 2 : Gerakan Hug & Glide. Letakkan kedua-dua tangan anda ke paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah bertentangan dengan gerakan memeras, memijat dan memutar kaki bayi secara lembut hingga ke pergelangan kaki bayi.

Langkah 3 : Telapak kaki bayi dilurut lembut dengan menggunakan ibu jari. Boleh juga dibuat gerakan lingkaran-lingkaran kecil di tapak kakinya. Ia dikenali sebagai Thumb Press.

Langkah 4 : Gerakan Toe Squeeze. Jari jemari kaki bayi dipicit satu persatu dengan gerakan memutar. Ia diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari kaki.

Langkah 5 : Top of Foot. Selesai bahagaian tapak kaki, letakkan pula dua ibu jari anda di bahagian atas kaki bayi, picit dan lurut secara lembut ke arah pergelangan kaki.

Langkah 6 : Sebelah tangan memegang bahagian hujung kaki bayi, gunakan ibu jari tangan sebelah lagi dan letakkan di buku lali. Picit lembut dan lakukan gerakan memutar di bahagian tersebut. Ia dikenali sebagai Circle Angkle.

Langkah 7 : Kemudian lakukan Sweedish Milking. Tetapi kali ini lurutkan tangan anda haruslah digerakkan dari pergelangan kaki ke pangkal paha pula. Lakukan dengan lembut terutama ketika melalui bahagian lutut bayi.

Langkah 8 : Rolling, luruskan kaki bayi, letakkan kedua-dua tapak tangan anda ke sisi paha bayi. Buat gerakan tangan turun dan naik. Setelah selesai, ulang langkah yang pada sebelah lagi kaki bayi. Urutan pada bahagian kaki akan diakhiri dengan kedua-dua kaki bayi dirapatkan, dan dengan lembut kedua-dua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.


Perut

Langkah 1 : Gunakan teknik Water Wheel, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh pedal basikal. Lakukan dengan tangan kanan dan kiri secara berganti dan lurut secara lembut.

Langkah 2 : Masih menggunakan teknik water wheel. Gunakan hanya sebelah tangan sahaja. Letakkan di atas perut bayi dan lurut lembut ke arah perut bawah.

Langkah 3 : Thumb to side. Letakkan kedua-dua ibu jari tangan anda sekata di bahagian atas jari tangan anda sekata di bahagian atas pusat bayi. Tekan sedikit dan lurut lembut membawa ke arah kiri dan kanan secara serentak.

Langkah 4 : Gerakan ini dikenali sebagai Sun And Moon. Gunakan tangan kiri dan kanan secara silih berganti. Pergerakan tangan harus bermula dari kiri ke kanan.


Dada

Langkah 1 : Gerakan Open Book. Letakkan kedua-dua tapak tangan di bahagian dada bayi, buat gerakan dari tengah dada ke arah samping.

Langkah 2 : Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di dada bayi, dan lakukan gerakan secara berselang-seli kanan dan kiri. Hujung jari perlu singgah ke atas bahu bayi. Ia dikenali sebagai butterfly.


Muka

Langkah 1 : Letakkan hujung jari kedua-dua tangan anda di atas dahi bayi. Urutan muka harus dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah samping dengan kedua telapak tangan anda.

Langkah 2 : Letakkan kedua-dua jari di tengah dahi dan tekan lembut di bahagian tersebut. Buat gerakan ke samping kiri dan kanan.

Langkah 3 : Letakkan kedua-dua jari di sisi pangkal hidung bayi dan lurut lembut ke arah bawah.

Langkah 4 & 5 : Temukan kedua-dua ibu jari anda di bahagian tengah bibir atas dan urut secara melintang ke kiri dan kanan (mengarah ke pipi). Lakukan cara yang sama di bahagian bawah bibir bayi anda.

Langkah 6 : Letakkan hujung jari kedua-dua tapak tangan anda ke sisi rahang bayi. lakukan gerakan secara memutar, lakukan ia dengan lembut dan perlahan-lahan.

Langkah 7 : Akhir sekali, pegang kedua-dua telinga bayi dan usap lembut ke arah bawah.


Tangan

Langkah 1 : Urutan tangan perlu dimulakan dari pangkal lengan, tangan kanan dan kiri bayi. Ia dikenali sebagai Indian Milking. Gerakan yang dilakukan seperti sedang memerah susu. Atau, kedua-dua tangan melakukan gerakan memeras, memicit dan memutar lembut pada lengan bayi.

Langkah 2 : Lakukan Hug & Glide. Genggan lengan bayi dan urut perlahan secara memulas sebelum beralih ke bahagian tangan.

Langkah 3 : Lakukan gerakan Open Hand. Cuba buka tapak tangan bayi perlahan-lahan. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap satu jari-jemari. Urut dalam gerakan membulat di tapak tangan bayi dan galakkan agar dia membuka genggaman jarinya.

Langkah 4 : Sebelah tangan pegang tangan bayi manakala guna dua jari (ibu jari dan jari telunjuk) untuk memegang pergelangan tangan bayi dan lurut lembut bahagian atas tapak tangannya. Ia dikenali sebagai Sweedish Milking.

Langkah 5 : Teknik dikenali sebagai Rolling. Letakkan kedua-dua tapak tangan di sisi tangan bayi anda. Buat gerakan dari atas ke bawah (tangan bayi anda akan kelihatan seperti bergegar). Setelah selesai mengurut kedua-dua belah tangan, rapatkan lengan bayi ke badannya dan usap lembut. Katakan pada bayi bahawa anda sudah selesai mengurut tangannya dan akan mengurut di bahagian lain pula.

Minyak Bayi

Ketika mengurut, gunakan minyak bayi (yang tidak berbau) bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi. Sebelum menyentuh bayi, gosok kedua-dua belah tapak tangan anda untuk memanaskannya.



Rancangan Untuk Bersalin

Memasuki minggu 27, anda boleh merancang beberapa perkara tentang persediaan kelahiran dan meyambut anak baru. Perancangan perlu dilakukan lebih awal kerana bila-bila masa sahaja proses kelahiran boleh berlaku.

Kini anda sudah pun tiba ke penghujung trimester kedua kehamilan. Maka tibalah masanya untuk memlih kelahiran yang bagaimana dikehendaki. Jika anda mengambil keputusan untuk bersalin di hospital, anda perlulah ambil tahu tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di hospital yang dipilih.


Menentukan Tempat Bersalin

Perkara utama untuk anda bincangkan bersama pasangan adalah memilih lokasi bersalin. Jangan mengambil mudah tentang soal ini. Kerana setiap hospital sama ada kerajaan atau swasta mempunyai ciri-ciri perkhidmatan dan sejarah pencapaian dalam bidang perubatan yang berlainan.

Kebanyakan hospital swasta mempunyai perkhidmatan tambahan dan peralatan tertentu untuk membantu anda melalui proses kelahiran. Setiap perkhidmatan tambahan ini akan dikenakan bayaran berasingan. Anda berpeluang untuk menikmati keselesaan ketika berada di bilik wad kerana lazimnya, hospital swasta menyediakan beberapa kelas wad seperti kelas ekonomi, delux atau suite. Anda turut diberi pilihan kaedah kelahiran mengikut keperluan dan kesediaan anda. Bagaimanapun, hal itu bergantung kepada nasihat pakar.

Bagi hospital kerajaan pula, kebanyakan ibu hamil ditempatkan di kelas ekonomi. (Terdapat juga hospital kerajaan yang mempunyai kelas pertama, kedua dan ketiga) Yang menariknya di sini adalah bayaran yang dikenakan sangat murah dan mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat. Dua perkara yang perlu diketahui jika ingin bersalin di hospital kerajaan. Pertama, anda perlu lebih banyak berdikari kerana jumlah pesakit yang agak ramai dan kedua, anda perlu berusaha menyusukan anak dengan susu badan tanpa sebarang kompromi.

Usia kandungan yang baru memasuki 27 minggu, memberi anda banyak masa untuk berfikir, menilai dan memilih lokasi pilihan. Walau bagaimanapun ia masih bergantung kepada budget anda sendiri. Jadi, lapangkan masa anda untuk melawat ke beberapa hospital yang berhampiran.


Persediaan Fizikal Dan Mental

Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan yang akan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan. Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kncing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu:
  • Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi. Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat memastikan anda tidak dihinggapi penyakit kencing manis dan darah tinggi atau lain-lain.
  • Ketika "berperang" di bilik bersalin, anda perlukan tenaga yang banyak. Jadi, anda digalakkan membina stamina dengan melakukan beberapa aktiviti fizikal. Misalnya bersenam, banyakkan berjalan atau lebih mudah melakukan banyak kerja-kerja rumah. Bagi anda yang gemar bersenam, ikutilah beberapa kelas senaman termasuk kelas persediaan menyambut "orang baru" dijalankan di kebanyakan hospital swasta.
  • Ingin ditekankan di sini bahawa bersenam tidak menjamin bersalin awal tetapi berhasil untuk memudahkan proses bersalin.

Anda Mempunyai Pilihan Untuk:
  • Sebelum bersalin, anda perlu memilih lokasi di mana anda mahu bersalin. Anda boleh memilih sama ada untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta.
  • Pilih seseorang yang boleh menemani anda ketika berada di dalam bilik bersalin. Mungkin suami, ibu, adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda rasakan senang dan mampu membantu dan menemani disaat anda perlukan.
  • Anda boleh membuat pilihan kaedah bersalin. Pilihan bergantung kehendak dan kemampuan anda. Antara pilihan yang diberikan adalah kelahiran secara normal, pembedahan atau menggunakan teknologi terkini seperti Roma Birthwheel yang boleh mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Adakah cara yang anda pilih itu ada di situ.
Misalnya, jika anda memilih untuk bersalin menggunakan Roma Birthwheel, Hospital Ampang Puteri adalah destinasi tujuan anda. Hal ini kerana, di Malaysia hanya Hospital Ampang Puteri sahaja yang memiliki alat tersebut. Alat ini diakui dapat mengurangkan kesakitan dan dalam masa yang sama mempercepatkan kelahiran.

Walau bagaimanapun, kaedah yang mula diperkenalkan sejak September 1999 itu hanya boleh digunakan oleh ibu hamil yang tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil seterusnya ketika bersalin. Alat yang berasal daripada Switzerland ini istimewa kerana membolehkan pesakit mengawalnya mengikut keselesaan.

Selain bersalin menggunakan Roma Birthwheel, cara lain yang sering menjadi pilihan sesetengah ibu hamil ialah melalui kaedah pembedahan caesarean. Ibu-ibu ini memilih pembedahan caesarean kerana mereka boleh tentukan sendiri tarikh untuk bersalin dan masa yang diperlukan tidaklah terlalu lama berbanding melahirkan secara normal.

Walau bagaimanapun, bukan semua ibu sukakan kaedah ini. Mereka terpaksa melahirkan anak menggunakan kaedah ini akibat pelbagai komplikasi yang dihadapi sewaktu ingin melahirkan seperti bayi songsang, pintu rahim tidak terbuka atau masalah tekanan darah tinggi.

Satu lagi cara melahirkan yang banyak digunakan di luar negara dan tidak di Malaysia ialah melahirkan anak di dalam air. Cara ini memerlukan ibu berada di dalam tab mandi yang berisi air.

Suhu air yang suam memberikan kesegaran dan keselesaan pada ibu yang sedang menahan kesakitan akibat kontraksi. Ketika ini jururawat akan sentiasa berada di sisi si ibu supaya anak yang bakal lahir dapat ditarik segera sebaik sahaja mereka keluar.

Diakui, kini telah wujud pelbagai kaedah moden dan canggih agar proses kelahiran tambah selesa dan mudah, cara konvensional tetap menjadi pilihan ibu-ibu terutamanya di Malaysia. Kaedah konvensional ini memerlukan si ibu baring menelentang dengan kedua-dua belah kakinya dibuka seluas-luasnya. Proses bersalin cara ini berlaku secara semulajadi. Dan cara inilah yang paling biasa dilakukan di hospital sama ada hospital kerajaan mahupun swasta.

Untuk merealisasikan cara ini dan agar si ibu lebih selesa, katil khas disediakan. Katil ini biasanya disertakan sekali dengan besi penyokong kaki dan tali untuk membantu ibu ketika meneran. Walau bagaimanapun, anda perlu perhatikan dahulu hospital atau klinik di mana anda ingin bersalin dan tanyakan mereka tentang perkhidmatan yang boleh mereka berikan. Kemudian barulah anda boleh membuat keputusan.

Jika anda ingin melahirkan si kecil secara normal, anda mempunyai pilihan sama ada ingin melakukan episiotomi (memotong sedikit bahagian antara vagina dan anus atau disebut perinium) untuk memudahkan bayi keluar. Jika anda mampu bertahan, anda boleh biarkan perinium terkoyak secara semulajadi.

Ada orang dapat menahan sakit ketika hendak bersalin. Namum, ada juga yang sebaliknya. Jika anda salah seorang daripada ibu hamil yang tidak dapat menahan sakit, pilih ubat penahan sakit khusus yang digunakan ketika sedang menjalani proses kelahiran. Berbincang dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ubat berkenaan.

Sebagai ibu kepada anak yang baru dilahirkan, anda boleh meminta doktor untuk mendakap dahulu si kecil sebelum dibersihkan. Atau anda boleh memeluk dan mencium bayi yang baru lahir itu selepas dibersihkan.

Anda mahu memberikan susu formula atau susu badan? Jika anda memlilih untuk memberi anak susu badan, bersiap sedia dari sekarang. Bersihkan puting payudara dan pastikan liang-liang tempat susu akan keluar tidak diselaputi dengan sel-sel kulit mati. Urut dengan kerap pangkal payudara agar kilang pengeluaran susu badan dapat dijana sebaiknya. Kemudian beritahu doktor yang akan membantu anda bersalin yang anda mahu berikan susu badan untuk bayi anda yang baru lahir. Jika tidak, anak akan diberikan susu formula.